Hari : Ahad yang kene bangun pagi
Masa : Asik2 pagi
Cuaca : Panas mcm teh o panas
Tidurku di Yayasan Saiyed Alham dikejutkan oleh bunyi ketukan pintu..siapakah gerangan yang biadap mengganggu tidur sang putera ni..xtau ke aku ni watak protagonis yang garang..yang mampu mematahkan tulang ikan pari masak pedas dengan sekali gigitan..terdengar suara di luar memanggil Amma!Amma!..demn..dah la tdo rumah org..ade pulak org ketuk pintu..aku berjaya mempraktikkan skill buat bodoh aku dengan jayanya..ketukan pintu itu menggantikan deringan alarm yang sepatutnya mengejutkan tidur nyenyakku..setelah ketukan itu berhenti lantas aku bangun dan mempersiapkan diri untuk perjalanan seterusnya..
Aku, Asraf dan Saiyed Alham keluar bersarapan..dan aku pun bercerita kepada Saiyed Alham tentang kejadian yang berlaku pagi tadi..beliau menerangkan itu cuma keling mabuk todi yang selalu merayap di pagi hari..harmoni sungguh kawasan perumahan di Gelang Patah ni..padat dengan aksi2 dan suka duka kehidupan keluarga..setelah menyumbat perutku dengan kalori secukupnya, Saiyed Alham menghantar aku dan Asraf ke hentian bas untuk ke destinasi berikutnya..Temasik atau nama timangannya Singapura..
Berbekalkan 40 Singapore Dollar dan secebis semangat nan kental kami menaiki bas menuju ke Jurong..tiada apa2 persiapan dibuat..hanya berbekalkan air liur dan tapak kaki yang tebal kami ingin menakluk kota singa itu..kali terakhir aku menjejakkan kaki ke sini 2 tahun lepas..ekspedisi solo itu cuma berbekalkan 20 dollar..
Menjejakkan kaki ke kota singa ini membuatkan aku berasa sedikit pelik..takde pun salji..orang kata kat negara orang ade salji..sekali lagi aku hampa..
Jurong East sungguh padat dengan manusia yang berbilang kaum..aku tidak mampu untuk mengenalpasti identiti bangsa manusia2 itu..sungguh muhibah..pemandangan serupa ini hanya boleh didapati di Jalan Silang Kuala Lumpur pada hari Ahad..mungkin mereka pun begitu..menyangkakan kami berdua pelancong dari Eropah walaupun kulit ku sedikit tanned..dari Jurong kami terus ke Harbourfront..untuk ke Pulau Sentosa yang tak berapa nak sentosa itu..
lagak pelancong Nepal
Kami berpeleseran di Vivocity..ramai sungguh warga seberang di situ..ketika bertanyakan arah, org yang kusangka Melayu rupa2nya bukan..susah nak cari orang Melayu kat sini rupanya..kami sempat bergambar di spot2 cantik..walaupun matahari terik memancarkan sinarnya..peluh yang membasahi tubuh ibarat pelari pecut 400meter olimpik, masih belum mampu melunturkan semangat kami..di tanah air aku sibuk mengutuk mat2 bangla yang bergambar di dataran merdeka ketika tengah hari buta..dan kini sendiri mau ingat la..sapa rasa pedas, dia la yang makan cili..
biar panas asal bergaya
berlatarbelakang pulau sentosa
membangla di tempat orang
cuba untuk merompak sang predator
Destinasi berikutnya - Clarke Quay, tempat di mana The Hooters berada..dek teruja dengan gambar Safwan ketika beliau di sini..aku cube untuk 'menikmati' pemandangan di situ..deretan kedai di sepanjang sungai yang bersih memukau mata mempesona..aku terbayang sungai di tanah air sendiri..Sungai Klang berpotensi untuk menjadi tarikan pelancong jika dipulihara sedemikian rupa..kelihatan bot kecil yang merayau mengutip sampah di sungai itu..jika di Sungai Klang, pasti memerlukan sebuah kapal untuk mengutip sampah dek kapasiti sisa buangan yang terkandung melampaui tahap tempat pelupusan sampah..
Asraf cuba untuk menggelapkan kulitnya sepertiku
petani yang baru pulang membanting padi
nepal yang keletihan
mencari sesuap 2 nasik
Langkah diteruskan menuju ke One Fullerton..teringat zaman muda2 dan bertenaga dulu..setakat KLCC-Sg Wang-Sogo-Kotaraya tu boleh diakses dengan berjalan kaki saja..kini stamina sudah berkurangan..mungkin akibat kurang senaman atau terlebih MSG dalam makanan membuatkan jarak 2 Meter umpama 2 setengah batu..
panas2 ni klu dpt terjun dalam air kan best
Tenaga sekawan lembuku dah tinggal separuh..kugagah jua menuju ke Bugis Street untuk membeli cenderahati buat org tersayang..tiba masa untuk pulang ke tanah air..rasa x puas berjalan..dek kekangan masa dan mengenangkan esoknya aku bekerja, terpaksa jua melangkah pulang..jika syarikat abah aku nescaya aku berada di sini barang sebulan 2, menyelami kehidupan masyarakat di sini..
Tiba di Gelang Patah kepulangan disambut oleh Saiyed Alham..bergegas kami ke rumah dan bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur - kota yang menjanjikan 1001 tipudaya..Rahizal menelefonku dan ingin membelanjaku dinner sebelum pulang..sekali lagi kurepeat di restoran masakan Cina kerana terliur dek kehangatan daging rusa yang membelai2 tekakku..
Tepat pukul 10.30 malam, aku dan Asraf meluncur laju ke Kuala Lumpur..singgah sebentar di Ayer Keroh untuk bertemu pacar Asraf dan mereka pun memadu kasih di tasik madu..aku rase sungguh best kerana ada driver seperti Asraf..aku berbual dengannya beberapa ketika sebelum pandanganku kabur dan mimpi2 indah menjelma..sekali lagi turboku berbunyi memecah keheningan malam..krohh..krohh..Kachinggg
Tiba di destinasi terakhir, Asraf mengejutku..rase mcm baru je terlena selama 2 saat..kupaksa beliau patah balik ke JB agar aku dapat tidur dengan lebih panjang..aku akur dengan realiti apabila ditumbuk secara bertubi2 oleh Asraf..dan aku pun pulang dengan keletihan dan kepuasan..hujung minggu yang padat dengan aksi dan nilai2 moral..kuhamburkan semuanya ke bantal pelukku yang wangi itu..
Lagu tema hari ini
Di Tengah Kota - Alleycats
Penat Berjalan Di Tengah Kota
Mencari Teman Bukannya Mudah
Kalau Tak Tahu Cara Bertanya
Kau Akan Tenggelam
Dibawa Arus Kesibukan Kota
Yang Tiada Henti Dari Perubahan
Hidup ini Penuh Cabaran
Moga Dapat Bertahan
Solo
Kita Manusia Tiada Berkuasa
Untuk Menghalang Dunia Berputar
Hanya Usaha Untuk Sejahtera
Kita Harus Mencuba
Korus
Memang Sengsara Jika Hidup Sendiri
Bagaikan Hidup Tanpa Matahari
Oleh Dari itu Jangan Keterlaluan
Pentingkan Diri Sendiri Nanti Kau Dipulaukan
notakaki : kaki ni dah nak kene servis..
No comments:
Post a Comment