Wednesday, June 9, 2010

Hari Bujang Terakhir

Tarikh : 4th june 2010
Hari : Jomaat nan suci
Masa : Aku mmg suke bangun pagi
Cuaca : Sangat baik untuk pergi memancing




Pagi itu sungguh indah..kicauan burung memainkan irama riang ria meruntun jiwa..terasa seperti ingin berlari2 anak sambil menyanyi lagu Halimah Jongang..cuaca yang sgt baik membangkitkan lagi rasa ceria dalam diriku yang memang x pernah x ceria ini..hari ini adalah hari istimewa seorang kawan bernama Safwan kerana merupakan hari terakhir beliau bergelar bujang sepahtalalitamplom..beliau akan mendahului kami menamatkan zaman bujang dengan sepuluh mata berbalas satu..x sempat mengheret beliau ke rubber set..mungkin kerana sudah sampai seru..mungkin kerana sudah bertemu chenta sejati..atau mungkin juga tidak berupaya mengawal kebuasan napsu serakah yang menyamai napsu seekor beruang yang sedang horny..hanya beliau saja yang tahu..



Kami meluncur laju menuju ke selatan tanah air dengan menggunakan kereta syarikat Safwan yang disalahgunakan untuk tujuan peribadi..destinasi yang dituju ialah Kluang, sebuah bandar kecil yang tiada air terjun mahupun pantai yang cantik..aku teringat kenangan 4 tahun yang lepas kami bertiga menuju ke utara tanah air untuk mengembara..kali ini menuju ke arah yang bertentangan untuk tujuan yang berlainan..nostalgia lama berulang kembali..ah..aku mmg gemar bernostalgia..rase diri mcm Jeffrydin..tak pun macam Pak Maon dalam cerita Nasib Si Labu Labi..




aksi mencilok lori dan mendrifting di lebuhraya



Perhentian pertama..Melake Bandau Bersejarah..si lahawau bernama Asraf ingin singgah berjumpa kekasih hati beliau..kononnya bagi melepaskan rindu di dada yang terkumpul bak kumpulan simpanan wang pekerja..sejurus kekasih hati beliau tiba..wajahnye yang garang bak singa bertukar menjadi seekor hamster yang kiut..yang tak mampu untuk membunuh semut dengan satu pijakan..beliau bercanda di bawah pokok ceri..sambil menggentel2 daun di pokok itu beliau berbicara tentang kasih, cinta dan sayang..memekarkan lagi taman bunga di dalam hatinya..aku dan safwan hanya mampu melihat dengan pandangan cemburu buta..cemburu kerana kekasih2 hati kami nun jauh di mata..




kami menskodeng dengan harapan ada aksi2 3gp menarik namun hampa..





Setelah selesai sesi memadu kasih di bawah pokok di tepi tasik bertemankan bunyi unggas dan mergastua, kami meneruskan perjalanan ke arah Bandar Melake untuk menyelami lagi kegiatan sosio ekonomi orang2 tempatan..kumelihat jam Seiko 5 cantik di tangan kiriku..Jarum jam tangan Seiko 5 yang cantik itu menunjukkan pukul 1.30pm..demnn..ari ni ari jomaat..kene g smayang jomaat..mujur kami bermusafir pada hari itu..hehehe..kami menuju ke dataran pahlawan untuk menuntut agar menjadi pahlawan..dan juga untuk mencari bersuap2 nasi..kemudian kami berpeleseran di luar kompleks beli belah tersebut untuk menjemurkan diri dan menguji ketahanan topi koboi yang baru kubeli akibat terpengaruh dengan iklan Marlboro..masih lagi mencari bersuap2 nasi namun hampa..kerana nasi2 dalam radius sekitar 500meter di situ tidak menepati piawaian cacing2 di dalam perut kami bertiga




kerana tak mahu diriku diserang peminat kerana menyangkakan aku Clint Eastwood, lantas aku menyuruh Asraf menggayakan topi tersebut



Perjalanan diteruskan ke arah selatan setelah mendapat idea bernas untuk makan ikan bakar pada pukul 3 petang di tengah cahaya sinar mentari tu..setibanya di umbai kami hampa kerana tukang2 masak di restoran makanan laut di situ baru saja sedang memotong bawang, manakala ikan2 masih lagi di laut dan belum berjaya didaratkan oleh para2 nelayan..kekecewaan tidak berakhir di situ..setibanya di Anjung Batu, jeti untuk ke Pulau Besar, kami kecewa berganda kerana ketiadaan sebarang restoran yang mampu untuk menghilangkan kelaparan di perut masing2..kami cume mampu menangkap gambar dengan harapan ritual tersebut mampu memberikan kekenyangan..namun harapan tinggal harapan..mungkin penduduk sekitar Melaka terlalu rajin memasak hinggakan kedai makan semuanya bungkus..




ceria akibat ditampar angin





minum air tin di tepi laut ketika cuaca panas terik sungguh nikmat



Kami bergegas menuju ke Muar untuk mencari makanan..kami terbayang Mi Bandung, sebuah makanan lagenda yang tidak terkenal di Bandung, tapi terkenal di sebuah bandar kecil di utara Johor..Bandar Maharani ini memang terkenal dengan Mi Bandungnya..terbayangkan keenakan Mi Bandung pun sudah cukup membuatkan air liur mencurah2 keluar dari mulut dan darah melimpah2 mengalir dari liang2 rongga kulitku yang mulus..orang2 kerdil di dalam perutku pun meronta2 dan memainkan irama keroncong..



Tanjung Emas menjadi tempat kami melabuhkan sauh..kami memilih kedai yang menampilkan imej belagak..keratan2 akhbar yang menceritakan kehebatan mi bandungnya memenuhi serata dinding kedai..bahkan gambar ntah sapa2 yang didakwanya Perdana Menteri Burkina Faso pun ditampalnya..kami yang mudah terpedaya lantas duduk dan memesan Mi Bandung yang tersedap di dunia itu...Mi Bandung pun dipersembahkan di hadapan kami..kami terkesima selama 2 saat lantas menyerang hidangan itu bertubi2 tanpa belas kasihan hingga mereka layu tak bermaya..keenakannya menerpa ke segenap ruang otak..lebih enak lagi kerana ia dimakan di Muar..umpama makan Sate di Kajang..umpama makan Otak-Otak di Kempas..umpama makan Spaghetti di Itali..umpama makan Bak Kut Teh di China..umpama makan Kangaru Bakar di Australia..




cube untuk menenangkan perut yang sedang penuh





gambar ala2 Myspes






berlari2 riang sambil menyanyikan lagu Memori Daun Pisang



Kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya..perancangan asal untuk melalui jalan lama dibatalkan kerana mengejar masa..bukan masa yang dikejar sebenarnya tapi keempukan katil untuk melandingkan badan masing2 yang menjadi pertaruhan..akibat terlalu kenyang, perangai yang diwarisi dari ular sawa pun muncul..mula la ingin membelit dahan2 yang tinggi..mujur dalam kereta tak ada dahan..kami keluar di Exit Ayer Hitam, sebuah pekan kecil yang menjadi kegilaan para2 makcik dan aweks untuk melobangkan poket Laki@Boipren mereka..



Singgah sebentar di Ayer Hitam bukan untuk bersoping sakan..cuma untuk melihat2, membelek2, berbual dengan penduduk setempat dan juga bersiar2 menikmati keindahan pemandangan kota..tiba2 aku hilang ingatan..aku dipukau untuk masuk ke sebuah kedai menjual anak2 patung dan bapak2 patung..aku bagaikan dihipnosis untuk mengambil sebuah patung monyet dan membelinya..mane mungkin seorang rokers seperti aku, yang minum darah kambing, berjiwa besi, bermuka ganas, dalam hati ade lembah yang penuh tulang temulang dan binatang buas untuk membeli sebuah patung yang konon2 kiut itu..aku tersedar dari pukauan bile aku masuk ke dalam kereta..mungkin aku dirasuk oleh syaitan2 dan iblis2 yang bermaharajalela di pekan..kami terus bergegas meninggalkan tempat yang disumpah itu..sumpah kalau aku cerita ni sorang pun x kan percaya




kompem ni bukan aku





Safwan cuba menenangkan diriku yang dirasuk






aku yakin perempuan ini lah punca segala2nya



Checkpoint berikutnya, Kluang, sebuah bandar kecil yang serba kekurangan..kurang bangunan2 tinggi, kurang trefik lite, kurang roundabout, kurang kesesakan, kurang kedai dobi dan kurang asap kenderaan..kami check in di sebuah hotel paling tinggi di Kluang iaitu Hotel Anika..hotel ini tidak mempunyai housekeeping selepas pukul 5..sungguh menjengkelkan..kami naik dan bersidai di atas tilam untuk menghilangkan penat, menyiapkan diri untuk menikmati makan malam..




aksi maut





menghubungi kekasih lama sambil menyanyikan Pelamin Anganku Musnah nyanyian Azie



Kami berpeleseran di bandar Kluang mencari makanan..sungguh luas bandar itu sehinggakan kami terpaksa mengambil masa lebih kurang 4 minit setengah untuk meronda satu bandar..kami singgah di kedai-wajib-singgah iaitu Kluang RailCoffee..kopitiam yang terkenal seantero Malaysia ini benar2 membuktikan namanya..masakannya yang enak bukan mitos..ianya sebuah realiti yang harus diakui oleh lidah2 tegar mcm aku ni..




mi rebus di dalam mangkuk ayam





ayam di atas telur yang besar






sental jangan tak sental



Segera pulang ke hotel..esok hari penting..kami mesti menjaga bakal pengantin sebaik2nya agar esok beliau tak tersasul depan pengantin..reputasi anak2 KL harus dijaga..ketika acara pillow talk aku pun hanyut dibuai mimpi membiarkan bakal pengantin terkial2 menghapal nama Pak Mertua..



Lagu tema hari ini..










Pelamin Anganku Musnah - Azie



Masih lagi tidak terlewat
Untuk aku ucap tahniah
Di atas kehadirannya
Menggantikan aku

Pastinya oh hidupmu
Akan lebih bermakna
Dan aku usah kau kenang
Walau kita pernah berkasihan

Maafkan diriku ini
Kerna tidak hadirkan diri
Di sewaktu hari
Persandinganmu

Adakah kau ingin lihat
Air mata ini berguguran
Puaslah hatimu kini
Memainkan perasaanku selama ini

( korus )
Masihkah dengan janjimu
Apapun jadi akulah pilihanmu
Engkau sanggup hapusi cinta yang lalu
Ku angankan pelamin indah untuk kita berdua singgah
Sayangnya... Semua musnah

Kau buat malamku jadi gerhana
Dan hidupku tiada maknanya
Hanya bernyawa namun tak bermaya

Terkadang aku merasa menyesal
Kerna telah sehabis daya
Aku cinta dirimu kasih
Akhirnya aku sendiri
Tersisih...

( ulang dari korus )

Bisa sungguh luka ini
Walau tak berdarah






notakaki : dah lame x jalan2 camni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails