Ingin ubah hidup anda,keluarga anda,jiran2 anda,pakcik makcik anda,rakan2 anda, binatang peliharaan anda,musuh2 anda dan orang2 kampung anda?
Ingin ubah gaya hidup anda yang hanya cukup-cukup makan saja?Kenapa tidak jadi insan yang lebih2 makan?
Ingin ubah gaya hidup anda yang hanya gaji bayar hutang anda saja?Kenapa tidak bayar hutang orang lain sekali?
ANDA MENCARI, MENDAMBAKAN DAN MENGHARAPKAN PELUANG?
INGIN MENJANA PENDAPATAN SENDIRI TANPA BANTUAN PTPTN ATAUPUN AHLONG BERLESEN?
INGINKAN PENDAPATAN TANPA HAD UMUR DAN HADLAJU?
BOSAN KERANA SELALU DIMAKI BOS ANDA SEDANGKAN ANDA TIDAK BOLEH MEMAKINYA KEMBALI?
INGIN BEBAS DARI BELENGGU HUTANG YANG TAK HABIS-HABIS MEMBELENGGU DIRI MEREKA DAN KELUARGA MEREKA?
BOSAN BEKERJA DAN ANDA LEBIH SUKA DUDUK SAHAJA SAMPAI BONTOT ANDA KEMATU?
ANDA INGIN BERSIKAP ANGKUH TERHADAP RAKAN2 ANDA YANG SELALU MEMPAISEHKAN ANDA?
INGIN MEMANDU KERETA IDAMAN ANDA DI DEPAN GADIS IDAMAN ANDA BERSAMA2 GAYA IDAMAN ANDA?
TAHUKAH ANDA, SUDAH RAMAI YANG BERPENDAPATAN 9 ANGKA SEMINGGU DAN ADA YANG SUDAH BERGELAR JUTAWAN HARTAWAN RUPAWAN SETELAH MENYERTAI KAMI DAN HANYA MENGGUNAKAN KUASA INTERNET BUKANNYA KUASA KUDA MAHUPUN KUASA SUPER SAIYA
-Peluang jana pendapatan harian dan bekerja secara online di mana2 yang anda suka.Di rumah ibu mertua anda mahupun di rumah sakit.
-Modal hanya seikhlas hati sahaja seumur hidup.
-Terima bayaran beribu2 ringgit berulangkali terus ke akaun bank anda dan bukan akaun bank orang lain
-Komisyen 100% milik anda.Terpulang anda nak bayar zakat atau tidak.
-Tiada risiko, kerja mudah, untung berganda, tak payah goyang kaki pun dapat duit, hanya perlu membatukan diri
-Modal hanya seikhlas hati sahaja seumur hidup.
-Terima bayaran beribu2 ringgit berulangkali terus ke akaun bank anda dan bukan akaun bank orang lain
-Komisyen 100% milik anda.Terpulang anda nak bayar zakat atau tidak.
-Tiada risiko, kerja mudah, untung berganda, tak payah goyang kaki pun dapat duit, hanya perlu membatukan diri
Apa tunggu lagi? Jom tambah duit berkepuk2 ke dalam poket anda. Lagi banyak poket anda lagi banyak duit yang bakal masuk. Peluang hanya datang sekali dan rezeki tidak datang bergolek tanpa digolekkan oleh sesiapa.
Jom jadi jutawan ramai2.!
Testimoni orang2 yang dah berjaya
Angelina Jolie “Walaupun dah kaya saya tetap nak buat duit sebab saya sukakan duit.Saya dapat RM70 juta dalam masa 12 saat sahaja.Goyang kaki pun dapat duit.Kini saya tak perlu lagi menceroboh makam untuk mencari harta” | |
Borat “Dengan modal RM1.25 saya berjaya menjana pendapatan 12 angka dalam 2 hari.Saya sudah mampu memberi kemewahan kepada orang kampung saya.Sekarang orang kampung pun join jadi downline kerana mereka perlukan wang kertas untuk dibuat kertas dinding” | |
Hamid Gurkha “Saya tak sangka hidup saya berubah bila join biz ini.Tak perlu jual barang, tak perlu buat apa2 pun.Goyang kaki duit pun jatuh dari langit bertimpa2.Banjir rumah saya ni dengan duit hinggakan Alam Flora terpaksa datang membersihkan duit2 tersebut.Kini kalau berlakon tak dapat payment pun saya dah tak kisah" | |
Johnny Lever “Mula2 saya tak percaya dengan semua ini.Saya percaya dengan roti canai juga tapi bila kawan saya meletakkan pisau di leher saya dan menyuruh saya join, terus saya melaburkan kesemua wang yang ade dalam dompet dan hasilnya saya lebih kaya dari orang kaya" | |
Osama Bin Laden “Saya tak pernah ada pengalaman dalam bidang perniagaan. Saya cuma tau berperang secara gerila tapi bila saya join biz yang lumayan ni saya berjaya merubah hidup saya dan anak2 buah saya. Kini saya sudah mampu membeli Hummer sebanyak2nya dan peluru berpandu berkuasa nuklear. Terowong2 bawah tanah yang saya bina juga telah dilengkapi dengan pendingin hawa dan pewangi.Pasti musuh2 saya gentar melihat penampilan baru kami" | |
Lim Tat Sun “Walaupun baru berusia 8 bulan saya menyahut cabaran ini. Saya jadi jutawan dalam masa 2 minit.Sekarang saya berasa lega kerana saya tak perlu lagi belajar rajin2 dan bekerja kerana duit yang saya perolehi mampu untuk dibelanjakan hingga 9 generasi.Anda bila lagi?" | |
Pak Abu “Saya seorang yang pekak dan tak ada gigi.Tapi itu tak pernah menghalang untuk saya menjana pendapatan yang lumayan.Kini saya dah bergelar billionwan.Seronok rasanya banyak duit sebab boleh bercakap dengan angkuh dan riak.Saya tau kawan2 semua cemburu tapi peduli apa.Saya takkan bagi sesen pun kat mereka kerana saya orang kaya yang berlagak ada banyak duit dan kereta besar.HAHAHA" | |
Senah “Makcik asal kampung je.Mula2 makcik tak kisah pun kene tipu asalkan dapat duit banyak.Janji2 upline memang bukan sekadar janji. Sekarang ni anak2 makcik dah jeles sebab bile mereka kirim duit je, makcik kirim balik 200 kali ganda jumlah yang mereka bagi tu.Tak rugi join biz ni.Skang ni keje makcik goyang kaki je.Sehari tak goyang kaki bole menggigil badan makcik tau" | |
Barrack Obama “Ramai tak tau yang saya banyak duit sebab join bisnes ni.Saya la yang sponser pihak tentera dengan senjata2 canggih agar dapat membedil musuh2 USA.Kalau anda nak kaya macam saya, jangan tunggu lagi.Join je biz ni.Kalau tak cukup duit saya bagi anda secebis idea.Tipu mak abah anda,kawan2, pakcik makcik,atau sesiapa saja yang anda kenali agar dapat modal.Nescaya berbaloi kerana pulangannya memang menakjubkan" |
.Pastikan kita bukannya tergolong dari orang yang ingin gagal sebelum mencuba gara-gara kerana terlalu takut untuk mencuba sedangkan modalnya kecil sahaja seumur hidup…
…NAK BERJAYA, IKUT CAKAP ORANG YANG BERJAYA..WALAUPUN DIA SURUH ANDA TERJUN BANGUNAN..NAK GAGAL IKUT CAKAP ORANG YANG GAGAL WALAUPUN DIA SURUH ANDA DUDUK BERDIAM DIRI…ANDA FIKIRKANLAH…NASIB ANDA TERLETAK DI TANGAN ANDA…
GAGAL SEKALI TAK BERMAKNA TAK AKAN GAGAL LAGI.
JIKA ANDA DAH MEMBACA IKLAN INI JANGAN LA SEGAN SILU MENGHUBUNGI SAYA DAN JOIN BISNES NI KALAU TAK SAYA TIKAM ANDA SECARA BERTUBI2.INI BUKAN UGUTAN TAPI MOTIVASI
SAYA DAH BERJAYA BERGAMBAR SEBELAH MERCEDES..ANDA BILA LAGI?
Lagu tema hari ini..
Yang Remeh Temeh - Pak Pandir
Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang
Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng
Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang
Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng
Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
notakaki : kaya juga dijual di seven eleven
ha..ha..steady..steady..
ReplyDeleterawksteadyyy..huhu
ReplyDeleteTahniah, berjaya buat aku terbahak2!
ReplyDelete