Thursday, August 5, 2010

Bang SMS Siapa Ini Bang

Di keheningan pagi telefon bimbit berkamera 3.2 megapixel cybershot ku berbunyi menandakan masuknya SMS bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan2 sewaktu dengannya..SMS itu berbunyi


SIM Card anda
T'lah berjaya
Memenangi,
Cbtn BERTUAH
RM10,000 dri
POWER ROOT SDN BHD
No Pin (2547)
Utk maklumat
Sila Call Office
012-812-9605


Wah..di saat2 kesesakan poket ini ada pula yang bermurah hati untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan..tak sangka masih wujud sifat2 mahmudah di dalam diri penghuni planet bumi ni..lantas aku mengalirkan air mata kesyahduan dek terharu yang amat sangat


Dengan tidak membuang masa aku lantas mencapai telefon bimbit berkamera 3.2 megapixel cybershotku untuk menelefon nombor berkenaa..teruja yang amat sangat kerana bakal dapat RM10k semudah itu..x perlu cari orang, x perlu jual barang, x perlu goyang kaki pun duit masuk..aku sudah membuat kira2 bagaimana nak menghabiskan wang tersebut tanpa membayar zakat, nak beli kasut, nak beli rumah, nak beli kete sport, nak beli swimming pool, nak beli cekodok, nak beli orang, nak beli polis, nak beli pak2 menteri, nak beli cakoi dan macam2 lagi..


Panggilan ku berjawab


Aku Yang Jujur : Halo..Love Love Love
Si Dermawan : Iya..(slang nya berbunyi dari Jakarta, atau mungkin Timor Leste)
Aku Yang Jujur : Saya baru menerima sms yang mengatakan saya menang RM10 ribu
Si Dermawan : Iya..betul..berapa no telefon saudara
Aku Yang Jujur : 017 - bla bla bla bla
Si Dermawan : Iya betul..mmg no telefon ini lah yang menang RM10 ribu itu..berapa no pin nya ya
Aku Yang Jujur : 4455
Si Dermawan : Iya mmg betul..mmg saudara la orang yang bertuah tu.
Aku Yang Jujur : Wah..seronoknya saya..jadi bagaimana saya nak menerima wang tersebut
Si Dermawan : Mudah saja ya..saudara ada akaun bank?..sila beri no akaun saudara dan nyatakan bank apa..
Aku Yang Jujur : Tapi encik..saya takde pernah ada bank..duit saya semuanya saya simpan bawah bantal
Si Dermawan : Apa??..saya perlu no akaun saudara untuk transfer duit itu
Aku Yang Jujur : Tapi betul encik..saya tak pernah simpan duit dalam bank..duit2 saya semua saya simpan bawah bantal, dalam almari, bawah periuk nasi, dalam cerek..apa kata encik bagi saya cash je..kite jumpe kat mane2
Si Dermawan : Tut..tut..tut (telefon diletakkan)


Aku mendail semula


Aku Yang Jujur : Halo encik..saya nak duit saya
Si Dermawan : Tut..tut..tut (telefon diletakkan lagi)
Aku Yang Jujur : (Hampa)

Susah jugak nak dapat duit rupanya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails