Sunday, October 11, 2009

Suatu petang yang pancing..

Tarikh : 10 Oktoberr 2009
Lokasi : Tasik Biru yang hijau
Cuaca : Redup matamu menghambat hatiku
Mood : Teruja lebih

Hari itu hari sabtu..separuh hari berlalu tersangat la lambat..mengenangkan petang yang bakal dihabiskan di Tasik Biru, Kundang yang penuh dengan pancaroba dan suka duka kehidupan tersebut..aktiviti yang dirancang setelah sekian tak lama sangat itu sungguh dinanti2..harap2 sumpahan dan badi "takdapatikan" yang melekat di tubuhku ini terlerai sudah di destinasi berikutnya..

Tamat waktu bekerja kami bergegas ke gedung beli belah Kepong Fish Tackle untuk menghabiskan sisa2 duit yang ada dengan harapan kelengkapan2 yang dibawa ke tasik biru bakal disambut oleh ikan2 di situ dengan hati yang terbuka dan jiwa yang pasrah..kubelek setiap inci kedai itu bagai org kaya yang ingin bersoping sakan..walhal hanya kuambil beberapa umpan tiruan yang berjenama murah namun kelihatan mahal..tanggapanku hanya ikan yang mengenal umpan itu harap2 tidak boleh disangkal lagi..

Selesai membeli belah..irama indie berkeroncong di perut bagaikan konsert woodstock..kami bergegas ke rumah bos untuk mengisi perut dengan makanan2 nan lazat..kenyang perut suka hati..maka dengan suka hatinya kami menuju ke tasik biru bersama segumpal harapan yang dikepal2..

Selesai mengisi perut, Aku, Kamil, Farid dan Nazmi meluncur laju di dalam perut MyVi hitam nan gagah itu menuju ke Tasik Biru..setibanya di Tasik Biru lebih kurang pukul 5 setengah waktu tempatan,kami terpegun dengan keindahan tasik yang digembar gemburkan itu..kami mencari port yang agak redup dan teduh kerana bimbangkan kulit yang mulus ini terbakar dek cahaya mentari dan kepanasan global yang berbahaya kepada kesihatan kulit itu..

Setelah berjumpa port yang ideal kami pun melabuhkan alat2a
n dan kelengkapan2..aku membawa 2 rod tiri dan satu rod sendiri..3 rod bagi menunjukkkan ketamakan dan kerakusan beserta niat mazmumah untuk menjeleskan rakan2 sepermancingan yang lain bila aku dapat ikan yang banyak nanti (kalau dapat)..dedak, cacing dan umpan tiruan menjadi senjata pertempuran kami petang itu..


Acara pertama dengan masing2 mempamerkan teknik casting..segala macam mak nenek jenis umpan tiruan yang dibeli tadi dicuba,dikarau,dilontar,ditarik,dicaci maki,dilempar ke sana sini namun hampa..senja makin berlabuh,lengan makin lenguh,nyamuk menjadi super banyak seolah2 menjadi siren agar teknik casting direhatkan pada separuh masa kedua..tiba masa untuk menyeksa cacing yang dibeli tadi dengan penyeksaan yang tak dapat digambarkan oleh cacing2 tersebut..bagi pencinta cacing seperti aku,hanya menggunakan dedak agar aku kelihatan sweet di mata cacing tersebut..

watak protagonis dalam cerita ini

aksi lontaran persis olimpik

Farid cuba bergurau dengan katak getah yang berenang kuak lentang itu

Kesepian senja dipecahkan oleh tarikan Kamil yang penuh keterujaan seolah2 mendapat ikan 3 tan lagaknya..pancing tiri ku yang ditarik oleh Kamil mendapat ikan pertama utk ari itu iaitu seekor keli sebesar lengan budak darjah dua..jaki sungguh aku melihatnya..namun aku yakin pancing kesayangan juga bakal menerima nasib yang sama,malahan lebih baik..upacara perasmian oleh keli pertama tersebut diikuti dengan keli2 yang berikutnya..

Kamil tersengih manja cuba memikat keli tersebut menjadi suri hidupnya

kembar yang riang

Farid mempamerkan wajah sedih kerana hanya mendapat ikan ketutu

Serangan nyamuk bertubi2 oleh nyamuk kamikaze memaksa kami bertindak drastik..unggun api dinyalakan dengan harapan nyamuk2 tersebut beralah dan memberikan laluan kepada pemancing2 hensem seperti kami untuk memancing tanpa gangguan..kemeriahan disambung oleh rentapan2 manja ikan keli..memandangkan tangan2 yang tak bedung ni..hanya tangan Kamil yang kelihatan mencabut mata kail dari mulut keli..

pawang air mempamerkan bakat menangkap ikan menggunakan saku seluar jeans

Pukul sebelas malam..perut dah berkeruk2..mata dah ngantuk..badan dah berlengas..dan nasihat dari pawang air membuatkan kami,para2 pemancing tegar ini berundur dari medan pertempuran..10 ekor ikan keli yang berjaya dinaikkan dibawa pulang dengan bergayanya..cukup la lauk untuk seminggu..

Aku kumpau lagi kali ini..hanya seekor ikan ketutu yang tak mempunyai daya juang langsung berjaya didaratkan..aku berazam aku akan repeat lagi kali ni..bila la sumpahan ni nak berakhir..demnn!!

Lagu tema hari ini


Jangan Kau Berputus Asa - Spider


Gerbangmu terbuka mencabarku
Melangkah menurut rasa rindu
Biarpun nanti antara kita ada yang mungkin terkorban
Biarpun nanti kita terhukum kerana melanggar kebiasaan

Cinta tak pandang tak kira siapa iakan mencuba, selagi..
mana pencinta terdaya menahannya diakan dicuba

Sebelum gugur tercalar jiwa parah
Jangan kau gugurkan airmata
Sebelum putus tali tuhan yang esa
Jangan kau berputus asa…

Nadamu menangis menggugatku
Dekati dirimu yang kurindu
Biarpun nanti antara kita ada yang mungkin menyesal
Biarpun nanti kita terpaksa membayar harga yang tak setimpal o..o..

Cinta tak pandang tak kira siapa iakan mencuba,selagi..
mana pencinta terdaya menahannya diakan dicuba o..h..

Sebelum gugur tercalar jiwa parah Jangan kau gugurkan airmata
Sebelum putus tali tuhan yang esa Jangan kau berputus asa
Sebelum gugur tercalar jiwa parah Jangan kau gugurkan airmata
Sebelum putus tali tuhan yang esa Jangan kau berputus asa
Jangan kau berputus asa Jangan kau berputus asa


notakaki : aku dah ade bro baru..kuikui

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails