Sunday, August 22, 2010

Bila Rempit Bersuara..

Malam yang sepi pi pi..Pak Mat jual kopi pi pi

Malam itu aku dijemput untuk sesi berjamming bersama rakan2 rokers sekalian..Mazidah direhatkan akibat kecederaan ligamen..maka ku pinjam seekor kuda berkuasa petrol yang bernama Boon Siew Honda milik abangku untuk menuju ke destinasi..memandangkan malam itu malam minggu, dan aku tidaklah setabah rakyat Kolumpo yang lain untuk meredah kesesakan trafik sambil berwajah ceria, maka aku memilih untuk menunggang sahaja..

Sudah sekian lama aku tidak menunggang kuda berkuasa petrol itu semuanya gara-gara kerapuhan tulang 3 keratku yang menjamah jalan suatu ketika dahulu..3 episod tragedi yang cukup membuatkan orang2 tersayang disekeliling ku berpiket dan membuat demonstrasi jalanan bilamana kusebut perkataan Motorsikal..namun cintaku terhadap kenderaan beroda dua itu membuatkan kesakitan akibat luka silam terus kulupakan..aku sungguh selesa menaiki motosikal walaupun dicop mat rempit..

Selesai aktiviti berjamming aku meroger rakan subahatku, Muhsin yang berada di Petaling Jaya..aku meluncur laju sambil bersiul2 girang menuju ke sarang beliau untuk berbual2 kosong atau melakukan sebarang aktiviti luar kawalan..

Setibanya di sana..aku mengajak beliau minum2, mabuk2 teh tarik maka beliau bersetuju..lantas dicapainya kunci motor dan mengeskort ku dari belakang..jika tidak kerana seluar sekerat yang kami pakai tentu kami disangka polis yang meronda demi mengepau pesalah trafik untuk mencari duit raya..

Kemudian Muhsin melontarkan idea bodoh yang tampak munasabah..beliau mengajakku merempit di tengah2 ibukota seperti kebanyakan remaja2 jahat lakukan di malam minggu..oleh kerana tahap kewarasanku di malam itu berada pada tahap nyawa2 ikan, aku akur lantas menurut sahaja kemahuan beliau..

Bermula lah kembara kami malam itu..




































Seronoknya banyak gambar..x payah cerite pepanjang..

notakaki : bila rempit sudah bertindak..kata2 tidak berguna lagi

3 comments:

  1. hheehehehehheheheheheheheh .... tergelak-gelak aku .....

    ReplyDelete
  2. hahaha..sempoi giler posing.pape pon abang polis adalah hensem..kirim salammmmm~!

    ReplyDelete
  3. wah besnye round2 kl d malam hari......gamba jln dang wangi nmpk vogue gitu...huahua

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails