Wednesday, July 21, 2010

Tipah Tertipu

Sedang aku hangat mempropagandikan doktrin2 "MLM", x sangka aku boleh terjebak ke kancah itu..semuanya gara2 terpengaruh dengan tarikan magnet iaitu duit yang bagaikan sepuluh kali ganda kuasa graviti bumi didarabkan dengan 2..sungguh memedihkan hulu hati hingga aku terpaksa meneguk gaviscon berulang2kali..

Aku menerima sebuah mesej dari seseorang yang tak pernah kukenal di internet..beliau menanyakan jika2 aku mahu membuat part time..dek kerana aku ni seorang yang berdedikasi dan gila kerja maka aku pun membalas dengan penuh minat dengan harapan aku dapat bergambar dengan Mercedes berikutnya..sms2nya agak mencurigakan..beliau mengatakan bahawa beliau baru sahaja memperoleh projek banci dan memerlukan jawatan penyelia dengan bayaran RM100 sehari..walaupun deria kucingku memberitahu bahawa ini mungkin 1 lagi virus MLM yang cuba meracuni fikiranku, namun aku akur dengan kehendak akalku yang ingin tahu lebih dan lebih lagi..beliau mengatur pertemuan di ibukota untuk memberi penerangan lengkap tentang "pekerjaan" yang bakal ku lakukan..

Aku mengajak Bob KP bukan Kaki Pukul tapi Kaki Pujuk untuk menemaniku..risau juga jika aku menjadi mangsa rogol memandangkan keterunaanku begitu mahal harganya..setelah berjumpa dengan mamat yang konon2nya menjanjikan pekerjaan itu aku mula berasa tak sedap hati, jantung dan paru2..rupanya kurang sedikit dari rupa seorang penjenayah dengan parut di muka sedikit sebanyak membangkitkan jiwa pendekar yang terpendam sekian lama..aku menenangkan hati bahawa rupa tidak menggambarkan perangai..mungkin dalam hati beliau penuh dengan taman2 yang mekar mewangi ibarat Taman Astakona dan tidak lupa Taman Rashidah Utama..beliau mengajak aku mengikut beliau ke Petaling Jaya untuk berjumpa dengan Bos dan melawat site..kecurigaan meluap2 di dalam dada..memandangkan aku ditemani Bob KP yang bersaiz seekor seladang remaja aku pun memberanikan diri mengekorinya..

Sepanjang perjalanan macam2 visual ditayangkan di ruang otakku..mungkin ini 1 cubaan samun bersenjata terancang yang cuba untuk merompak diriku yang kaya ni..dup dap dup dap orang kerdil dalam dada ni mengetuk2 jantung..aku bersiul2 untuk menghilangkan rasa tak sedap hati..kayu golf yang memang berada dalam kereta Bob KP kuletak di sebelah..siaga untuk menghadapi pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku..aku terbau sesuatu yang ikan (smell something fishy) dan aku beriltizam untuk mengambil pedoman tentang apa yang akan berlaku kali ini..

Kami dibawa ke sebuah kedai makan di Sunway..sejurus turun dari kereta..

Mamat crook berparut di muka "Mesti korang ingat aku nak bawak ko join MLM kan?"
Aku yang suci dan naif "Lebih kurang la..aku memang kurang berminat dengan benda2 ni"
Mamat crook berparut di muka "Jangan risau..aku pun benci MLM la, networking la, jual2 barang la..tapi ni benda baru..memang leh dapat RM100 sehari"
Aku yang suci dan naif "KO NAK AJAK AKU JUAL DADAH KE" (ujarku di dalam hati)

Sampai di kedai makan tersebut..aku nampak satu table panjang dipenuhi mamat2 yang berpakaian amat kemas di malam hari..lengkap dengan tie dan kasut hitam..mujur takde name tag jika tidak pasti aku mengecop mereka pegawai di Kementerian Kesihatan.."sah aku kene lagi nih"

Mereka memang ramah..kalah cik kiah yang nak mengumpat jiran sebelah

Aku dibawa ke sebuah meja yang terasing..di situ bermula la doktrin tipikal MLM..bla..bla..bla..ini bukan MLM..bla..bla..bla..takde modal, takde risiko, tak jual barang, ada untung..bla..bla..bla..kereta sepot, rumah besar soping kompleks, lori, bas, kereta kebal..bla..bla..bla..melancong ke Bandung, Bali, Palembang, Tanjung Balai, Ambon..bla..bla..bla..goyang kaki, keje mudah, berparti sana sini, uang juta juta juta juta juta juta lemon citer letup2 sembang pompangpompang pokok pun boleh tombang..

Semua perkataan yang dihamburkan ibarat aku melihat perlumbaan Formula Satu di Monaco ketika kereta2 tersebut melalui terowong..berlalu 1 persatu dengan pantas tanpa sedikit pun singgah di otak kanan mahupun otak kiri..masuk di pintu terowong telinga kanan dan keluar di pintu terowong telinga kiri..

Penuh di kertas yang dicatit jumlah nilai2 ber K K K (beribu ribu ribu) yang satu pun x menarik minat aku mahupun Bob KP..cuma sekali sekala aku mencelah dengan soalan dan jawapan loyar buruk ku yang jika dilihat dengan mata halus ialah reaksi orang yang mintak penampar..tapi mereka tetap tersenyum kerana caj2 positif memang sentiasa menyelubungi hidup mereka..

Mereka hilang modal bila aku tidak sedikit pun memberi sebarang reaksi apabila dijanjikan kemewahan yang melimpah ruah..aku hanya tersenyum dan mengatakan aku mahu membuat kajian dahulu..apabila keadaan menjadi sunyi dan bunyi cengkerik mula kedengaran, aku dan Bob KP melangkah pergi..

Aku dan Bob KP pun pergi bermain snuker untuk memujuk diri yang baru sahaja tertipu dengan jerat dunia yang tidak kenal erti belas kasihan ini



sejuk weh Tokyo




kadang2 aku lepak kat Pattaya



Tak payah join MLM pun aku leh melancong ke sana sini, bergambar sebelah kereta mewah, dan juga memegang duit berkepuk2..yang penting aku bahagia dengan cara ku..anda bila lagi?



Lagu tema hari ni..








Tipah Tertipu - Ruffedge





Here the drama get’s wicked
Tipah tertipu, tertipu, tipu tertipah (3x)

bila berkata tentang tipah tertipu lagi
jangan salahkan sesiapa salahkan diri sendiri
yang tahu menilai sesuatu yang baik buruk dan rugi
cinta datang dan pergi
jangan tergadai diri

kau harus tahu dan kau harus fikir ha
ini permainan bukan boleh diduga
CAT a.k.a pria pujangga
bucu kasar menggegarkan telinga
azan memulakannya

kisah tipah ini satu pengajaran yang
buat kita fikir..oh (5X)
mulanya seperti kain yang suci
tapi dicemari dunia keji

senang percaya si jeffry
dia ditipu lelaki
senang pula berubah hati
kerna ditipu emosi
menipu sana dan sini
tanggung kandungan sendiri
bila problem dah menggunung
tak ada yang dapat tolong

tipah tertipu, tertipu, tipu tertipah (3x)
tipah tertipu lagi
tipah tertipu, tertipu, tipu tertipah (3x)
tipah tertipu lagi

selepas tertipu, dia yang menipu
tipu sudah jadi sebati dengan diri
tipu dah tertipah kerana selesa
dengan gaya hidupnya yang gila

senang percaya si jeffry
dia ditipu lelaki
senang pula berubah hati
kerna ditipu emosi
menipu sana dan sini
tanggung kandungan sendiri
bila problem dah menggunung
tak ada yang dapat tolong

tipah tertipu, tertipu, tipu tertipah (3x)
tipah tertipu lagi
tipah tertipu, tertipu, tipu tertipah (3x)
tipah tertipu lagi

dia makin terdesak
tertipu menipu menangis seorang diri
mengenang nasib yang rugi
tak suci dah lagi dan kini
masa untuk kebenaran muncul kembali

bila kau sedar
taktik kau dah lari
kau cari pengganti
sampai bila pun kau tak cukup dan
tak mudah berhenti

apa nak dicari tetap menjadi-jadi
kerna cintamu mudah dijual mudah dibeli jeffry

(cat)
ey(2x) dah bingit ni
menangis si
derita di
tanggung sendiri apa dicari
mengapa kau salahkan ali…mengapa

seronok sendiri
tak kira malam dan pagi (just for you baby)
jangan tangisi derita yang kau cari sendiri

ma you the best dada am the best papa
ma you hilang semua papa sama sahaja
ikut penangan jiwa sendirikan bertanya
bila masa cinta berputik di pinggiran dia

hello boleh ku tanya siapa nama
oh tipah..pernahku dengar tapi dimana ya…
mungkinkah dari teman-temanku
kaulah gadis itu
yang selalu ditipu
engkaulah tipah tertipu

tipah tertipu, tertipu, tipu tertipah (3x)
tipah tertipu lagi
tipah tertipu, tertipu, tipu tertipah (3x)
tipah tertipu lagi

tipah tertipu tertipu
aku tak tahu
aku tak dapat nak bantu
tipah tertipu tertipu tipah

oh tipah..selamat hari jadi
kau sudah kena..kena tipu lagi
tiada siapa yang boleh tolong melainkan
tuan punya body

tipah tertipu, tertipu, tipu tertipah (3x)
tipah tertipu lagi
tipah tertipu, tertipu, tipu tertipah (3x)
tipah tertipu lagi

…oh…tipah

tipah tertipu, tertipu, tipu tertipah (3x)
tipah tertipu lagi
tipah tertipu, tertipu, tipu tertipah (3x)
tipah tertipu lagi

notakaki : nasib baik mamat tu belanja minum..

2 comments:

  1. hahahaha terjebakkkkkkk!

    pergh kalau aku kena camtu, kompem aku dh lama hempuk meja dan baling kat sorang2..mana bole tipu2 org..

    lagi satu, membuang masa org lain.

    dan lagi satu, takyah menipu aku dgn gambo tokyo dan pattaya kau tuh. ku tangan jd nasi goreng pataya pedas kangg...haha

    ReplyDelete
  2. tu la..seb bek aku ni berhati mulia..kene tipu pun redha je..dah la masa aku begitu berharga..

    ko bile nak bukak stall nasik goreng pattaya..aku bagi gadis2 pattaya kat ko jadi pelayan ek

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails