Monday, August 31, 2009

Seekor ikan ibarat setitis peluh nelayan..

Tarikh : 30 Ogostos 2009
Lokasi : Pulau Indah
Cuaca : Hangat2 suam kuku
Mood : Ceria

Semalam aku bosan..urusan yang nak disetelkan tak dpt disempurnakan maka aku mencari aktiviti lain untuk membuang masa sementara menunggu waktu berbuka..rupa Rahizal terngiang2 di fikiranku lantas aku menaliponnya dan menjemputnye pergi memancing..bukan nak mancing sgt pun cume nak test joran yang baru ku beli..bukan joran baru..cuma baru beli je..

Niat nak mancing kolam je..muka aku mmg muke kolam pun..setibanya di rumah Rahizal beliau yang masih berkemban dengan tuala biru separuh lusuh itu segera meracunku agar pergi ke Pulau Indah..di sana terdapat kelong yang indah dan berpotensi tinggi..sudah menjadi kebiasaannya aku mudah makan racun..nasib baik kawan2 aku masih sayang kat aku..kalau tak dah lama mereka memberiku racun tikus..

Setelah menghubungi seorang kaki pancing tegar yang bernama Din Iqbal kami terus bersiap sambil menanti kehadirannya..bagi beliau perjalanan dari Ampang - Kota Kemuning tu umpama perjalanan dari rumah ke kedai mamak sahaja (jika memancing jadi tujuannya)..persiapan kami suku rapi sahaja..biasalah..perancangan minit terakhir..sama juga dengan persiapan ketika menghadapi final exam ketika student dulu..

Din sampai..kami teruskan perjalanan ke Pulau Indah dengan seratus harapan (seribu banyak sangat kot)..tapi harapan yang paling nyata nak dapat ikan besar..kalau boleh besar rumah..kalau boleh besar rumah pangsa..kalau boleh rumah pangsa 17 tingkat..kalau boleh lagi rumah pangsa PPRT..(kalau nak cerita pasal kalau..lembu pun boleh pandai main gitar)..

Setibanya kami ke jeti setelah menempuh perjalanan yang rally, kami memunggah peralatan dan perkakasan menuju ke bot yang menunggu..kos murah je..trip suka suka jalan jalan..berbekalkan umpun2 kami ke kelong dengan harapan mendapat siakap sekurang2nya (tak dapat jekkk)..


lokasi kelong dilihat dari jeti



pemandu bot mencium ketiak beliau tanpa rasa bersalah



Sampai di kelong kami terus mempersiapkan diri untuk menghadapi serangan ikan ke mata kail..umpan dilempar penuh rakus..pada ikan2 kami laungkan "no mercy"..Rahizal membuka tirai pertarungan dengan berjaya mendaratkan gelama seberat 20gram rasa2nya..aku dan Din memerhatikan dengan penuh jaki..Din pula berjaya mendaratkan gelama seberat 25gram pula (aku rasa lagi)..kini tinggal aku seorang yang jaki..mungkin ilmu memujuk ikan belum habis ku khatam..penantian berakhir..berjaya juga aku menawan gelama tersebut..kini gelaran Raja Talapia telah berjaya dipecahkan..kulihat Din dan Rahizal sungguh rancak menaikkan gelama pisang kebanggaan mereka..sepanjang pemancingan kami lebih kurang 30 ekor gelama berjaya dinaikkan..semuanya besar2 2 jari aku..tapi dapat juga seekor senangin untuk dibanggakan..itu pun besarnya 3 jari aku..tak lupa juga pada buntal dan belukang..2 sekawan yang tak kenal erti caci maki..


angkuh sungguh mendapat gelama 20gram


menguji kekuatan lengan


Rahizal menjeling bangga (portnya banyak ikan)


lagi banyak joran lagi banyak ikan (kononnya)


spa ikan liar


keindahan petang


Jam menunjukkan pukul 6:40 petang..dah tiba waktu pulang..Rahizal cuba menghubungi pemandu bot namun gagal..adakah kami akan berbuka di atas kelong?..tak sanggup rasanya nak berbuka dengan mengorek hidung sahaja..demn..mana pulak pergi abang bot nih..takkan la beliau pergi pasar ramadhan walhal beliau tak puasa pun..pukul 7.10 petang baru beliau datang mengambil kami..kami berbuka dengan air kotak soya dan dunhill sebatang..

Malam menjelma..

Rahizal ingin belanja makan seafood..kami bergegas ke sebuah restoran yang tersohor situ..terletak betul2 di tepi lebuhraya menuju Pulau Indah..restoran yang dibina bersebelahan jeti nelayan memberi impresi bahawa ikan2nya sudah tentu fresh..hampa menyelubungi bile tokei restoran tu kata tukang masak beliau tak mampu nak menampung pesanan yang begitu banyak..beliau suruh kami datang semula pukul 8 mlm..kami pasrah

Duduk2 di kereta menunggu pukul 8 mlm..serangan bertubi2 pasukan nyamuk berani mati membuatkan darah pahlawan kami mendidih..Din dengan inovasinya membuat unggun api di tepi kereta..nyamuk2 tersebut bertempiaran bagai syaitan bertempiaran lari pabila azan dilaungkan..

Tiba2 datang idea bodoh yang bermanfaat untuk mengisi masa lapang..aku membuka bonet kereta dan mengambil seekor ikan gelama dan mencucuk nya dengan kayu..kupanggang ikan itu di atas unggun api..Rahizal dan Din memandang sinis..mereka suruh aku menghabiskan ikan tersebut..walaupun sedikit hangus namun kelazatan dan kesegarannye masih terasa..nyum2


aktiviti membuang masa dengan berfaedah


lazat bukan?



Pukul 8 mlm..kami kembali ke restoran tersebut..Rahizal memesan ikan gruk gruk (tak tau ejaannye)..hodoh sungguh nama ikan tu..macam nama raksasa dalam filem epik Lord Of The Ring..sotong masak berempah, tomyam campur dan sejag fresh oren menjadi juadah berbuka kami hari itu..


nyum2



Perut kenyang..badan letih..mata mengantuk..setelah Rahizal mensetelkan bil kami meneruskan perjalanan pulang..hantar Din dan Rahizal ke Kota Kemuning..aku meneruskan perjalanan pulang ke tanah air di Cheras..

Sampai di rumah ..aku membawa kesemua ikan ke singki dengan niat untuk menyiang ikan2 tersebut..satu misteri menyelubungi jiwaku ketika itu bila ikan senangin hilang..beliau satu2 nya ikan paling hensem dalam sekawan ikan gelama yang tak glamer tu..mustahil boleh hilang..setelah membuat percaturan dan memainkan semula pita rakaman fikiranku,aku terus bergegas ke bonet kereta..kulihat ikan senangin tu dengan hensemnya terselit di sebelah tayar spare..mungkin terkeluar dari plastik waktu kulanggar bonggol dengan kelajuan berhemah tadi..mujur ibuku belum pulang dari masjid..

Mandi..bersiap2..call org tersayang..tdo..
Hari yang panjang..

Lagu tema hari ini..


Keep Fishin' - Weezer - More bloopers are a click away

Weezer - Keep Fishing

You'll never be
A better kind
If you don't leave
The world behind

Waste my days
Drown aways

It's just the thought of you
In love with someone else
It breaks my heart to see you
Hangin' from your shelf

You'll never do
The things you want
If you don't move
And get a job

Waste my days
Drown aways

It's just the thought of you
In love with someone else
It breaks my heart to see you
Hangin' from your shelf

Oh girl, when I'm in love with you
Keep fishin' if you feel it's true
There's nothin' much that we can do
To save you from yourself

Waste my days
Drown aways

It's just the thought of you
In love with someone else
It breaks my heart to see you
Hangin' from your shelf

Oh girl, when I'm in love with you
Keep fishin' if you feel it's true
There's nothin' much that we can do
To save you from yourself

You'll never do
The things you want
If you don't move
And get a job

Waste my days(And get a job)
Waste my days(And get a job)
Waste my days(And get a job)
Waste my days(And get a job)
(Waste my days) Whoa-oh
(Waste my days) Whoa-oh, whoa-oh
(Waste my days) Whoa-oh
(Waste my days) Whoa-oh, whoa-oh
Waste my days

notakaki : penat tapi seronot


1 comment:

  1. ini lah beza nye ketika mkn bersama rakan2 berbanding mkn bersama yg tersayang ..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails