Thursday, May 27, 2010

Semalam Yang Hangat

Tarikh : 27th May 2010
Hari : Khamis yang memenatkan
Masa : Kepagian
Cuaca : Sang mentari sedang mengganas



Lama sungguh aku duduk di pejabat tanpa sebarang keje2 luar..terasa diriku bagai kerani atau budak pejabat di mana pejabat menjadi rumah kedua mereka..situasi ini melembabkan perjalanan darahku, membekukan takat lebur sel2 otakku hinggakan aku terpaksa meminum susu Mamigold agar dapat menjawab soalan kenapa beruang kutub tidak makan penguin..sungguh aku tak mampu menetap di pejabat lama2..aku tidak mahu kulitku yang tanned ini bertukar warna..


Tidak lama setelah aku bermonolog aku mendapat panggilan dari KEV Kapar, sebuah tempat berpuaka yang menjanjikan 1001 mcm kesulitan, kepayahan, dan memerlukan daya tahan yang tinggi. bagi mereka yang rapuh, sudah pasti niat untuk mengebom KEV Kapar sudah lama tercapai..pasti sudah lama tempat puaka itu lenyap dari peta GoogleMap mahupun GPS cap Garmin..aku sendiri pun sudah tepu untuk pergi ke tempat itu..namun mengenangkan periuk nasik elektrik ku memerlukan beras barang secupak 2, ku gagahi walau hakikatnya langkah ini kurasakan seberat lori beras..


Aku merekrut 3 orang ahli kumpulan ku agar kelihatan seperti hero remaja dtg membuat kerja..seawal pagi lagi aku dah bangun dan menyiapkan diri memandangkan aku tidak mahu terjebak dalam kesesakan trafik yang boleh meningkatkan kadar hipertensi masyarakat Kuala Lumpur khususnya..setelah siap dengan senjata api dan kelengkapan perang yang lain, kami melungsur laju menuju ke tempat yang dituju (pantun 2 kerat tenaga)


Bob memandu kereta dengan kelajuan bunyi seruling..laju membelah tar dan garisan2 putih di atas lebuhraya NKVE..dengan tidak semena2 beliau menekan brek dengan kekuatan 4 Newton..agak kasar dan mendorongku ke depan dek inersia..mujur tali pinggang keledar membelit perutku dengan kemas skali..kesesakan trafik yang kami takut2kan menjelma di depan umpama resaksa yang cuba memijak Ultraman Ace di kala lampu di dadanya sedang lip lap lip lap..


Aku cuba membuat taakulan dan kajian setempat tentang punca2 kesesakan trafik yang berlaku di hadapan kami..andaian demi andaian tidak dapat membantu kereta kami untuk terbang keluar dari kesesakan trafik ini..kupanjangkan leher dan kusengetkan 45 darjah ke sisi untuk melihat apa yang berlaku..setelah beberapa meter ke depan ku nampak sesuatu..seorang manusia sedang terbaring mengerang di tepi highway..sebuah motor yang separa hancur tersadai tidak jauh darinya..ramai orang berkerumun namun yang menghulurkan bantuan cuma seorang 2..mmg sikap tipikal rakyat 1Malaysia..mangsa kemalangan itu menggelepar, terkapai2 ku kelemasan sambil mulut kumat kamit menyebut name gelprennya barangkali..darah berjurai2 bak limau sunkist yang baru lepas diperah..aku kaget melihat kesan pasca kemalangan tersebut..kenangan semalam menerpa ke lubuk hatiku..kehangatannya masih dirasai..


Setiap siri kemalangan yang mematahkan tulang 3 keratku masih segar di ingatan, masih jelas di mainkan di pemain DVD otakku..audio dan visualnya teramat jelas walaupun pixel agak rendah berbanding TV LED yang banyak didapati di pasaran skarang..kejadian2 tersebut terasa bagaikan baru 2 saat berlalu..kemalangan2 yang menjadikan aku manusia besi..hanya tangan kiriku yang masih original, masih standard manakala baki anggota ku telah di transform atau pun dimodified bukan untuk kelajuan, tapi untuk ketahanan..mujurlah wajah kacakku ini masih original..jika tidak, pasti kutransformkan agar sedikit sebanyak menyamai rupa Sean Connery sewaktu muda..


Seriau rasenye setiap kali melihat kemalangan..pasti aku terkenang kembali saat2 stuntman jatuh tersungkur ke bumi..terpelanting melayang2 bak bola takraw ditimbang2..semalam itu sungguh hangat..di episod seterusnya aku akan bercerita tentang kisah setiap kemalangan yang berlaku dengan lebih lanjut..namun aku bersyukur kerana aku masih lagi bernapas dengan laju di muka bumi ini walaupun diriku tidak seperti org lain..masih lagi mempunyai tenaga sekawan lembu..masih lagi menjalani kehiduoan normal..memang tiada manusia yang sama di muka bumi ini..keunikan itu yang menjadikan diri kita istimewa..akhir kata, PANDU CERMAT, BELUM TENTU ANDA SELAMAT..




sekadar gambar hiasan


Lagu tema hari ini..







Semalam Yang Hangat - Wings


Sebelum engkau ke mari
Tiada resah
Tiada khuatir

Menjelang kemesraanku
Yang di rindu
Hanya syahdu

( korus )
Mengapa itu
Mahu jadi teman
Mahu jadi kekasih
Selamanya...oh...

Aku bukan lagi mainan dulu
Telah kucampakkan kau ke mana
Ke lautan hitam yang ku tahu
Pasti kita tak jumpa

Semalam
Itu semalam
Hari ini aku hidup
Dalam dunia yang aman
Kenangan
Kita lucutkan
Kita bakar sama-sama
Pengalaman hidup
Seksa....



notakaki : lagu ini dimainkan di dalam bilik bedah ketika aku menjalani pembedahan nail interlocking di tibia ku

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails