Wednesday, June 23, 2010

Jumpa Roadblock?Sila Jangan Panik Melampau

Bayangkan anda sedang menunggang/memandu dengan penuh khusyuk dan tawadhu', diiringi nyanyian di radio dendangan Zaitun Sameon..sambil anda bersiul2 riang mengikut irama dan lagu..memandu dengan kelajuan pelari pecut dari Nigeria..tiba2 entah dari mana anda ternampak kelibat Polis@Bond@Bogon@Otek@Cop dari kejauhan sedang membuat sekatan jalan raya..pasti anda kaget..terasa seperti ingin menekan butang 'eject' agar kerusi anda meloncat keluar dan parachut pun terbukak..terasa ingin menekan brek sekuat hati sambil U-turn secara drift..terasa ingin menjadi seorang perdana menteri agar polis2 itu tak berani menahan anda..apetah lagi jika anda memang ada melakukan kesalahan..




Jangan panik dan jangan khuatir..di sini ade beberapa penyelesaian yang pasti atau setidak2nya memungkinkan anda dapat meloloskan diri dengan jayanya, walaupun jantung anda berdegup kencang ibarat dentuman gendang perarakan cina mati..


1. Nyalakan lampu dan buka semua tingkap
Jangan rasa segan untuk menyalakan lampu di dalam kokpit kenderaan anda..walaupun anda belum mandi lagi..walaupun muka serabai ya amat..walaupun muka anda persis peragut yang baru pulang meragut rumput..tujuannya agar polis dapat mengecam muka anda dan sebagai signal dari anda yang mengatakan "Saya Tak Sorok Mayat Pun Kat Sini"


2. Buat muka sweet
Sila buat muka sweet dan peramah..jangan sesekali bermuka bengis ibarat orang yang kehilangan Dunhill 20 yg baru dibeli..tak ada salahnya untuk jadi ramah..kalau boleh ajak polis tersebut berbual tentang situasi di balai dan juga tentang perangai Inspektornya yang menjengkelkan..untuk gadis2 cantik..kalau boleh kenyitkan mata dan bagi no telefon..cukuplah sekadar menipu dengan memberi no telefon operator Maxis anda


3. Pelajari dialek@loghat tempatan
Pelajari semua dialek@loghat tempatan di seluruh Malaysia..pastikan anggota polis tu memulakan perbualan dahulu..jika anda dapat menangkap bunyi sesuatu dialek yang diucapkan, sila gunakan dialek tersebut..sesungguhnya anggota polis yang merantau cenderung untuk tidak menahan orang kampungnya sendiri kerana takut orang yang ditahan itu merupakan abang@adik@abah@mak@pakcik@makcik gilprennya di kampung


4. Keyakinan diri yang tinggi
Lesen atau roadtax anda mati?..sila jangan risau..serahkan je lesen atau roadtax tu kepada anggota polis jika diminta dengan yakin sambil buat muka orang yang baru menang nombor ekor..jika anggota polis tersebut menegur dengan mengatakan roadtax atau lesen anda mati, pura2 terkejut dengan berita kematian tersebut dan menangis lah semahunya seolah2 orang yang anda sayangi telah meninggal dunia


5. Buat gaya orang bisu dan pekak
Jika polis menegur anda, buatlah gaya orang yang bisu dan pekak yang tidak paham sepatah haram apa yang anggota polis tu cakap melainkan beliau berbicara dalam bahasa isyarat..lama kelamaan polis itu pasti menyampah kerana kesukaran berkomunikasi dan melepaskan anda pergi begitu sahaja


6. Pura2 sawan atau terkena histeria
Cara ini agak ekstrem..sejurus anda berhenti di sebelah anggota polis tersebut, jeritlah sekuat hati dan sebut nama Idrus dengan cara yang paling menyeramkan..kalau boleh keluarkan buih2 dari mulut anda dan renung tepat ke mata anggota polis tersebut..nescaya anggota polis tersebut tak berani nak mintak lesen anda


7. Pakai helmet yang super buruk
Bagi penunggang motosikal, x perlu la anda memakai helmet yang ada stiker apache sereng..stiker bennetton..stiker yang tertulis "aku seorang rempit sejati"..tapi pakai la helmet yang paling buruk yang anda boleh pakai..kalau boleh helmet apek tua yang biasa dijumpai di pasar2 atau helmet indon yang baru pulang berkebun..silap hemat polis buat2 tak nampak dengan anda dan dapat melalui roadblock tanpa apa2 halangan



helmet begini yang paling afdal


Selamat mencuba..


Lagu tema hari ini..





Saman - Poe

Saya nampak tu

* A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Tolong

** A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Sape kawan

Saya minta tolong pada datuk
Jangan saman
Saya ada perjumpaan
Dengan persatuan
Surat saman macam ini
Saya ada lapan
Termasuk yang ini wahai datuk
Sudah sembilan
Tolonglah datuk (tolong datuk)
Tolonglah jangan saman (jangan saman)

(Encik dengar sini, hey)
Mana boleh tidak saman
Pandu kereta tak reti perlahan
Orang lain pun guna jalan
Mereka ikut peraturan
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

Ulang * dan **

Saya janji pada datuk
Sumpah saya tak buat lagi tuk (betul ke)
Pandu kereta laju laju
Takut langgar tembok
Saya tak tipu
Saya cakap betul
Saya janji pada datuk
Betul betul punya janji
Saya tak buat lagi
Tolonglah datuk (tolong datuk)
Tolonglah jangan saman (jangan saman)

(Dengar sini, hey)
Lapan saman tidak bayar
Janji awak saya tak percaya
Tandatangani kertas ini
Awak tidak akan lepas lagi
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Tolong la tuk

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Ape kawan

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan

(Dialog)

Mana boleh tidak saman
Pandu kereta tak reti perlahan
Orang lain pun guna jalan
Mereka ikut peraturan
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Pergi bayar saman

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Tidak kira kawan

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Jangan awak lalai

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Nanti tidur balai…



notakaki : kalau kena saman jugak memang muka anda suwey..haha

8 comments:

  1. hehe.. ^__^ gud one.. ^__^ gud luck ye.. ^__^

    ReplyDelete
  2. 1 ringgitt..2 ringgitt..3 ringgitt..SEPLOH RINGGITT..hahaha

    ReplyDelete
  3. pandainya kau bagi tips kan..mmg mati idop balik tidak akan saya jadikan pedoman.

    haha.seploh ringgit atas komenan saya.

    ReplyDelete
  4. berpura2 sawan ialah menggeletarkan badan anda dengan kadar 2 skala richter sambil mengeluarkan buih dari mulut

    ReplyDelete
  5. wat sawan x menahan..haha

    kalau sudi komen la entry saya..
    tip merawat hati yg telah dicuri

    ReplyDelete
  6. busit r ko. hahhahaha. kesian pakcik tu, ko g letak gmbo dier. 1 dunia tgk nih. kang dier xde peluang da la nk tekel paris hilton.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails