Monday, October 12, 2009

Musnahnya sebuah poket..

Hari ni dah 24 Syawal menunjukkan dah 24 hari kita menyambut Syawal ataupun Hari Raya Aidilfitri ataupun Hari Merayakan Sebulan Berpuasa ataupun Hari Merayakan Bebasnya Para2 Syaiton ataupun Hari Untuk Menayang Rim Sukan Baru Di Kereta Anda ataupun pelbagai lagi takrif individu tentang raya..kemusnahan pasca raya masih lagi terasa di poketku dan 24 hari ini terasa begitu sukar..hari untuk mencucuk dinding 3 hari lagi dan terasa waktu berlalu bagaikan siput sedut yang cuba mengejar sebuah kereta seport 300 kuasa kuda kepang..semua plan2 ku yang pastinya memerlukan foto yang dipertuan agung dan tandatangan gabenor bank negara itu semuanya tergendala..aku cuba meminimakan kemusnahan ini dengan tidak berpeleseran di pusat beli belah,tidak mengisi petrol ron 97,menghisap rokok batang,berdiet seimbang malahan cuba untuk tidur sebanyak mungkin agar waktu berlalu tanpa menggunakan sesen pun..betul lah kata orang dolu2 bahawa "masa itu emas yang tidak laku di kedai pajak gadai"..teringat sehari sebelum raya uangku berlambak2..sekarang aku terpaksa merobek kembali sampul2 raya yang tak jadi kuberikan kepada kanak2 untuk membayar tol,parking dan juga membeli minuman..

malam raya


dah kaya kena pakai spek itam

Tiba2 aku teringat mase aku student UiTM dulu kala..kejadian ini berlaku 4-5-6-7 tahun lepas..ade sekumpulan kanak2 datang beraya di rumahku..bukannya aku tak kenal kanak2 itu..mereka semua merupakan anak2 di kejirananku..waktu itu aku sangat kekeringan duit..nak isi minyak motor pun terpaksa mengorek tabung cap ayam yang dah pasti hanya tinggal kepingan syiling 5 sen..sedang aku dok melayan kanak2 itu beraya timbul satu idea bebal demi sebuah survival..aku memberi cadangan kepada kanak2 itu bahawa aku nak ikut mereka beraya..untung2 dapat la duit raya dalam seringgit dua..mereka pun terus bersetuju..

Kami pun berjalan beramai2 menuju ke rumah2 jiran..aneh rasanya melihat sekumpulan kanak2 dan seorang 'remaja' yang 2 kali tinggi mereka keluar beraya..tapi aku nekad..duit raya menjadi taruhannya..hati berdebar2 tatkala mengetuk pintu rumah pertama..kami disambut dengan mesra oleh tuan rumah dan penuh dengan hidangan2 yg lezat2 dan gurih..selesai acara menjamu perut kami pun duduk2 dengan harapan tuan rumah nak hulur duit..bagai orang mengantuk disorongkan bantal,bagai orang lapar dihulurkan ayam keni rojers,tuan rumah masuk ke bilik sejenak dan keluar bersama2 sampul raya..dihulurkan ke seorang demi seorang dan kegembiraan terpancar di wajah masing2..sampai turn aku,mulut tuan rumah yang tak memiliki insurans berjenama ING itu tiba2 mengeluarkan satu kenyataan separa pedas.."yang besar panjang ni pun nak duit raya gak ke"..dengan penuh hipokrasi aku membalas "saya dtg nak raye je la makcik"..tapi makcik itu bagai memahami nada suaraku yang penuh belas lantas dihulurkan jua duit tersebut..muka ku blushing dan aku tersiput2..dengan tergesa2 aku meninggalkan rumah itu dan juga kanak2 tersebut terus menuju pulang ke rumah untuk menekup muka dengan bantal..

walaupun rase mcm bodoh tapi aku dapat jugak seringgit..

Lagu tema hari ini



Duit - Hattan

Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal

Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta

Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah

Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri

notakaki : duit tak mampu beli kebahagiaan..sebab kebahagiaan takde jual kat kedai..

4 comments:

  1. kenapa sy tidak dpt duit rayaaaaaa??????????

    ReplyDelete
  2. kerana anda tidak datang beraya dengan saya..huhu

    ReplyDelete
  3. aku rasa jeles sbb ko tetap dpt gak! hampeh.. blushing lain citer.. yg penting dpt.. uuuu~

    ReplyDelete
  4. tobat tak buat dah..memandangkan rupaku dah semakin matang..haha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails