Showing posts with label ilmu berharga. Show all posts
Showing posts with label ilmu berharga. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Teka Teki Teka Lah Sampai Lebam


Dalam banyak2 binatang, binatang apa suka mengumpat?
Di mana letaknya pedih hulu hati?
2+2 jawapannya bukan 4 habis tu apa?
Kenapa salesman suka pakai tali leher?
Apa akan jadi kalau pokok boleh bersiul?

Aku sudah bosan dengan teka-teki
Apa kata kita ubah konsep
Teka-teki sepatutnya sudah berevolusi setelah sekian lama

Setelah berevolusi beliau akan jadi macam ni..

Jawapan : KURA-KURA PAKAI HELMET

Teka-tekinya berbunyi :

APAKAH SOALAN TEKA TEKI INI?


Baru padan muka kau!!

Sunday, February 13, 2011

Musim Mengawan



Selesai sudah ke acara walimatul urus rakan2 terdekat..setiap hujung minggu dipenuhi dengan acara memakan nasik minyak hingga habis minyaknya..bagaikan undangan openhouse di musim raya..jemputan yang tak putus2 membuatkan aku mula takut untuk membuat pemeriksaan kesihatan kerana bimbang tahap kolesterol di dalam badan menyamai dengan jumlah bulu kaki di kiri kanan kaki ku..

Setiap kali ke kenduri kahwin aku seram..bukan main2 punya seram..seram macam keluar date tengok wayang dengan hantu kak limah yang belum2 balik rumah..seram bila memikirkan macam mana la agaknya kalau aku yang jadi pengantin lelaki itu..tentu rabak poketnya..tentu punah wang simpanannya..tentu habis segala macam lombong duit dikoreknya..belum kira yang dikorek dari poket ibu ayah dan juga saudara mara terdekat..lain la kalau aku ni anak Yusuf Haslam..kompem kenduri aku ditaja oleh Perusahaan Kerepek Mak Jah..


Melihat bajet di atas rasa macam nak pitam bangun balik selama 20 kali berturut2..bagi golongan yang berpendapatan kais pagi makan hujung bulan macam aku ni mana mampu nak mengumpulkan dana sebanyak itu dalam tempoh yang singkat melainkan aku berenti merokok, berenti makan 7 kali sehari, berenti memandu di kuala lumpur, berenti berkawan, berenti mandi, berenti menggunakan internet, berenti memakai baju, berenti berkeluarga, berenti ke soping kompleks, berenti memakai boxer, berenti bercukur, berenti main snuker dan berenti menjadi rakyat Malaysia..

Meskipun tampak mustahil, pasti ada jalan jika niat kita itu baik..mendirikan rumah tangga adalah perkara yang baik..mendirikan rumah tangga atas kesengsaraan orang lain juga perkara yang baik aku tumbuk kau secara bertubi2..

Di sini aku membentangkan bajet alternatif bagi mereka yang duit tak ada tapi hati ingin kawen..

1. Duit Hantaran
Duit hantaran merupakan sesuatu yang menyenakkan paru2 lebih2 lagi jika nilainya sama dengan nilai untuk membeli seribu kampit beras super A..ketika sedang membincangkan harga hantaran cuba lah tawar sedahsyat mungkin sehingga mencapai jumlah minimum..jangan lupa memasukkan hujah2 "duit bukan segalanya", "makcik nak jual anak ke?", dan hujah2 sepertinya..kalau perlu titiskan sedikit air mata menagih simpati dan jemput krew Bersamamu TV3 untuk merakamkan peristiwa bersejarah itu

2. Barang Hantaran
Tak perlu berhabis beribu2 ringgit untuk barang2 hantaran yang belum tentu kita akan menggunakannye.. sediakan dulang yang di dalamnya berisi garam, gula, air, petrol dan lukisan berbentuk hati..simboliknya?..begitulah erti cinta yang akan membawa pasangan ini ke penghujung hayat..seperti mana kita memerlukan garam, gula air dan petrol..dan dulang berisi lukisan berbentuk hati itu bererti "aku menyerahkan seluruh hati aku dan ia menjadi milikmu selamanya"..dah pasti barang2 ini lebih lebih dan sangat lebih berharga daripada beg tangan Gess, Kucci dan juga Elbi..pasti bakal keluarga mertua anda menitiskan air mata tanda terharu

3. Cincin Kahwin
Pernah dengar Zhulian?

4. Pelamin
Kegunaan yang tak sampai beberapa jam tapi harga tersangat la karut..apa kata anda DIY sahaja pelamin anda tu..contohnya anda boleh memotong tong drum kepada 2 bahagian..hias serba ringkas dan duduk bersila di atasnya..cool bukan?

5. Jurugambar
Anda sebenarnya tak perlu untuk mengupah jurugambar langsung..selesai sahaja kenduri sila hubungi rakan2 yang hadir ke majlis perkahwinan anda tu..sediakan sebijik thumbdrive dan collect sahaja gambar2 yang ditangkap mereka..sudah pasti berlambak2

6. Tempahan Kad Kahwin
Pernah dengar Facebook dan Sistem Pesanan Ringkas?

7. Door gift
Rebus telur banyak2 dan beri kepada tetamu..x perlu bekas telur yang canggih dan bombastik..cukup sekadar menulis perkataan Terima Kasih di atas telur itu dengan marker pen

8. Belanja Kenduri
Yang ni paling kritikal..banyak cara untuk anda menjimatkan duit di sini..di antaranya ialah

-langsungkan kenduri di bulan puasa..sediakan makanan bagi me
reka yang uzur sahaja..bekalkan kepada tetamu yang berpuasa dengan sedikit kurma untuk juadah mereka berbuka nanti

-anjurkan kenduri anda di tempat yang jauh dari masyarakat seperti di tengah2 banjaran titiwangsa..pasti sedikit sahaja jemputan yang akan hadir memandangkan mereka perlu meranduk 4 batang sungai dan meredah denai selama 3 hari 4 malam untuk tiba ke destinasi

-sediakan hidangan yang mudah, pantas dan murah seperti r
oti canai dan maggie..pasti ramai tetamu sudah bosan dengan nasik minyak..mereka akan lebih teruja dengan roti canai dan maggie yang julung2 kali dihidangkan tu

Sekian serba ringkas jalan alternatif yang bole digunakan kepada bakal2 pengantin yang bernapsu nak kawen tapi masih belum berkemampuan..ingatlah, kehidupan sesudah kawen lagi menyemakkan kepala anda nanti..selamat berkahwin..


notakakikuadabesi : mencuba kaedah di atas adalah risiko sendiri..penulis tidak akan bertanggungjawab atas bencana yang berlaku akibat mempraktikkan kaedah2 di atas

Monday, August 9, 2010

Putus Cinta?

Cinta adalah sebuah subjek yang tak pernah putus untuk dibicarakan..lagu2 yang meletup di corong radio ialah lagu cinta..filem2 yang box office ialah filem cinta..novel2 yang laris di pasaran ialah novel cinta..puisi2 yang meruntun jiwa juga ialah puisi cinta dan juga nasi lemak yang diidam2kan orang ramai ialah nasi lemak cinta sayang..

Cerita tentang cinta memang enak..seenak memakan aiskrim perisa vanila bersama cip coklat di tepi pantai, dengan diiringi musik latin la usurpadora dan dihembus angin sepoi2 bahasa..enak bukan?tapi bagaimana pula kalau anda putus cinta?adakah anda tiba di penghujung kehidupan?adakah segala2nya musnah?adakah anda tak mampu menyedut oksigen untuk meneruskan hidup?adakah harga minyak akan turun secara mendadak?di sini ada beberapa tips percuma untuk anda2 yang baru putus cinta..

1. Putus cinta belum cukup ngeri lagi
Anda fikir anda dah cukup ditimpa malapetaka hanya kerana anda putus cinta?..jangan cemas..anda masih dikira sangat beruntung jika dibanding kan dengan orang yang putus kepala, putus kaki, putus jari, putus urat kentut dan juga layang2 terputus talinya..bayangkan jika kepala anda putus bagaimanakah anda hendak bercinta apetah lagi memakai helmet..anda masih lagi seperti dulu jika putus cinta..maka bersyukur la kerana anda hanya putus cinta

2. Jangan pernah serik
Hanya kerana cinta anda dikhianati oleh orang yang kejam maka anda serik untuk bercinta lagi?sesungguhnya anda tergolong dalam orang yang rugi..jangan pernah serik untuk mencari cinta..jika anda masih lagi paranoid untuk menghadapi kesakitan percintaan itu anda perlu mencuba pendekatan baru..cuba la bercinta dengan sesuatu yang tak bisa mengguris hati anda lagi..cari la subjek yang sesuai..seperti bercinta dengan tiang elektrik bervoltan tinggi, pintu rintangan api, kolam ternakan ikan keli atau pun spanar boleh laras..anda pasti memperoleh kebahagiaan yang dicari kerana pasangan baru anda itu pastinya tidak pandai membebel, merajuk,mengikis duit anda,menghisap rokok apetah lagi curang dengan perempuan lain

3. Bunuh diri?
Ini merupakan satu tindakan yang sangat tak bijak..pernah tak anda fikirkan manusia sanggup berbelanja ribuan ringgit malah mencecah jutaan ringgit hanya untuk memanjangkan jangka hayat dan anda semudah itu untuk menamatkan nyawa sendiri..kalau bermain permainan video anda diberi peluang untuk continue jika watak hero anda menemui ajal, tapi hidup kita hanya sekali..anggaplah anda ni seorang yang bebal dan kepala batu dan masih berdegil untuk bunuh diri..sebelum anda bunuh diri tu apa kata anda lakukan sesuatu untuk mencipta nama..sekurang2nya anda mati meninggalkan nama dan sejarah..sebagai contoh anda boleh melakukan perkara yang kurang popular tapi memberi impak yang besar seperti menjentik telinga perdana menteri ketika beliau sedang memberi ucapan perasmian kapal selam yang baru dibeli, atau anda boleh merogol anak gadis berusia 87 tahun, atau anda boleh menikam seorang demi seorang tentera rejim zionis sekaligus dapat berbakti kepada masyarakat sejagat

4. Jangan menangis
Untuk apa anda menangis..kalau menangis air mata darah pun cinta itu tak akan kembali..melainkan anda seorang duyung anda boleh menangis semahu2nya..kerana air mata duyung sangat mahal harganya di pasaran perubatan mistik..menangis dan membuat duit akan menjadikan anda seorang hartawan mengalahkan hartawan MLM yang berleluasa dewasa ini

5. Cintai lah diri sendiri
Bercinta lah dengan diri sendiri..treat diri sendiri umpama pasangan anda yang paling anda cintai..pastinya berbaloi2


Sekian.terima kasih.love love love

notakaki : alleycats pernah berpesan..cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan..

Wednesday, June 23, 2010

Jumpa Roadblock?Sila Jangan Panik Melampau

Bayangkan anda sedang menunggang/memandu dengan penuh khusyuk dan tawadhu', diiringi nyanyian di radio dendangan Zaitun Sameon..sambil anda bersiul2 riang mengikut irama dan lagu..memandu dengan kelajuan pelari pecut dari Nigeria..tiba2 entah dari mana anda ternampak kelibat Polis@Bond@Bogon@Otek@Cop dari kejauhan sedang membuat sekatan jalan raya..pasti anda kaget..terasa seperti ingin menekan butang 'eject' agar kerusi anda meloncat keluar dan parachut pun terbukak..terasa ingin menekan brek sekuat hati sambil U-turn secara drift..terasa ingin menjadi seorang perdana menteri agar polis2 itu tak berani menahan anda..apetah lagi jika anda memang ada melakukan kesalahan..




Jangan panik dan jangan khuatir..di sini ade beberapa penyelesaian yang pasti atau setidak2nya memungkinkan anda dapat meloloskan diri dengan jayanya, walaupun jantung anda berdegup kencang ibarat dentuman gendang perarakan cina mati..


1. Nyalakan lampu dan buka semua tingkap
Jangan rasa segan untuk menyalakan lampu di dalam kokpit kenderaan anda..walaupun anda belum mandi lagi..walaupun muka serabai ya amat..walaupun muka anda persis peragut yang baru pulang meragut rumput..tujuannya agar polis dapat mengecam muka anda dan sebagai signal dari anda yang mengatakan "Saya Tak Sorok Mayat Pun Kat Sini"


2. Buat muka sweet
Sila buat muka sweet dan peramah..jangan sesekali bermuka bengis ibarat orang yang kehilangan Dunhill 20 yg baru dibeli..tak ada salahnya untuk jadi ramah..kalau boleh ajak polis tersebut berbual tentang situasi di balai dan juga tentang perangai Inspektornya yang menjengkelkan..untuk gadis2 cantik..kalau boleh kenyitkan mata dan bagi no telefon..cukuplah sekadar menipu dengan memberi no telefon operator Maxis anda


3. Pelajari dialek@loghat tempatan
Pelajari semua dialek@loghat tempatan di seluruh Malaysia..pastikan anggota polis tu memulakan perbualan dahulu..jika anda dapat menangkap bunyi sesuatu dialek yang diucapkan, sila gunakan dialek tersebut..sesungguhnya anggota polis yang merantau cenderung untuk tidak menahan orang kampungnya sendiri kerana takut orang yang ditahan itu merupakan abang@adik@abah@mak@pakcik@makcik gilprennya di kampung


4. Keyakinan diri yang tinggi
Lesen atau roadtax anda mati?..sila jangan risau..serahkan je lesen atau roadtax tu kepada anggota polis jika diminta dengan yakin sambil buat muka orang yang baru menang nombor ekor..jika anggota polis tersebut menegur dengan mengatakan roadtax atau lesen anda mati, pura2 terkejut dengan berita kematian tersebut dan menangis lah semahunya seolah2 orang yang anda sayangi telah meninggal dunia


5. Buat gaya orang bisu dan pekak
Jika polis menegur anda, buatlah gaya orang yang bisu dan pekak yang tidak paham sepatah haram apa yang anggota polis tu cakap melainkan beliau berbicara dalam bahasa isyarat..lama kelamaan polis itu pasti menyampah kerana kesukaran berkomunikasi dan melepaskan anda pergi begitu sahaja


6. Pura2 sawan atau terkena histeria
Cara ini agak ekstrem..sejurus anda berhenti di sebelah anggota polis tersebut, jeritlah sekuat hati dan sebut nama Idrus dengan cara yang paling menyeramkan..kalau boleh keluarkan buih2 dari mulut anda dan renung tepat ke mata anggota polis tersebut..nescaya anggota polis tersebut tak berani nak mintak lesen anda


7. Pakai helmet yang super buruk
Bagi penunggang motosikal, x perlu la anda memakai helmet yang ada stiker apache sereng..stiker bennetton..stiker yang tertulis "aku seorang rempit sejati"..tapi pakai la helmet yang paling buruk yang anda boleh pakai..kalau boleh helmet apek tua yang biasa dijumpai di pasar2 atau helmet indon yang baru pulang berkebun..silap hemat polis buat2 tak nampak dengan anda dan dapat melalui roadblock tanpa apa2 halangan



helmet begini yang paling afdal


Selamat mencuba..


Lagu tema hari ini..





Saman - Poe

Saya nampak tu

* A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Tolong

** A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Sape kawan

Saya minta tolong pada datuk
Jangan saman
Saya ada perjumpaan
Dengan persatuan
Surat saman macam ini
Saya ada lapan
Termasuk yang ini wahai datuk
Sudah sembilan
Tolonglah datuk (tolong datuk)
Tolonglah jangan saman (jangan saman)

(Encik dengar sini, hey)
Mana boleh tidak saman
Pandu kereta tak reti perlahan
Orang lain pun guna jalan
Mereka ikut peraturan
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

Ulang * dan **

Saya janji pada datuk
Sumpah saya tak buat lagi tuk (betul ke)
Pandu kereta laju laju
Takut langgar tembok
Saya tak tipu
Saya cakap betul
Saya janji pada datuk
Betul betul punya janji
Saya tak buat lagi
Tolonglah datuk (tolong datuk)
Tolonglah jangan saman (jangan saman)

(Dengar sini, hey)
Lapan saman tidak bayar
Janji awak saya tak percaya
Tandatangani kertas ini
Awak tidak akan lepas lagi
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Tolong la tuk

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Ape kawan

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan

(Dialog)

Mana boleh tidak saman
Pandu kereta tak reti perlahan
Orang lain pun guna jalan
Mereka ikut peraturan
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Pergi bayar saman

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Tidak kira kawan

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Jangan awak lalai

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Nanti tidur balai…



notakaki : kalau kena saman jugak memang muka anda suwey..haha

Related Posts with Thumbnails