Showing posts with label falsampahsarap. Show all posts
Showing posts with label falsampahsarap. Show all posts

Monday, June 6, 2011

IRONMAN RELOADED

Ironman merupakan seorang adiwira besi yang gagah perkasa..








Namun, tak ramai yang tahu bahawa Ironman ada seorang sidekick yang tidak kurang handal..





Nama beliau IRON BOARD







Sekian terima kasih..

Sunday, June 5, 2011

Selamat UlangPost ke 50

Hati berdebar2 tatkala jari mulusku kejar mengejar di atas papan kekunci..ini adalah post yang ke 50..post ini sepatutnya menjadi post yang paling kacak di antara post2 yang lain..nafas turun naik..keterujaan yang bergaul dengan rasa seram sejuk membantutkan idea yang harusnya terhambur keluar meniti molekul2 oksigen yang tercemar..

Bermula dari entri pertama, aku dapat menjangkakan ia akan berhenti di situ saja..x sangka dah masuk 50..so penaakulan mantik bahawa aku telah dituju oleh santau malas ternyata silap..kawan2 aku silap..aku suka minum sirap

Masih mencari idea..maka edisi yang istimewa ni aku akan tampilkan sesuatu yang amazing bak kata arwah nenek aku dulu..

Hmm..ape yang ingin kuceritakan ialah..

Hmm...mmm..mmm..mmm

Hmm..mmm..mmm..mmm lagi

Hmm..mmm..mmm..mmm dan lagi dan lagi

Zzzzz..

Siap 1 entri

...

Tuesday, March 22, 2011

Hobi Di Kala Senggang

Aku gemar bersukan..antara sukan yang aku gemari untuk meningkatkan stamina dan kadar metabolisma tubuh ialah Snooker atau dalam Bahasa Melayunya Snuker..permainan snooker ini mendekatkan aku kepada Tuhan..kerana setiap kali jika bola yang kuketuk tak masuk lubang aku akan mengucapkan Astaghfirullahalazim..Ya Allah..Subhanallah..Ya Rabbi..Masya Allah..Allahuakbar

Cume kadang2 je aku mengucapkan B**i..

Bukankah itu amalan yang mulia lagi terpelihara?

Thursday, March 10, 2011

Lagu Sedap

Baru2 ini aku meminati sehelai lagu yang sedap nyanyian rakyat malaysia boleh..

'

Hayatilah lirik dan melodi lagu yang sedap sehingga menjilat ubun2 ni..

Nyikmat Syementara

Sheshuatchu dalam haciku berkata
Harri inyi bagai uncuk shelamanya
Jan kau katakan inyi shemua shementara
Ji hari esyok 'kan kembali ke ashal-Nya

Paja malam bincang berkhelipan
Aku cerpeshona jengan keindahan
Yang Tiuhan ciptakan
Gajis yang jelica, lelaki menawan
Oh injah dunia
Yang Tiuhan chipcakan

Mungkin ini slanga Melayu zaman baru yang edan..

Monday, February 21, 2011

Teka Teki Teka Lah Sampai Lebam


Dalam banyak2 binatang, binatang apa suka mengumpat?
Di mana letaknya pedih hulu hati?
2+2 jawapannya bukan 4 habis tu apa?
Kenapa salesman suka pakai tali leher?
Apa akan jadi kalau pokok boleh bersiul?

Aku sudah bosan dengan teka-teki
Apa kata kita ubah konsep
Teka-teki sepatutnya sudah berevolusi setelah sekian lama

Setelah berevolusi beliau akan jadi macam ni..

Jawapan : KURA-KURA PAKAI HELMET

Teka-tekinya berbunyi :

APAKAH SOALAN TEKA TEKI INI?


Baru padan muka kau!!

Wednesday, February 16, 2011

Sandiwara Cinta Semusim

Ariniw kitew bowsan gilew..nak bowrak pewn xdew kawan..kewjew puwn bawnyark ari niew tawpiw kitew mawlas nak boowhat..biarlew bows tau kitew tak boowhat kejew..kitew dah mewmang mawlas..bewani lew bows nak boowang kitew..kitew ni pewkejew cowntoh tau kart seeniw..nak es em es kawanw2 krewdit lark takdeww..apew larh nawsib jawdi bowsan mawcam niew..tepaksew kitew tangkawp gambaw barnyak2w biar makwew2 kat luarw tew nark bewkewnawlan nganw kiteww..kowmpewm pewmes pawsnih


Keeyut kan?..MACAM SETAN..

Sunday, February 13, 2011

HIlang?


Hilang?stendet la tu..hilang adalah perkara yang biasa berlaku dalam hidup kita..hilang duit, hilang kereta, hilang motor, hilang kunci, hilang pertimbangan, hilang akal, hilang punca, hilang dalam terang, hilang si paku hilang, hilang si rama2..semua itu normal..
Kalau benda hilang kita mula la tercari2..dan bila nak cari tu mesti payah nak jumpa..time tak cari belambak2 pulak depan mata..semua itu normal

Kadang2 kita suka kalau benda tu hilang..ambik contoh sebelah selipar kita yang hilang..pasti kita berharap sebelah lagi pun hilang juga..nak dibuang sayang..nak disimpan sakit hati..kenapa la si pencuri ni bahlol sangat tak curi sepasang selipar tu terus..kenapa nak curik sebelah je..semua itu normal

Kadang2 ada jugak benda yang hilang tapi kita tak carik..makcik jiran sebelah rumah yang kuat memekak nyanyi karoke lagu Justin Bieber sambil terkinja2 tiba2 hilang dalam sehari 2..tentu kita lega..menangis dan meratap kegembiraan kerana kehilangan beliau..nak disuruh cari?..lebih baik aku hafal sifir 12..ade gak pekdahnya..semua itu normal

Aku hilang bukan sebab apa pun..sebab semua itu kan normal?


notakakisaizsepuluh : sebenarnye aku hilang setelah menjayakan aksi magik menghilangkan diri beberapa bulan yang lepas

Wednesday, October 6, 2010

Tiba Tiba

Tiba-tiba aku rasa menyesal..kalau la aku tunggu lama sikit kompem rambut aku kacak macam ni..


Namun segalanya dah berakhir..impian terbang ditiup sangkakala..ok..itu melampau

notakukucagu : sesal kemudian padan muka jawabnya

Tuesday, August 3, 2010

Rokok Itu Sedap

Kenapa ek..kalau tengok perempuan2 muda merokok nampak macam x sopan sangat




Tapi kalau makcik2 nenek2 merokok tampak cool dan stailo..






Hidup memang macam tu..

Sekian.


Tuesday, July 13, 2010

Anda Mahu Kaya?



Ingin ubah hidup anda,keluarga anda,jiran2 anda,pakcik makcik anda,rakan2 anda, binatang peliharaan anda,musuh2 anda dan orang2 kampung anda?

Ingin ubah gaya hidup anda yang hanya cukup-cukup makan saja?Kenapa tidak jadi insan yang lebih2 makan?

Ingin ubah gaya hidup anda yang hanya gaji bayar hutang anda saja?Kenapa tidak bayar hutang orang lain sekali?



ANDA MENCARI, MENDAMBAKAN DAN MENGHARAPKAN PELUANG?

INGIN MENJANA PENDAPATAN SENDIRI TANPA BANTUAN PTPTN ATAUPUN AHLONG BERLESEN?

INGINKAN PENDAPATAN TANPA HAD UMUR DAN HADLAJU?

BOSAN KERANA SELALU DIMAKI BOS ANDA SEDANGKAN ANDA TIDAK BOLEH MEMAKINYA KEMBALI?

INGIN BEBAS DARI BELENGGU HUTANG YANG TAK HABIS-HABIS MEMBELENGGU DIRI MEREKA DAN KELUARGA MEREKA?

BOSAN BEKERJA DAN ANDA LEBIH SUKA DUDUK SAHAJA SAMPAI BONTOT ANDA KEMATU?

ANDA INGIN BERSIKAP ANGKUH TERHADAP RAKAN2 ANDA YANG SELALU MEMPAISEHKAN ANDA?

INGIN MEMANDU KERETA IDAMAN ANDA DI DEPAN GADIS IDAMAN ANDA BERSAMA2 GAYA IDAMAN ANDA?



TAHUKAH ANDA, SUDAH RAMAI YANG BERPENDAPATAN 9 ANGKA SEMINGGU DAN ADA YANG SUDAH BERGELAR JUTAWAN HARTAWAN RUPAWAN SETELAH MENYERTAI KAMI DAN HANYA MENGGUNAKAN KUASA INTERNET BUKANNYA KUASA KUDA MAHUPUN KUASA SUPER SAIYA



-Peluang jana pendapatan harian dan bekerja secara online di mana2 yang anda suka.Di rumah ibu mertua anda mahupun di rumah sakit.
-Modal hanya seikhlas hati sahaja seumur hidup.
-Terima bayaran beribu2 ringgit berulangkali terus ke akaun bank anda dan bukan akaun bank orang lain
-Komisyen 100% milik anda.Terpulang anda nak bayar zakat atau tidak.
-Tiada risiko, kerja mudah, untung berganda, tak payah goyang kaki pun dapat duit, hanya perlu membatukan diri



Apa tunggu lagi? Jom tambah duit berkepuk2 ke dalam poket anda. Lagi banyak poket anda lagi banyak duit yang bakal masuk. Peluang hanya datang sekali dan rezeki tidak datang bergolek tanpa digolekkan oleh sesiapa.

Jom jadi jutawan ramai2.!



Testimoni orang2 yang dah berjaya









































Angelina Jolie “Walaupun dah kaya saya tetap nak buat duit sebab saya sukakan duit.Saya dapat RM70 juta dalam masa 12 saat sahaja.Goyang kaki pun dapat duit.Kini saya tak perlu lagi menceroboh makam untuk mencari harta”






Borat “Dengan modal RM1.25 saya berjaya menjana pendapatan 12 angka dalam 2 hari.Saya sudah mampu memberi kemewahan kepada orang kampung saya.Sekarang orang kampung pun join jadi downline kerana mereka perlukan wang kertas untuk dibuat kertas dinding”






Hamid Gurkha “Saya tak sangka hidup saya berubah bila join biz ini.Tak perlu jual barang, tak perlu buat apa2 pun.Goyang kaki duit pun jatuh dari langit bertimpa2.Banjir rumah saya ni dengan duit hinggakan Alam Flora terpaksa datang membersihkan duit2 tersebut.Kini kalau berlakon tak dapat payment pun saya dah tak kisah"



Johnny Lever “Mula2 saya tak percaya dengan semua ini.Saya percaya dengan roti canai juga tapi bila kawan saya meletakkan pisau di leher saya dan menyuruh saya join, terus saya melaburkan kesemua wang yang ade dalam dompet dan hasilnya saya lebih kaya dari orang kaya"































Osama Bin Laden “Saya tak pernah ada pengalaman dalam bidang perniagaan. Saya cuma tau berperang secara gerila tapi bila saya join biz yang lumayan ni saya berjaya merubah hidup saya dan anak2 buah saya. Kini saya sudah mampu membeli Hummer sebanyak2nya dan peluru berpandu berkuasa nuklear. Terowong2 bawah tanah yang saya bina juga telah dilengkapi dengan pendingin hawa dan pewangi.Pasti musuh2 saya gentar melihat penampilan baru kami"








Lim Tat Sun “Walaupun baru berusia 8 bulan saya menyahut cabaran ini. Saya jadi jutawan dalam masa 2 minit.Sekarang saya berasa lega kerana saya tak perlu lagi belajar rajin2 dan bekerja kerana duit yang saya perolehi mampu untuk dibelanjakan hingga 9 generasi.Anda bila lagi?"






Pak Abu “Saya seorang yang pekak dan tak ada gigi.Tapi itu tak pernah menghalang untuk saya menjana pendapatan yang lumayan.Kini saya dah bergelar billionwan.Seronok rasanya banyak duit sebab boleh bercakap dengan angkuh dan riak.Saya tau kawan2 semua cemburu tapi peduli apa.Saya takkan bagi sesen pun kat mereka kerana saya orang kaya yang berlagak ada banyak duit dan kereta besar.HAHAHA"





Senah “Makcik asal kampung je.Mula2 makcik tak kisah pun kene tipu asalkan dapat duit banyak.Janji2 upline memang bukan sekadar janji. Sekarang ni anak2 makcik dah jeles sebab bile mereka kirim duit je, makcik kirim balik 200 kali ganda jumlah yang mereka bagi tu.Tak rugi join biz ni.Skang ni keje makcik goyang kaki je.Sehari tak goyang kaki bole menggigil badan makcik tau"





Barrack Obama “Ramai tak tau yang saya banyak duit sebab join bisnes ni.Saya la yang sponser pihak tentera dengan senjata2 canggih agar dapat membedil musuh2 USA.Kalau anda nak kaya macam saya, jangan tunggu lagi.Join je biz ni.Kalau tak cukup duit saya bagi anda secebis idea.Tipu mak abah anda,kawan2, pakcik makcik,atau sesiapa saja yang anda kenali agar dapat modal.Nescaya berbaloi kerana pulangannya memang menakjubkan"





.Pastikan kita bukannya tergolong dari orang yang ingin gagal sebelum mencuba gara-gara kerana terlalu takut untuk mencuba sedangkan modalnya kecil sahaja seumur hidup…

…NAK BERJAYA, IKUT CAKAP ORANG YANG BERJAYA..WALAUPUN DIA SURUH ANDA TERJUN BANGUNAN..NAK GAGAL IKUT CAKAP ORANG YANG GAGAL WALAUPUN DIA SURUH ANDA DUDUK BERDIAM DIRI…ANDA FIKIRKANLAH…NASIB ANDA TERLETAK DI TANGAN ANDA…

GAGAL SEKALI TAK BERMAKNA TAK AKAN GAGAL LAGI.

JIKA ANDA DAH MEMBACA IKLAN INI JANGAN LA SEGAN SILU MENGHUBUNGI SAYA DAN JOIN BISNES NI KALAU TAK SAYA TIKAM ANDA SECARA BERTUBI2.INI BUKAN UGUTAN TAPI MOTIVASI



SAYA DAH BERJAYA BERGAMBAR SEBELAH MERCEDES..ANDA BILA LAGI?









Lagu tema hari ini..








Yang Remeh Temeh - Pak Pandir



Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku




notakaki : kaya juga dijual di seven eleven

Monday, July 5, 2010

Monday, August 31, 2009

Bukan Cinta Biasa

hari ini sangat biasa..

bangun lambat - biasa
pagi2 dah kelam kabut - biasa
tak baca doa bangun tido - biasa
masuk opis lambat pastu buat muka seposen - biasa
bukak facebook dlu mendahului benda2 lain - biasa
malas2 - biasa
menangguhkan kerja - biasa
makan tengah hari yang banyak - biasa
mengantuk di waktu bekerja - biasa
balik tepat pada waktu - biasa
hisap rokok - biasa
tido lambat - biasa

mudah untuk menjadi manusia biasa..mudah juga untuk menjadi manusia luar biasa?..mudah ke?..BENAR

luar biasa - sesuatu yang di luar kebiasaan

untuk menjadi manusia luar biasa anda hanya perlu melakukan perkara yang di luar kebiasaan

tak perlu berenang ke bulan untuk menjadi manusia luar biasa

tak perlu berbual dengan zirafah untuk menjadi manusia luar biasa

tak perlu pandai kalkulus untuk menjadi manusia luar biasa

tak perlu menganyam ketupat menggunakan lutut untuk menjadi luar biasa

tak perlu..

cukup sekadar melakukan perkara di luar kebiasaan kita sehari2

bangun awal - luar biasa
pagi2 tenang - luar biasa
baca doa bangun tido - luar biasa
masuk opis awal dan buat muka seringgit - luar biasa
terus siapkan report - luar biasa
rajin2 - luar biasa
kerja dilakukan ketika itu juga - luar biasa
makan tengahari yang sikit - luar biasa
balik 1 minit lepas tamat waktu bekerja - luar biasa
hisap bende lain (ehem2) - luar biasa
*ehem2 adalah sejenis lolipop
tido awal - luar biasa

semua orang berpotensi menjadi luar biasa..
namun aku memilih untuk menjadi orang biasa..
kerana biasanya aku begini..

(dah macam ceramah mlm je)

lagu tema hari ini : Hidup Sederhana (Basikal Tua) -tribute to Sudirman



Sudirman - Hidup Sederhana (Basikal Tua)

Riang hatiku badan bertuah
Punya teman yang comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
Menemani ku setiap masa

Aku hidup serba sederhana
Tiada harta tiada rupa
Hanya yang ada budi bahasa
Harta sekadar basikal tua

Orang biasa basikal tua
Orang biasa basikal tua

Walau kemana ia meminta
Kubawa dengan hati yang bangga
Senang melihat ia ketawa
Duduk di palang basikal tua

Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa

Biar pun hidup aku begini
Berbasikal setiap hari
Namun hatiku riang selalu
Tiada hutang datang mengganggu

Angan-angan ku disuatu masa
Basikal kan ku tukar kereta
Tapi kekasihku tidak setuju
Mungkinkah dia rasa cemburu

Orang biasa basikal tua

Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa

notakaki : lebih baik menjadi orang biasa yang melakukan perkara luar biasa daripada menjadi orang luar biasa yang melakukan perkara biasa
Related Posts with Thumbnails