Tuesday, December 15, 2009

Diari Pemancing Beria


Dah lame tak hapdet blog..mungkin kerana masa yang ada tidak lagi diperuntukkan untuk menulis apa2..mungkin kerana tiada isu baru..mungkin kerana sikap malas semulajadiku menjadi batu penghalang yang cukup besar untuk dipecahkan dengan sebilah tukul yg kecil..mungkin kerana masih merajuk dengan perangai cik mazidah..banyak sungguh kemungkinan..

Dek desakan kawan2 aku pun keluarkan entri ni..bukan sahaja memenuhi tuntutan kawan2..namun untuk tidak membiarkan blog ini dipenuhi debu2 berterbangan dan sawang terawang2an maka aku pun menulis..

Tidak banyak yang nak aku tuliskan cuma gambar yang menjadi santapan mata aku hidangkan di atas kain saprah nan koyak rabak nih..

Lokasi gambar2 ini ialah di Kolam Laguna Kelana Jaya yang sekian lama menjadi tempat untuk ku meluahkan rasa kesal, resah, gelisah, hampa, cemburu, gembira, teruja, tidak puas hati, bahagia dan pelbagai lagi perasaan yang boleh kuluahkan..dan juga tempat untuk aku say hi kepada penghuni2 kolam itu baik ikan, biawak, mikroorganisma, plankton, tumbuhan meliar dan pelbagai spesies aquatik yg lain..di kolam ini la aku melempar segala perasaan itu dan memberikan aku satu rasa tenang yang hanya boleh difahami oleh pemancing2..Kalau lah kolam itu bole memberikan maklum balas sudah pasti maklum balas yang negatif bakal kuterima memandangkan selama ini beliau hanya menjadi pendengar yang setia..Kalau nak cerita pasal kalau..






      









Adakah aku bakal menjadi seorang pemancing tegar?

Lagu tema hari ini


Scattered - Greenday

I've got some scattered pictures lying on my bedroom floor.
Reminds me of the times we shared.
Makes me wish that you were here.
Now it seems I've forgotten my purpose in this life.
All the songs have been erased.
Guess I've learned from my mistakes.

Open the past and present.
Now and we are there.
Story to tell and I am listening.
Open the past and present.
And the future too.
It's all I've got and I'm giving it to you.

Loose ends tied in knots.
Leaving a lump down in my throat.
Gagging on a souvenir.
Lodged to fill another year.
Drag it on and on until my skin is ripped to shreds.
Leaving myself open wide.
Living out a sacrifice.

Open the past and present.
Now and we are there.
Story to tell and I am listening.
Open the past and present.
And the future too.
It's all I've got and I'm giving it to you.

If you got no one
And I've got no place to go
Would it be alright?
Could it be alright?

I've got some scattered pictures lying on my bedroom floor.
Reminds me of the times we shared.
Makes me wish that you were here.
Now it seems I've forgotten my purpose in this life.
All the songs have been erased.
Guess I've learned from my mistakes.

Open the past and present.
Now and we are there.
Story to tell and I am listening.
Open the past and present.
And the future too.
It's all I've got and I'm giving it to you.
It's all I've got and I'm giving it to you.

notakaki : gambar aku tak banyak sbb aku jarang dapat ikan..demn


Monday, October 26, 2009

Oh Mazidahku Sayang

Oh Mazidah..
Mazidah mmg tak sayang kat abang..
Sampai hati Mazidah buat abang mcm ni..
Di kala abang sedang berdepan dengan masalah kemiskinan sejagat..
Di kala hari panas terik akibat pemanasan global
Di kala abang tengah cuba untuk menjalani kehidupan normal..

Oh Mazidah..
Mazidah mmg tak sayang kat abang..
Tak cukupkah kasih sayang yang abang curahkan selama ni..
Abang puji Mazidah depan kawan2..
Abang belai2 Mazidah sebelum abang pegi keje..
Abang bawak Mazidah pegi jalan2..

Oh Mazidah..
Beza umur kite cuma 2 tahun..
Tapi cinta tak kenal semua tu..
Biarpun rupa Mazidah tak secantik mana..
Tapi Mazidah tetap di hati abang..
Sebab bukan rupa paras jadi ukuran..

Oh Mazidah..
Abang sedar..
2 3 menjak ni abang kurang bagi perhatian kat Mazidah..
Bukan abang tak sayang..
Tapi Mazidah kene paham..
Abang banyak komitmen..
Abang banyak keje..
Abang banyak aktiviti..
Tapi abang tetap bawak Mazidah ke mana2 kan..

Oh Mazidah..
Abang faham Mazidah penat..
Abang usung die ke hulu ke hilir..
Mazidah mengadu sakit tapi abang buat tak tau..
Bukan abang tak sayang tapi abang tak mampu..
Abang mintak tunggu sampai hujung bulan jek..
Ternyata Mazidah tidak sabar..

Oh Mazidah..
Sampai hati Mazidah buat macam nih..
Mazidah memang tak sayang abang..
Tapi abang akur..
Segalanya sudah terlambat..
Kini hati dan poket abang hancur..
Apa boleh buat..





Oh Mazidah..


Lagu tema hari ini




Aku Cinta Kau dan Dia - The Rock feat Ahmad Dhani


Hancur hatiku, mengenang dikau
Menjadi keping-keping, setelah kau pergi
Tinggalkan kasih sayang,
yang pernah singgah diantara kita
Masihkah ada, sayang itu

Memang salahku, yang tak pernah bisa
Meninggalkan dirinya, ‘tuk bersama kamu
Walau ‘tuk terus bersama,
‘kan ada hati, yang ‘kan terluka
Dan ku tahu, kau tak mau

Sekali lagi maafkanlah,
karena aku, cinta kau dan dia
Maafkanlah, ku tak bisa,
tinggalkan dirinya

Mungkin tak mungkin, ‘tuk terus bersama
Jalani semua cinta, yang telah dijalani
Tapi bila itu yang,kau pikir
yang terbaik untukmu
Bahagiaku, untuk dirimu

Simpan sisa-sisa, cerita cinta berdua
Walau tak tercipta, cerita cinta berdua


notakaki : sajak ini ditujukan buat Mazidah yang kini berada di worksyop untuk menjalani pembedahan organ yang besar..good luck ye sayang (rabak poket gua)

Monday, October 12, 2009

Musnahnya sebuah poket..

Hari ni dah 24 Syawal menunjukkan dah 24 hari kita menyambut Syawal ataupun Hari Raya Aidilfitri ataupun Hari Merayakan Sebulan Berpuasa ataupun Hari Merayakan Bebasnya Para2 Syaiton ataupun Hari Untuk Menayang Rim Sukan Baru Di Kereta Anda ataupun pelbagai lagi takrif individu tentang raya..kemusnahan pasca raya masih lagi terasa di poketku dan 24 hari ini terasa begitu sukar..hari untuk mencucuk dinding 3 hari lagi dan terasa waktu berlalu bagaikan siput sedut yang cuba mengejar sebuah kereta seport 300 kuasa kuda kepang..semua plan2 ku yang pastinya memerlukan foto yang dipertuan agung dan tandatangan gabenor bank negara itu semuanya tergendala..aku cuba meminimakan kemusnahan ini dengan tidak berpeleseran di pusat beli belah,tidak mengisi petrol ron 97,menghisap rokok batang,berdiet seimbang malahan cuba untuk tidur sebanyak mungkin agar waktu berlalu tanpa menggunakan sesen pun..betul lah kata orang dolu2 bahawa "masa itu emas yang tidak laku di kedai pajak gadai"..teringat sehari sebelum raya uangku berlambak2..sekarang aku terpaksa merobek kembali sampul2 raya yang tak jadi kuberikan kepada kanak2 untuk membayar tol,parking dan juga membeli minuman..

malam raya


dah kaya kena pakai spek itam

Tiba2 aku teringat mase aku student UiTM dulu kala..kejadian ini berlaku 4-5-6-7 tahun lepas..ade sekumpulan kanak2 datang beraya di rumahku..bukannya aku tak kenal kanak2 itu..mereka semua merupakan anak2 di kejirananku..waktu itu aku sangat kekeringan duit..nak isi minyak motor pun terpaksa mengorek tabung cap ayam yang dah pasti hanya tinggal kepingan syiling 5 sen..sedang aku dok melayan kanak2 itu beraya timbul satu idea bebal demi sebuah survival..aku memberi cadangan kepada kanak2 itu bahawa aku nak ikut mereka beraya..untung2 dapat la duit raya dalam seringgit dua..mereka pun terus bersetuju..

Kami pun berjalan beramai2 menuju ke rumah2 jiran..aneh rasanya melihat sekumpulan kanak2 dan seorang 'remaja' yang 2 kali tinggi mereka keluar beraya..tapi aku nekad..duit raya menjadi taruhannya..hati berdebar2 tatkala mengetuk pintu rumah pertama..kami disambut dengan mesra oleh tuan rumah dan penuh dengan hidangan2 yg lezat2 dan gurih..selesai acara menjamu perut kami pun duduk2 dengan harapan tuan rumah nak hulur duit..bagai orang mengantuk disorongkan bantal,bagai orang lapar dihulurkan ayam keni rojers,tuan rumah masuk ke bilik sejenak dan keluar bersama2 sampul raya..dihulurkan ke seorang demi seorang dan kegembiraan terpancar di wajah masing2..sampai turn aku,mulut tuan rumah yang tak memiliki insurans berjenama ING itu tiba2 mengeluarkan satu kenyataan separa pedas.."yang besar panjang ni pun nak duit raya gak ke"..dengan penuh hipokrasi aku membalas "saya dtg nak raye je la makcik"..tapi makcik itu bagai memahami nada suaraku yang penuh belas lantas dihulurkan jua duit tersebut..muka ku blushing dan aku tersiput2..dengan tergesa2 aku meninggalkan rumah itu dan juga kanak2 tersebut terus menuju pulang ke rumah untuk menekup muka dengan bantal..

walaupun rase mcm bodoh tapi aku dapat jugak seringgit..

Lagu tema hari ini



Duit - Hattan

Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal

Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta

Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah

Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri

notakaki : duit tak mampu beli kebahagiaan..sebab kebahagiaan takde jual kat kedai..

Sunday, October 11, 2009

Suatu petang yang pancing..

Tarikh : 10 Oktoberr 2009
Lokasi : Tasik Biru yang hijau
Cuaca : Redup matamu menghambat hatiku
Mood : Teruja lebih

Hari itu hari sabtu..separuh hari berlalu tersangat la lambat..mengenangkan petang yang bakal dihabiskan di Tasik Biru, Kundang yang penuh dengan pancaroba dan suka duka kehidupan tersebut..aktiviti yang dirancang setelah sekian tak lama sangat itu sungguh dinanti2..harap2 sumpahan dan badi "takdapatikan" yang melekat di tubuhku ini terlerai sudah di destinasi berikutnya..

Tamat waktu bekerja kami bergegas ke gedung beli belah Kepong Fish Tackle untuk menghabiskan sisa2 duit yang ada dengan harapan kelengkapan2 yang dibawa ke tasik biru bakal disambut oleh ikan2 di situ dengan hati yang terbuka dan jiwa yang pasrah..kubelek setiap inci kedai itu bagai org kaya yang ingin bersoping sakan..walhal hanya kuambil beberapa umpan tiruan yang berjenama murah namun kelihatan mahal..tanggapanku hanya ikan yang mengenal umpan itu harap2 tidak boleh disangkal lagi..

Selesai membeli belah..irama indie berkeroncong di perut bagaikan konsert woodstock..kami bergegas ke rumah bos untuk mengisi perut dengan makanan2 nan lazat..kenyang perut suka hati..maka dengan suka hatinya kami menuju ke tasik biru bersama segumpal harapan yang dikepal2..

Selesai mengisi perut, Aku, Kamil, Farid dan Nazmi meluncur laju di dalam perut MyVi hitam nan gagah itu menuju ke Tasik Biru..setibanya di Tasik Biru lebih kurang pukul 5 setengah waktu tempatan,kami terpegun dengan keindahan tasik yang digembar gemburkan itu..kami mencari port yang agak redup dan teduh kerana bimbangkan kulit yang mulus ini terbakar dek cahaya mentari dan kepanasan global yang berbahaya kepada kesihatan kulit itu..

Setelah berjumpa port yang ideal kami pun melabuhkan alat2a
n dan kelengkapan2..aku membawa 2 rod tiri dan satu rod sendiri..3 rod bagi menunjukkkan ketamakan dan kerakusan beserta niat mazmumah untuk menjeleskan rakan2 sepermancingan yang lain bila aku dapat ikan yang banyak nanti (kalau dapat)..dedak, cacing dan umpan tiruan menjadi senjata pertempuran kami petang itu..


Acara pertama dengan masing2 mempamerkan teknik casting..segala macam mak nenek jenis umpan tiruan yang dibeli tadi dicuba,dikarau,dilontar,ditarik,dicaci maki,dilempar ke sana sini namun hampa..senja makin berlabuh,lengan makin lenguh,nyamuk menjadi super banyak seolah2 menjadi siren agar teknik casting direhatkan pada separuh masa kedua..tiba masa untuk menyeksa cacing yang dibeli tadi dengan penyeksaan yang tak dapat digambarkan oleh cacing2 tersebut..bagi pencinta cacing seperti aku,hanya menggunakan dedak agar aku kelihatan sweet di mata cacing tersebut..

watak protagonis dalam cerita ini

aksi lontaran persis olimpik

Farid cuba bergurau dengan katak getah yang berenang kuak lentang itu

Kesepian senja dipecahkan oleh tarikan Kamil yang penuh keterujaan seolah2 mendapat ikan 3 tan lagaknya..pancing tiri ku yang ditarik oleh Kamil mendapat ikan pertama utk ari itu iaitu seekor keli sebesar lengan budak darjah dua..jaki sungguh aku melihatnya..namun aku yakin pancing kesayangan juga bakal menerima nasib yang sama,malahan lebih baik..upacara perasmian oleh keli pertama tersebut diikuti dengan keli2 yang berikutnya..

Kamil tersengih manja cuba memikat keli tersebut menjadi suri hidupnya

kembar yang riang

Farid mempamerkan wajah sedih kerana hanya mendapat ikan ketutu

Serangan nyamuk bertubi2 oleh nyamuk kamikaze memaksa kami bertindak drastik..unggun api dinyalakan dengan harapan nyamuk2 tersebut beralah dan memberikan laluan kepada pemancing2 hensem seperti kami untuk memancing tanpa gangguan..kemeriahan disambung oleh rentapan2 manja ikan keli..memandangkan tangan2 yang tak bedung ni..hanya tangan Kamil yang kelihatan mencabut mata kail dari mulut keli..

pawang air mempamerkan bakat menangkap ikan menggunakan saku seluar jeans

Pukul sebelas malam..perut dah berkeruk2..mata dah ngantuk..badan dah berlengas..dan nasihat dari pawang air membuatkan kami,para2 pemancing tegar ini berundur dari medan pertempuran..10 ekor ikan keli yang berjaya dinaikkan dibawa pulang dengan bergayanya..cukup la lauk untuk seminggu..

Aku kumpau lagi kali ini..hanya seekor ikan ketutu yang tak mempunyai daya juang langsung berjaya didaratkan..aku berazam aku akan repeat lagi kali ni..bila la sumpahan ni nak berakhir..demnn!!

Lagu tema hari ini


Jangan Kau Berputus Asa - Spider


Gerbangmu terbuka mencabarku
Melangkah menurut rasa rindu
Biarpun nanti antara kita ada yang mungkin terkorban
Biarpun nanti kita terhukum kerana melanggar kebiasaan

Cinta tak pandang tak kira siapa iakan mencuba, selagi..
mana pencinta terdaya menahannya diakan dicuba

Sebelum gugur tercalar jiwa parah
Jangan kau gugurkan airmata
Sebelum putus tali tuhan yang esa
Jangan kau berputus asa…

Nadamu menangis menggugatku
Dekati dirimu yang kurindu
Biarpun nanti antara kita ada yang mungkin menyesal
Biarpun nanti kita terpaksa membayar harga yang tak setimpal o..o..

Cinta tak pandang tak kira siapa iakan mencuba,selagi..
mana pencinta terdaya menahannya diakan dicuba o..h..

Sebelum gugur tercalar jiwa parah Jangan kau gugurkan airmata
Sebelum putus tali tuhan yang esa Jangan kau berputus asa
Sebelum gugur tercalar jiwa parah Jangan kau gugurkan airmata
Sebelum putus tali tuhan yang esa Jangan kau berputus asa
Jangan kau berputus asa Jangan kau berputus asa


notakaki : aku dah ade bro baru..kuikui

Tuesday, September 15, 2009

keBISULan

Pagi ni ade bisul tumbuh kat perut..ntah mane2 dtgnye..tau2 dah berpunat..dek kegeraman yang melampau aku pun memicit2 agar bisul itu meletup dengan sewajarnya..tetiba aku terkenang..

Tarikh : satu ketika dulu..umor 6 tahun kot
Lokasi : Taman Mulia tempat bermain
Cuaca : Dingin Hujan Renyai2
Mood : Riang ria kanak2 Ribena

Dulu aku agak degil..takde la degil sangat tapi standard ISO kanak2 lelaki berumor 6 tahun yang degil..waktu tu hujan renyai2..bagi kanak2 sepermainan seperi aku hujan renyai2 di waktu petang hanya membawa satu makna..MAIN BOLA

Betapa nikmatnya main bola time ujan2..bukan nak main sangat bola tu..tapi keseronokan yang terpapar ketika menerjah lopak2 air dan melakukan aksi menggelungsur di tanah yang licin cukup membuatkan rupa kami kelihatan seperti kembar FAB buku biru..

Hari itu hujan renyai..suhu 20 darjah celcius..tanpa menghiraukan pesan org tuaku, secara senyap2 aku pergi ke taman permainan untuk bersukaria..riang sungguh zaman kanak2..tak perlu nak fikir tentang kerja,hutang,bil letrek,instalment kete,beli rumah,sara anak bini,gajet terbaru di pasaran,sofa baru jiran sebelah,baju raya,pemanasan global,kenaikan harga minyak,kejatuhan rejim komunis,dinamik mesin dan sebagainya..yang mereka tau hanya MAIN..main dari pagi sampai petang..makan pastu tido..

Selesai sudah aktiviti mengotorkan baju..senja pun menjelang..kami berarak pulang dengan wajah puas kerana baju sudah dipenuhi lumpur..senyuman dan riang tawa terukir di wajah setiap orang tanpa memikirkan akibat yang bakal menanti akibat perbuatan sendiri..

Dari kejauhan aku terlihat kelibat seorang lelaki dewasa bermuka ketat..sambil 2 tangan di belakang laksana menyorokkan sesuatu..aku cuak..susuk itu begitu familiar..setelah mencantumkan semua klu aku dapat membuat hipotesis bahawa di depanku ialah ayahandaku yang bersenjatakan tali pinggang sedia untuk melibas tubuh genitku akibat tidak mendengar kata..

Tanpa berlengah aku pun menangis..menangis semahu2nya bagai tiada hari esok..walaupun tali pinggang itu belum lagi hinggap ke badanku namun teriakanku bagaikan pesalah kes rogol yg telah disebat 4 kali secara berturut2..aku sudah tidak pedulikan jiran2ku lagi..hilang rasa malu..buat apa aku nak malu..stendet la budak umo 6 tahun menangis..

Tiba2 wajah ayahanda ku bertukar..dari wajah bengis ke wajah aneh..macam terlihat sesuatu yang pelik berlaku..takkan la aku bertukar menjadi hulk hinggakan ayahandaku terkesima..
ayahandaku menyuruh aku melihat cermin..aku pula yang terkejut..aku menangis air mata darah..air mata darah mengalir deras keluar dari mataku..setelah diselidik rupa2nya itu bisul di mataku yang pecah..tapi memang rare..kalau lah zaman tu ade telefon bimbit berkamera cybershot 3.2 megapixel..

Ayahandaku tidak jadi untuk meneruskan kegiatan melibas dan menyebatnye..die berasa bangga dan lucu kerana dek muka yang bengis dan gaya yang garang, anaknya menangis air mata darah..demn..tak klaka lansung..tapi bisul tu menyelamatkan punggung gebuku daripada diratah tali pinggang cap crocodile itu..terima kasih bisul..

Crett..bunyi punat bisul yang terpercik menghentikan lamunan..

Lagu tema hari ini



Raindrops Keep Falling on My Head - B.J. Thomas

Raindrops keep fallin' on my head
And just like the guy whose feet are too big for his bed
Nothin' seems to fit
Those raindrops are fallin' on my head, they keep fallin'

So I just did me some talkin' to the sun
And I said I didn't like the way he got things done
Sleepin' on the job
Those raindrops are fallin' on my head, they keep fallin'

But there's one thing I know
The blues they send to meet me won't defeat me
It won't be long till happiness steps up to greet me

Raindrops keep fallin' on my head
But that doesn't mean my eyes will soon be turnin' red
Cryin's not for me
'Cause I'm never gonna stop the rain by complainin'
Because I'm free
Nothin's worryin' me

It won't be long till happiness steps up to greet me

Raindrops keep fallin' on my head
But that doesn't mean my eyes will soon be turnin' red
Cryin's not for me
'Cause I'm never gonna stop the rain by complainin'
Because I'm free
Nothin's worryin' me

notakaki : time2 camni aku perlukan doraemon dan mesin cahaya masanya

Monday, September 7, 2009

malam pesta muda mudi

Tarikh : 7 Septumber 2009
Lokasi : Sekitar Kuala Lumpur ibukota tercinta
Cuaca : Sejuk2 hangat
Mood : Teruja

Petang itu ade mejlis berbuka puasa bersama geng2 jahat uitm. .setelah beberapa siri pergaduhan mulut, perdebatan, penganjingan, pen'talkingcrap'an, pengkritikan dan perselisihan pendapat, keputusan tentang lokasi ditetapkan secara muktamad..Damascus Gate Jalan Damai menjadi titik pertemuan kaum2 yg kurang sopan itu

Ayg yang comel dan debab tiba di rumahku bersama2 Didi yg bakal menimbulkan kontroversi tak berkesudahan di kalangan rakan2 ku..kami bertolak menaiki Cik MAZiDAh dan meluncur laju mencilok2 menuju ke Damascus Gate berbekalkan perut yg kosong dan semangat juang yang tinggi..sepanjang perjalanan aku dan ayg berbalas2 jelingan melepaskan rindu kami yang lama terpendam



Damascus Gate..puas aku cari pagar damascus tu namun tak ketemu


Tiba di Pagar Damascus kami disambut oleh Encik Adul, tuan punya majlis yg bertubuh sasa bak Chewbacca dlm rancangan Star Wars satu ketika dulu..setelah membayar cover charge kami terus ke meja untuk berbual2 kosong dan makan daging saudara sendiri sementara menunggu waktu berbuka..ahli jemaah yang telah tiba ialah Adul Apis, Adib Kadir, Rohaizad dan pasangan dan Pejal dan pasangan..kemudian Rahizal, Asraf, Rozi ta Che wan, Antu, Sapuan dan pasangan, Jawa, Keling, KA, Bai, Andy dan pasangan, Topek dan pasangan, pekan dan pasangan dan Syanteq tiba bagi memeriahkan lagi suasana. (ada name yg aku tak sebut kot)


orang lain sibuk mengumpat, mereka sibuk bergambar



pemandangan sisi taman yang cantik



dlm khemah terrorist ni la kami menyantap


Hidangan dari syria menjadi santapan pada petang nan syahdu itu..pinggan2 dipenuhi dengan makanan2 gaya pelarian Mogadishu..itu merupakan pengalaman baru bagiku dan beberapa orang yg tidak pernah merasa makanan syria..hidangan2 seperti nasi biryani, spageti, kebab, salad, samosa dan humus menyerikan meja kami..ade orang yang tidak boleh terima gaya masakan tersebut..memandangkan lidahku mengalir darah arab, makanan tersebut terasa enak saja



para2 makanan berbaris menunggu ketibaan dif2 kehormat


ini bukan rojak pasembur


antara 2 warna..1 Malaysia


Selesai menyantap dengan jayanya kami pun tersandar kekenyangan..aku akui, stamina makan ku tidak lagi seperti dulu di mana perutku mampu menampung makanan untuk 5 orang makan..kini pabila beranjak dewasa aku mula makan sikit..ini mungkin petanda baik untuk aku menjadi kurus..tapi selera Rahizal masih macam dulu..mungkin beliau dah lama di hutan dan tak jumpe makanan yang enak2

Sesi umpat mengumpat, keji mengeji, kutuk mengutuk, maki memaki, ejek mengejek pun bermula.. tak cukup berbuka dengan makanan, mereka dengan rakusnya melepaskan apa yang mereka tahan ketika siang hari berpuasa.. semua peserta menyumbang dengan jayanya..asap shisha yang berkepul2 mengiringi program yang tak bermanfaat itu. .namun yang pasti, itulah cara kami mengukuhkan ukhuwah dan silaturahim


sambil berbual minum air


semua orang..kecuali aku..sob sob sob


Setelah kehabisan modal aku mula merencana program yang bakal mengisi malam kami itu dengan penuh gilang gemilang.. setelah membuat persetujuan, aku, ayg, Didi, Rahizal, Asraf, Rozi, Keling dan Antu..pusat latihan nyanyian menjadi destinasi seterusnya..setelah mengharungi cabaran2 lalu lintas di jalan bukit bintang yang penuh dengan manusia itu, kami tiba di pusat latihan nyanyian jalan imbi dengan penuh hensem..keterujaan terpancar di muka rakan2ku..transformasi oleh Didi memburukkan lagi situasi

Sesi latihan selama 2 jam itu di biayai oleh 2 orang wakil MTU yang kacak lagi bergaya itu..diharap masa2 akan datang mereka tidak akan jemu untuk membiayai kawan2 yang miskin ini lagi..sesi itu dirasmikan oleh Encik Asraf dengan lagu tears in heaven. sedih benar rupa beliau ketika mendendangkan lagu itu.. mungkin kisah silam masih menyelubungi hidup beliau.. atau dek pengaruh sinetron dan drama2 sedih yang selalu ditayangkan di kaca tv mengkristalkan hati beliau..itulah yang dikatakan singa berhati bunga.. acara itu berakhir dengan pincang berikutan tindakan rahizal membatalkan lagu terakhir malam itu

Masih belum puas dengan hiburan di pusat latihan nyanyian itu,aku merencana agenda lain pula..dengan penuh kami beramai2 berarak menuju ke Kapal Itu..malam itu band Chemistry mempersembahkan musik rock santapan jiwa sempena sunday rock nite setiap malam ahad..sudah lama aku tidak membatukan diri menonton band hidup di kelab..rasa terpanggil untuk menghadirkan diri..ditambah pula dengan rakan2 di sisi membuakkan lagi jiwa rock gua..mata Rozi sudah lebam..beliau ade meeting dengan bos pada keesokan harinya..tapi dek racun kawan2 beliau turut jua memeriahkan suasana

Ketibaan kami disambut dengan lagu Black Night dendangan Deep Purple..macam tau2 je lagu peberet gua..(dah masuk kapal kene jadi rock..bahasa pun suda tukar)..rindu ku terlerai bile melihat gorengan gitar Eddie Reborn dan rakan2 band beliau..sungguh membuai jiwa dan mengasikkan..kami berheadbanging sakan..pertunjukan yang penuh bertenaga membuatku mengimbau nostalgia zaman rok n roll satu ketika dahulu

Habis sudah satu set..

Sementara menunggu set terakhir kami disajikan lagu2 goyang pinggul..dentuman bass yang muntah dari speaker menggegar2 saraf dan memanggil2 untuk ke lantai tarian dan melakukan sehati berdansa..terasa bagai divoodo..diiringi lagu2 hangat masakini kami bergoyang sesama kami..Ayg dengan Tummy Dance..Antu yang kononnya rock dengan tarian robot..Keling dengan tarian Bhangra..Rahizal dengan tarian Mas Joko..Asraf dengan tarian singa..Didi dengan tarian kontrol ayu (ayu ke?)..hinggakan Rozi pun turut terpengaruh dengan mempersembahkan tarian goyang sana sini..aku jugak yang duduk sopan sambil memerhatikan tingkah laku rakan2ku yang rosak akhlak tuh..hehe..baki kalori hasil berbuka tadi membantu mereka menjadi lebih bertenaga dan kekal aktif..membesar riang bak kanak2 dumex


tarian robotik automasi


ewah ewah..kalau la Wak Ranom nampak gambar ni


enter frame


1 hari bangkitnya pocong


gejala sosial yang melanda masyarakat


Set terakhir pun bermula..kami berheadbanging lagi sampai lebam..persembahan ditutup dengan lagu Steelheart - She's Gone oleh drummer yang suara beliau sangat kuda.. meremang habis bulu2 daku mendengarnya


aksi2 meruntun jiwa


Selesai sudah menonton band hidup..kami berjalan berpimpinan tangan menuju ke tempat letak kenderaan..sudah bersalam2an dan bercium2 pipi kami pun bersurai dan pulang ke sarang masing2..setiba di rumah ku terus merebahkan badan ke katil..sempat juga bersms dengan Rahizal dan Asraf..mengenai apa hanya kami bertiga yang tau..jeng jeng jeng

Lantas aku hanyut dibuai mimpi..selamat malam dunia

Lagu tema hari ini..



Joget Dimanalah Jodoh - Ali Mamak

Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak kahwin lagi
Apa nak jadi
Apa nak jadi
Kalau tak kahwin kau menyesal nanti
Apa dah jadi......

Ali Mamak : Mula-mula ku bercinta dengan Siti Zaharah
Abun : Lah...Melayu...
Ali Mamak : Kau ingat siapa?
Abun : Tak der lah...
Ali Mamak : Yang ini aku tak berapa berkenan
Abun : Kenapa?
Ali Mamak : Sebab dia kuat mentedarah
Abun : Lah selera tengah ada biorkan...
Ali Mamak : Cakap kau senanglah kalau sakit siapa susah

Ali Mamak : Bercinta pulak dengan si Salmah
Abun : Oh..sedap namanya tuh
Ali Mamak : Jangan puji dulu kau tak tahu dia...
Ali Mamak : Dia minta izin keluar pagi sampai ke malam tak balik rumah
Abun : Lah...macam tu?
Ali Mamak : Baru kau tau..
Ali Mamak : Kulepaskan sudah...
Abun : Alah sikit benor silapnya..

Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak kahwin lagi
Apa nak jadi
Apa nak jadi
Kalau tak kahwin kau menyesal nanti
Apa dah jadi......

Ali Mamak : Bercinta pulak dengan anak Pakcik Hamdan
Abun : ha...harap-harap jadilah
Ali Mamak : mudah-mudahan lah...
Ali Mamak : Aku dengor suranya sekejap kecik sekejap besor
Abun : eh..kenapa jadi macam tu?
Ali Mamak : Baru kutahu rupanya makweku pondan
Abun : Ha...padan...pilih yang asli yang itu kenapa dicari
Ali Mamak : Yelah..mana aku tahu nak jadi
Abun : Pilih sangat..

Ali Mamak : Bercinta pula dengan si Yati
Abun : Emm..tak nak komen apa-apa
Ali Mamak : Hari ini aku berjanji sehidup semati
Abun : hem..hem..
Ali Mamak : Kau tahu..
Abun : Tak tahu...
Ali Mamak : Besok pagi rupanya betul-betul dia mati
Abun : Loh...pendeknya umur kena mandi bunga ni..
Ali Mamak : Giler apa kau ni orang dah mati nak mandi bunga buat apa?
Abun : Yang hidup...
Ali Mamak : Oh..yang hidup
Ali Mamak : Hai..sunyilah sepi....

Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak kahwin lagi
Apa nak jadi
Apa nak jadi
Kalau tak kahwin kau menyesal nanti
Apa dah jadi......

Ali Mamak : Bercinta pulak dengan budak Tanjung Keling
Abun : Uuhh...jauh tu...
Ali Mamak : Jauh mana
Abun : Luar negara
Ali Mamak : Apa pulak luar negara...Melaka
Abun : Ohh...Bandar bersejarah...
Ali Mamak : Tau..pun datanglah Melaka
Abun : Ha...Mari lah ber...
Ali Mamak : Aku tengok dari belakang pinggangnya ramping
Abun : Lah...nak kahwin tengok pinggan?
Ali Mamak : Pinggan apa pulak...pinggang....
Abun : Pinggang..
Ali Mamak : Bila dia pusing kutengok matanya juling
Abun : Juling apa?
Ali Mamak : Juling itik
Abun : Eh...oklah tu..
Ali Mamak : Apa pulak oknya pulak?
Abun : Yang nak kahwin bukannya mata
Ali Mamak : Oh tak yer..juga yer...

Ali Mamak : Bercinta pulak dengan budak Tangkak
Abun : Aduh...merajuk sampai ke Pulau Pinang
Ali Mamak : Apa pulak Pulau Pinang Tangkak kan dekat Johor...Buta sejarah betulla...
Abun : Ha...yalah...
Ali Mamak : Yang ini pulak aku panggil dua tiga kali dia tak menyahut...
Abun : Kenapa
Ali Mamak : Baru aku tahu rupanya makwe tu pekak
Abun : Pekak apa?
Ali Mamak : Pekaklah...badak
Abun : Aduh maksimumnya pekak...
Ali Mamak : ha...tu masalahnya...

Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak kahwin lagi
Apa nak jadi
Apa nak jadi
Kalau tak kahwin kau menyesal nanti
Apa dah jadi......

Ali Mamak : Bercinta pulak dengan budak Simpang Renggam
Abun : Wah...masih kat Johor lagi
Ali Mamak : Masih kat johor lagi, rezeki kat sana menjadi
Ali Mamak : Tapi sayang mak bapaknya tak suka
Abun : Eh...yang nak kahwin anaknya bukannya dengan bapaknya
Ali Mamak : Dia kata tak nak menantunya hitam legam
Abun : Ha...ni yang aku marah ni...yang dia tu putih sangat ke?
Ali Mamak : Yang kau marah pasal apa bukannya kau....
Abun : Kawan....

Ali Mamak : Susah-susah sangat nikahnya budak Telok Gadung
Abun : Kalau itu tadi lagi dah kahwin dah...kan sekampung...senang...
Ali Mamak : Yang hairannya aku bernikah lima tahun tak dapat anak,
Abun : Dah nasib nak buat macam mana?
Ali Mamak : Mak mertua aku je yang asyik mengandung
Abun : Loh...kenapa jadi macam tu...
Ali Mamak : Itu pun kau nak tanya aku, cuba dari tadi kau tanya macam tu kan elok...
Ali Mamak : Aku jugak yang melopong...

Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak kahwin lagi
Apa nak jadi
Apa nak jadi
Kalau tak kahwin kau menyesal nanti
Apa dah jadi......

Ali Mamak : Itulah mak aku dah pesan...
Abun : Saper...?
Ali Mamak : Mak aku...
Abun : Apa dia...
Ali Mamak : Dia kata apa
Abun : Mana aku tahu mak kau pesan bukannya mak aku
Ali Mamak : Ha..dengor sini, apa pun rintangan, apa pun halangan, apa pun cabaran...dia kata...
Sabarlah....Ali....

notakaki : walau hepi namun aku sedih sebab gambarku sekeping je..

Monday, August 31, 2009

Bukan Cinta Biasa

hari ini sangat biasa..

bangun lambat - biasa
pagi2 dah kelam kabut - biasa
tak baca doa bangun tido - biasa
masuk opis lambat pastu buat muka seposen - biasa
bukak facebook dlu mendahului benda2 lain - biasa
malas2 - biasa
menangguhkan kerja - biasa
makan tengah hari yang banyak - biasa
mengantuk di waktu bekerja - biasa
balik tepat pada waktu - biasa
hisap rokok - biasa
tido lambat - biasa

mudah untuk menjadi manusia biasa..mudah juga untuk menjadi manusia luar biasa?..mudah ke?..BENAR

luar biasa - sesuatu yang di luar kebiasaan

untuk menjadi manusia luar biasa anda hanya perlu melakukan perkara yang di luar kebiasaan

tak perlu berenang ke bulan untuk menjadi manusia luar biasa

tak perlu berbual dengan zirafah untuk menjadi manusia luar biasa

tak perlu pandai kalkulus untuk menjadi manusia luar biasa

tak perlu menganyam ketupat menggunakan lutut untuk menjadi luar biasa

tak perlu..

cukup sekadar melakukan perkara di luar kebiasaan kita sehari2

bangun awal - luar biasa
pagi2 tenang - luar biasa
baca doa bangun tido - luar biasa
masuk opis awal dan buat muka seringgit - luar biasa
terus siapkan report - luar biasa
rajin2 - luar biasa
kerja dilakukan ketika itu juga - luar biasa
makan tengahari yang sikit - luar biasa
balik 1 minit lepas tamat waktu bekerja - luar biasa
hisap bende lain (ehem2) - luar biasa
*ehem2 adalah sejenis lolipop
tido awal - luar biasa

semua orang berpotensi menjadi luar biasa..
namun aku memilih untuk menjadi orang biasa..
kerana biasanya aku begini..

(dah macam ceramah mlm je)

lagu tema hari ini : Hidup Sederhana (Basikal Tua) -tribute to Sudirman



Sudirman - Hidup Sederhana (Basikal Tua)

Riang hatiku badan bertuah
Punya teman yang comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
Menemani ku setiap masa

Aku hidup serba sederhana
Tiada harta tiada rupa
Hanya yang ada budi bahasa
Harta sekadar basikal tua

Orang biasa basikal tua
Orang biasa basikal tua

Walau kemana ia meminta
Kubawa dengan hati yang bangga
Senang melihat ia ketawa
Duduk di palang basikal tua

Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa

Biar pun hidup aku begini
Berbasikal setiap hari
Namun hatiku riang selalu
Tiada hutang datang mengganggu

Angan-angan ku disuatu masa
Basikal kan ku tukar kereta
Tapi kekasihku tidak setuju
Mungkinkah dia rasa cemburu

Orang biasa basikal tua

Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa

notakaki : lebih baik menjadi orang biasa yang melakukan perkara luar biasa daripada menjadi orang luar biasa yang melakukan perkara biasa

Seekor ikan ibarat setitis peluh nelayan..

Tarikh : 30 Ogostos 2009
Lokasi : Pulau Indah
Cuaca : Hangat2 suam kuku
Mood : Ceria

Semalam aku bosan..urusan yang nak disetelkan tak dpt disempurnakan maka aku mencari aktiviti lain untuk membuang masa sementara menunggu waktu berbuka..rupa Rahizal terngiang2 di fikiranku lantas aku menaliponnya dan menjemputnye pergi memancing..bukan nak mancing sgt pun cume nak test joran yang baru ku beli..bukan joran baru..cuma baru beli je..

Niat nak mancing kolam je..muka aku mmg muke kolam pun..setibanya di rumah Rahizal beliau yang masih berkemban dengan tuala biru separuh lusuh itu segera meracunku agar pergi ke Pulau Indah..di sana terdapat kelong yang indah dan berpotensi tinggi..sudah menjadi kebiasaannya aku mudah makan racun..nasib baik kawan2 aku masih sayang kat aku..kalau tak dah lama mereka memberiku racun tikus..

Setelah menghubungi seorang kaki pancing tegar yang bernama Din Iqbal kami terus bersiap sambil menanti kehadirannya..bagi beliau perjalanan dari Ampang - Kota Kemuning tu umpama perjalanan dari rumah ke kedai mamak sahaja (jika memancing jadi tujuannya)..persiapan kami suku rapi sahaja..biasalah..perancangan minit terakhir..sama juga dengan persiapan ketika menghadapi final exam ketika student dulu..

Din sampai..kami teruskan perjalanan ke Pulau Indah dengan seratus harapan (seribu banyak sangat kot)..tapi harapan yang paling nyata nak dapat ikan besar..kalau boleh besar rumah..kalau boleh besar rumah pangsa..kalau boleh rumah pangsa 17 tingkat..kalau boleh lagi rumah pangsa PPRT..(kalau nak cerita pasal kalau..lembu pun boleh pandai main gitar)..

Setibanya kami ke jeti setelah menempuh perjalanan yang rally, kami memunggah peralatan dan perkakasan menuju ke bot yang menunggu..kos murah je..trip suka suka jalan jalan..berbekalkan umpun2 kami ke kelong dengan harapan mendapat siakap sekurang2nya (tak dapat jekkk)..


lokasi kelong dilihat dari jeti



pemandu bot mencium ketiak beliau tanpa rasa bersalah



Sampai di kelong kami terus mempersiapkan diri untuk menghadapi serangan ikan ke mata kail..umpan dilempar penuh rakus..pada ikan2 kami laungkan "no mercy"..Rahizal membuka tirai pertarungan dengan berjaya mendaratkan gelama seberat 20gram rasa2nya..aku dan Din memerhatikan dengan penuh jaki..Din pula berjaya mendaratkan gelama seberat 25gram pula (aku rasa lagi)..kini tinggal aku seorang yang jaki..mungkin ilmu memujuk ikan belum habis ku khatam..penantian berakhir..berjaya juga aku menawan gelama tersebut..kini gelaran Raja Talapia telah berjaya dipecahkan..kulihat Din dan Rahizal sungguh rancak menaikkan gelama pisang kebanggaan mereka..sepanjang pemancingan kami lebih kurang 30 ekor gelama berjaya dinaikkan..semuanya besar2 2 jari aku..tapi dapat juga seekor senangin untuk dibanggakan..itu pun besarnya 3 jari aku..tak lupa juga pada buntal dan belukang..2 sekawan yang tak kenal erti caci maki..


angkuh sungguh mendapat gelama 20gram


menguji kekuatan lengan


Rahizal menjeling bangga (portnya banyak ikan)


lagi banyak joran lagi banyak ikan (kononnya)


spa ikan liar


keindahan petang


Jam menunjukkan pukul 6:40 petang..dah tiba waktu pulang..Rahizal cuba menghubungi pemandu bot namun gagal..adakah kami akan berbuka di atas kelong?..tak sanggup rasanya nak berbuka dengan mengorek hidung sahaja..demn..mana pulak pergi abang bot nih..takkan la beliau pergi pasar ramadhan walhal beliau tak puasa pun..pukul 7.10 petang baru beliau datang mengambil kami..kami berbuka dengan air kotak soya dan dunhill sebatang..

Malam menjelma..

Rahizal ingin belanja makan seafood..kami bergegas ke sebuah restoran yang tersohor situ..terletak betul2 di tepi lebuhraya menuju Pulau Indah..restoran yang dibina bersebelahan jeti nelayan memberi impresi bahawa ikan2nya sudah tentu fresh..hampa menyelubungi bile tokei restoran tu kata tukang masak beliau tak mampu nak menampung pesanan yang begitu banyak..beliau suruh kami datang semula pukul 8 mlm..kami pasrah

Duduk2 di kereta menunggu pukul 8 mlm..serangan bertubi2 pasukan nyamuk berani mati membuatkan darah pahlawan kami mendidih..Din dengan inovasinya membuat unggun api di tepi kereta..nyamuk2 tersebut bertempiaran bagai syaitan bertempiaran lari pabila azan dilaungkan..

Tiba2 datang idea bodoh yang bermanfaat untuk mengisi masa lapang..aku membuka bonet kereta dan mengambil seekor ikan gelama dan mencucuk nya dengan kayu..kupanggang ikan itu di atas unggun api..Rahizal dan Din memandang sinis..mereka suruh aku menghabiskan ikan tersebut..walaupun sedikit hangus namun kelazatan dan kesegarannye masih terasa..nyum2


aktiviti membuang masa dengan berfaedah


lazat bukan?



Pukul 8 mlm..kami kembali ke restoran tersebut..Rahizal memesan ikan gruk gruk (tak tau ejaannye)..hodoh sungguh nama ikan tu..macam nama raksasa dalam filem epik Lord Of The Ring..sotong masak berempah, tomyam campur dan sejag fresh oren menjadi juadah berbuka kami hari itu..


nyum2



Perut kenyang..badan letih..mata mengantuk..setelah Rahizal mensetelkan bil kami meneruskan perjalanan pulang..hantar Din dan Rahizal ke Kota Kemuning..aku meneruskan perjalanan pulang ke tanah air di Cheras..

Sampai di rumah ..aku membawa kesemua ikan ke singki dengan niat untuk menyiang ikan2 tersebut..satu misteri menyelubungi jiwaku ketika itu bila ikan senangin hilang..beliau satu2 nya ikan paling hensem dalam sekawan ikan gelama yang tak glamer tu..mustahil boleh hilang..setelah membuat percaturan dan memainkan semula pita rakaman fikiranku,aku terus bergegas ke bonet kereta..kulihat ikan senangin tu dengan hensemnya terselit di sebelah tayar spare..mungkin terkeluar dari plastik waktu kulanggar bonggol dengan kelajuan berhemah tadi..mujur ibuku belum pulang dari masjid..

Mandi..bersiap2..call org tersayang..tdo..
Hari yang panjang..

Lagu tema hari ini..


Keep Fishin' - Weezer - More bloopers are a click away

Weezer - Keep Fishing

You'll never be
A better kind
If you don't leave
The world behind

Waste my days
Drown aways

It's just the thought of you
In love with someone else
It breaks my heart to see you
Hangin' from your shelf

You'll never do
The things you want
If you don't move
And get a job

Waste my days
Drown aways

It's just the thought of you
In love with someone else
It breaks my heart to see you
Hangin' from your shelf

Oh girl, when I'm in love with you
Keep fishin' if you feel it's true
There's nothin' much that we can do
To save you from yourself

Waste my days
Drown aways

It's just the thought of you
In love with someone else
It breaks my heart to see you
Hangin' from your shelf

Oh girl, when I'm in love with you
Keep fishin' if you feel it's true
There's nothin' much that we can do
To save you from yourself

You'll never do
The things you want
If you don't move
And get a job

Waste my days(And get a job)
Waste my days(And get a job)
Waste my days(And get a job)
Waste my days(And get a job)
(Waste my days) Whoa-oh
(Waste my days) Whoa-oh, whoa-oh
(Waste my days) Whoa-oh
(Waste my days) Whoa-oh, whoa-oh
Waste my days

notakaki : penat tapi seronot


Related Posts with Thumbnails