Tuesday, September 21, 2010

Suatu Raya Yang Sawit

Raya di Kuala Lumpur dah tak macam dulu..dulu2 mase aku kecik belia, suatu perkara biasa melepak di tengah2 Jalan Kuching sambil bermain gitar di tengah2 jalan di malam raya..membayangkan betapa lengangnya suasana di Kuala Lumpur ketika itu..jika anda meronda2 di kawasan taman perumahan pasti anda akan dapat bertegur sapa dengan beberapa orang yang sedang cuba memecah masuk kediaman penghuni yang pulang berhari raya..anda juga akan dapat mendengar bunyi cengkerik yang julung2 kali didengari di kotaraya metropolitan ni..dulu2, siapa yang tidak pulang berhari raya di kampung adalah seorang yang loser, atau seorang yang terlupa beli tiket bas, atau seorang yang malu nak jumpa orang kampung sebab belum beli baju raya, atau seorang yang kehabisan duit menjelang hari raya, atau beliau seorang yang menyambut deepavali..

Sekarang dah tak macam dulu..sekarang suasana dah biasa..kalau anda melepak di tengah2 jalan di malam raya kompem anda beraya dalam liang lahad keesokan harinya..beraya di Kuala Lumpur ketika ini boleh dikategorikan sebagai cool..kerana anda seorang anak bandar..ye..bercakap pasal anak bandar ada satu kisah pilu di hari raya..

Aku pulang berhari raya di kampung menjelang raya keenam..saje nak kelihatan kacak beraya di hujung2 percutian..padahnye semua sedara mara ku tiada kerana mereka bekerja..mereka ada lah pekebun sawit yang berjaya..oleh kerana tiada orang di rumah lalu aku mengikuti mereka ke kebun untuk bersawit..

Hari itu mereka membuat aktiviti yang dinamakan LOADING..bermaksud memuatkan buah sawit ke dalam traktor dan membawa ke peraih untuk ditimbang..aku tersalah tafsir..mulanya aku sangkakan mereka ke kebun hanya untuk melawat kawasan..mujur tenagaku sekawan lembu..

Mula2 aku lihat mereka mengangkat sawit ke dalam traktor dengan penuh gaya, aku agak terkesima..buah sawit yang berat tu selamba mereka lontarkan dengan wajah selamba..aku mula pelajari teknik2 mengecop sawit dengan penuh minat..akan kubuktikan anak bandar juga mampu lakukan kerja2 ini..

Sekali 2 agak sukar dan setelah beberapa kali percubaan aku mula biasa..aku mula mengikut rentak sedara mara bekerja..huh..xde la susah sgt..satu persatu sawit kulontarkan dengan gaya seorang pekebun..

Sampai ke pokok yang hujung aku kerahkan sume tenaga..all out bak kate org kampung aku..sampai ke buah sawit yang terakhir aku kehausan yang amat sangat..kuteguk air seratus tambah sebanyak setengah botol..lagak barbarian yang baru saja lepas menumbangkan seekor sapi..peluh berjurai2 bagaikan air terjun sungai gabai..lame sungguh tak bersenam..sendi2 yang berkarat sudah pudar karatnya..

Tiba2 aku rasa jantung macam nak berhenti..aku nampak bintang2 berkeliaran di atas pokok..pari2 kejar mengejar sesama mereka..lembu2 menari shuffle di tepi parit..lori tangki bersepah terbang di angkasa..limpa aku mula terasa pedih..dan buah pinggang aku semakin mengecut..pandangan ku mula kabur..aku rase mcm nak pitam..

Dan dengan tidak semena2..segala isi perut ku keluar semahunya..aku muntah dengan penuh iltizam..tercalar imej tenaga sekawan lembu ku..aku terduduk..mata berair..dan sedara maraku gelak terbahak2 berguling2 melihat sekawan lembu muntah..demmit..aku pun keluarkan kenyataan cover line..

"Korang buat keje ni hari2 boley laaa.."










notakasut : mane tak muntah, hari2 bersenam membesarkan perut je

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails