Hari itu aku ke bazaar..seperti manusia2 lain berpusu2 membanjiri segenap inci bazaar tersebut..masing2 dengan agenda berbeza..sama ada ingin memenuhi kehendak nafsu binatang dengan membeli makanan seperti ingin memberi makan lembu sekandang..ataupun sekadar malas memasak akibat keletihan berpuasa..ataupun saja2 nak memberi sokongan moral terhadap peniaga2 yang bertungkus lumus mencari duit raya..ataupun sekadar mencuci mata dan mengurangkan pahala puasa..atau sekadar ingin menayang baju raya tahun lepas yang bakal off season 2 3 hari lagi..semua punya agenda sendiri..aku?..aku cuma ingin membeli spanar saiz 14 dan pemutar skru bermata philip..
Aku berjalan perlahan sambil mata meliar..takut juga kalau2 terserempak dengan Siti Nurhaliza..pasti kenangan cinta lalu menerpa..bakal berdarah kembali hati yang pernah terluka satu ketika dulu..ku jenguk2 ke setiap gerai yang menjual..suasana begitu hiruk pikuk..dengan jeritan2 peniaga dan juga suara2 berbual memenuhi corong gegendang telinga..pelbagai intonasi digunakan untuk menggamit pengunjung ke gerai mereka..pastinya situasi ini umpama medan pertempuran suara yang sengit dan perlu diusulkan rundingan damai..kutoleh kiri dan kanan mencari juadah yang menarik..
Aku melewati sebuah gerai yang sangat ramai pengunjungnya..gerai yong tau fu ini pastinya mengupah pornstar sebagai penjual untuk melariskan jualan..aku menaakul dengan penuh nafsu dan sikap mazmumah..aku buat2 sibuk di celahan orang ramai itu untuk memeriahkan lagi kelompok manusia yang berpusu2 untuk membeli..sikap tipikal orang Malaysia..pantang melihat ramai orang..aku tahu gerai itu bukan sedap mana pun..pasti servis penjual di gerai itu tersangat la lembab sehinggakan ramai yang masih belum menerima pesanan mereka..dan situasi itu memberikan sensasi bahawa juadah di kedai itu teramat sedap sehinggakan ramai orang berpusu2 untuk membeli..
Kemudian aku terpandang sesuatu yang agak aneh di pandangan mataku..Nasi Itik..belum pernah lagi aku menemui Nasi Itik di pasar seperti ini..terasa ingin mencuba..aku teruskan melangkah hingga berdiri tegak di depan gerai itu..aku terperasan sesuatu yang janggal..kenapakah itik ini tergantung di kepala..ku ajukan soalan berbentuk menguji minda kepada penjual tersebut..
Aku : "Bang..itik ni sembelih kat kaki ke?"
Itik Penjual Itik : (mengasah2 pisau pemotong itik seraya merenung tepat ke leherku)
Demi mengelakkan sebarang perkelahian atau persengketaan dari berlaku..aku cepat2 meninggalkan penjual itik yang bengis itu..kuteruskan lagi pengembaraanku..
Aku terkesima selama 2 milisaat apabila terserempak dengan penjual air..air tebu yang kudambakan kini berada di depan mata..lantas ku beli dan pulang ke rumah..
Serius aku lupa tragedi apa yang berlaku sebenarnya..
kalau tengok gambar ni boleh kurang pahala puasa tak?
notakaki : aku berbuka dengan hati terbuka
No comments:
Post a Comment