Wednesday, August 24, 2011

Aku Benci Mercun


Ramadan 2005

Masih bergelar seorang penuntut di sebuah universiti terkemuka di tanah air..mempunyai fasiliti kelas pertama..tenaga pengajar kelas pertama..struktur dan lanskap kelas pertama..mentaliti dan perangai kawan2 kelas puaka..

Ketika itu aku gemar membuang masa dengan melepak di sarang kawan2 di kolej kediaman..walaupun sarang kediaman mereka elok sikit dari sarang tenggiling, namun tempat itu ada 'soul'..ada 'soul' manusia yang bakal berguna kepada bangsa dan negara..paling tidak pun berguna kepada para kapitalis untuk dijadikan hamba..

Bulan puasa ketika itu memang meriah..berbuka secara berjemaah walau keadaan serba miskin dan makanan serba tak sedap macam masakan ibu, itu la kaedah paling bermakna..sesi berbuka diselangseli dengan mengumpat ternyata amat mengenyangkan iblis2 yang sedang diikat..

Sesudah kenyang dan tersandar, tiba2 perut membisikkan kata2 manja..beliau ingin bertemu rakan di jamban..maka aku pun mengheret perut itu dengan sepenuh daya yang ada..sedetik sebelum melangkah ke bilik termenung itu aku terpandang sebuah beg penuh berisi mercun yang diberi nama mercun bola..

Aku segera membuka kuda2 yang dinamakan "Kuda Parsi Mengejar Pelangi"..bertinggung di atas pentas nikmat..sambil "hussssss" menghembus asap rokok Dunhill..nikmat yang tidak boleh dibeli di Tesco Hypermarket..

Tiba2 terdengar suara nakal berbisik di dalam benakku "Isk..banyak betol mercun bola tadi tu..kalau la budak2 ni buat hal baling mercun dlm jamban ni memang naya"..seraya aku menyedut hembus rokok itu secara bertubi2 sebelum berlaku tragedi..

Bagaikan komunikasi di radio amatur...mesej ringkas dalam otakku ditransmit secara maya dengan frekuensi yang amat laju..terdengar suara mintak penampar.. "Huish, kalau baling mercun kat Kasyah best ni"

"Ahh..Farkkk..suara otak aku pun ko boleh dengar ke"

Selang 2 milisaat aku ternampak suatu objek melepasi pintu jamban dan jatuh betul2 di depan mataku..x sempat nak keluar dari kuda2..masa bagaikan terhenti..dada dup dap dup dap..peluh jantan betina menitis..telur masuk ke dalam..

Kedua2 belah tanganku membuat gerakan refleks dalam slow motion secara high definition..otak sempat berpikir "nak kaver yang mane satu ni, kepala atas ke kepala bawah..ahhh, kesegaran nafas lebih penting dari paras rupa"..

POMMMMMMMMM!!!!!!mercun itu menjerit semahunya..

"Twinggggg"..telinga berdesing..aroma belerang menusuk ke hidung..asap berkepul..dengan longlai aku melilit tuala ke pinggang..menendang pintu toilet..dahi berkerut lantas bernyanyi

"Berlalu la sudahh Ramadan, sebulan berpuaaasaaaa"

Kepala hotak kau..


...

6 comments:

  1. hahahahahahahahahaha. aku pernah dalam kete nak bakar baling kat org luar. sekali terlepas meletup dalam kete. hahah.

    ReplyDelete
  2. kalau ko nak tau keparat yang baling mercun tu name die Keling@Hafizal..agak2 la weh org tgh melepas kot..huhu..bingit siall

    ReplyDelete
  3. Kasyah.. bab air jamban yg brtakung sekian lama yg da tentu mngandungi kuman2 berat x citer plak.. citer la yg mercun tu jatuh ke dlm lantas memercikkan air nikmat ke muka mu itu..

    ReplyDelete
  4. yang tu versi sadis 18tahunkeatas..xleh citer open

    ReplyDelete
  5. hahahaha... aku ader ditempat kejadian ketika tragedi itu berlaku. tragedi mercun bola masih kukuh terpahat dibenakku...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails