Saturday, September 4, 2010

Kejahatan Harus Ditentang

Hari itu cuaca tenang..setenang Mat Bangla yang ditangkap basah..tiada langsung tanda2 akan berlaku bencana alam mahupun krisis kewangan dunia..

Dan pada hari yang tenang tersebut, keluar lah 2 orang penegak keadilan sejagat bersiar2 mengambil angin dengan rakusnya umpama angin itu bakal kehabisan stok tak lama lagi..sudah lama hidup dalam aman damai dan sesungguhnya keamanan ini membuatkan manusia alpa
orang biasa yang damai

Tiba2..deria keenam belas 2 pemuda ini dapat menghidu kejahatan yang mula terbit entah dari mana..kuasa kejahatan ini mula menyesakkan napas dan membuatkan lampu lip lap di dada mula bercahaya mengikut rentak lagu Selamat Hari Raya nyanyian Sanisah Huri..radar pengesan mereka yang baru dikalibrasi seminggu yang lalu memberikan bacaan yang jitu dan persis..sudah menjadi tanggungjawab mereka menentang kejahatan..lantas mereka berteriak "Buat Baik Berpada2, Buat Jahat Jangan Berkali2"..

Kedengaran sayup bunyi mercun pop memecah ketenangan..2 pemuda tadi bertukar imej bagi menunjukkan betapa mereka adalah wira yang diharapkan untuk melerai kebuntuan manusia yang mula bosan dengan kejahatan..

cuba menyelamatkan gadis jepun dari mara bahaya..mulia sungguh hati mereka

 
 hikmat rahsia yang bakal menumpaskan pihak lawan

 persengketaan lalu harus dilunaskan dahulu

 
bergelut menentang kejahatan

Keputusannya.. Hero - 1, Lembu Jahat - 0

notakaki : sila tepuk pipi kanan 3 kali dengan lemah lembut untuk memanggil hero2 remaja ini

2 comments:

  1. my god...mmg aku takkan ajak anda berdua ke soping mall.hahaha

    ReplyDelete
  2. ajak la kami nescaya keselamatan terjamin..haha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails