Wednesday, June 9, 2010

Hari Suami Pertama

Tarikh : 5th june 2010
Hari : Sabtu yang cuti
Masa : Masih berpagian
Cuaca : Cuaca x tau buat keputusan sama ada nak panas atau sejuk



Pagi itu aku bangun awal..mengalahkan sang pengantin yang nak diakad nikah..mungkin kerana kuantiti udara di bandar Kluang masih lagi berada pada tahap memberangsangkan, menyebabkan molekul2 oksigen menerjah ke otak kananku lantas membangkitkan aku dari tdo..segar sungguh rasanya..dah lama aku tak buat perangai anak2 dara zaman 3gp ni iaitu bangun pada lewat tengah hari..aku persis perawan di zaman tok nenek aku masih anak dara..bangun pagi sebelum ayam berkokok nyaring..


Aku mengejutkan Safwan dan Asraf..mengingatkan mereka tentang masa..sesungguhnya masa itu emas..tapi aku tak pernah lagi dengar tentang perompak masa..bukankah masa itu berharga..kami bersiap2 seadanya dan keluar mencari sarapan di tengah2 keheningan pagi Sabtu di bandar Kluang..lagak burung keluar mencari cacing..lagak ikan keluar mencari alga..lagak ejen skim gores dan menang keluar mencari mangsa..kami singgah di stesen keretapi Kluang untuk bersarapan dengan suasana klasik kopitiam di situ..namun hampa kerana kedainya tutup..maka bergegas la para2 pria sekali lagi ke Kluang RailCoffee di tengah2 bandar untuk bersarap dan bergossip..tenang sungguh pagi itu..setenang air di kali..setenang tiang bendera di dataran merdeka..setenang ikan di supermarket..sapwan memesan telur separuh masak..hidangan klasik bagi org2 yang ingin menguatkan tenaga zahir dan batin..semangat kental perlu untuk berhadapan dengan tok kadi..


Selesai sarapan kami bergegas pulang ke hotel sambil berpimpinan tangan dan bersiul2 riang..kami mempersiapkan diri dengan persiapan sederhana..aku mencapai baju Melayu untuk diseterika..tiba2 aku terkena pendarahan otak yang kronik..aku tidak mampu berfikir dengan waras..mata menjadi kelabu..rambut2 berguguran..buih keluar dari mulut dengan banyaknya..aku cuba untuk menyeterika baju tetapi gagal..aku bagaikan sudah tak reti untuk menyeterika..kuberikan hantaran lintang kepada Asraf untuk menyambung tugasan itu..ternyata beliau seorang kawan yang baik..memahami isi hati seorang sahabat..menyeterika baju Melayu ku tanpa sedikit pun merungut..kecekapan beliau bagaikan sudah 10 tahun bekerja di kedai dobi..selesai saja Asraf menyeterika baju, aku terus pulih..dan menjalani kehidupan normal..


seorang kawan yang baik



mengenang nasib yang bakal berubah beberapa jam lagi


pendekar tempang berkaki besi dan pahlawan hitam bersepuh silver



muke nampak cool..hati di dalam siapa yang tahu


masih sempat utk touch up

Setibanya di perkarangan masjid, sedara mara sedang menunggu..ketibaan selebriti terkenal yang tak pernah masuk melodi ini disambut dengan hilai tawa dan kata2 semangat..maka berpusu2 la mereka ke gelanggang pertarungan yang jaraknya cume 3/4 rokok sampoerna yang dihisap secara sopan..di rumah pengantin perempuan bakal menyaksikan peristiwa yang menyatukan hati 2 insan..semua mengambil posisi masing2..posisi strategik bab menghendap musuh dari dalam semak..tok kadi sudah mula bermuka ketat akibat kelewatan yang tidak dirancang dari pihak pengantin lelaki..

Aku ditegur oleh pakcik pengantin perempuan..beliau menanyakan adakah aku ini adik pengantin lelaki atau bukan..sudah tentu tidak..masakan pria sekacak aku nak disamakan dengan pengantin..dan seorang lagi pakcik menambah lauk..mengeluarkan teori bahawa 2 orang yang rapat mempunyai penyakit di mana wajah akan berubah menjadi sama..karut sungguh teori pakcik tersebut..ijabkabul berjalan lancar..aku nyaris bertepuk tangan selesai je safwan melafazkan akadnye..ketika sesi pembacaan taklik safwan tersasul menyebut "Sekian la lafaz talak saya"..seraya mengundang cacian dari masyarakat..


sempat aku menghisap ganja di belakang pengantin


sekian lafaz talak saya

Selesai akad nikah, kami ke rumah hinggap untuk mempersiapkan pengantin dengan persalinan..dan juga untuk aku menyediakan duit tol agar dapat mengharungi tembok2 dengan lancar..pengalaman ku berdepan dengan keluarga pengantin dari Johor cukup menyesakkan dada dan melobangkan poket dengan lobang yang besar..perlu bersedia dan tegar untuk melanggar tembok manusia dengan kekuatan seratus buah kereta kebal buatan Russia..Kak Andam mengandam pengantin dengan cukup sederhana..mungkin tiada bedak yang mampu untuk mencerahkan kulit pengantin yang sedia 'cerah' itu..



baju sama hijau..kulit lain2

Paluan kompang mengiringi perarakan kami..dengan langkah sang pendekar kami melangkah..perlahan2 tapi kemas..menuju dengan seribu pengharapan..di tengah perjalanan ditahan pula oleh nenek kebayan yang petah berkata2 seraya meminta pengeras..pengeras yang membolehkan kami melepasi halangan dan menuju ke destinasi idaman..bagaikan catatan perjalanan sang perwira..aku menghunus payung hikmat..pantang berundur sebelum bertarung..melangkah ke depan dan penuh gaya aku menjual serangkap pantun..pantun yang turun entah dari mane..tiada langsung dalam perancangan diari hatiku..tergugup2 nenek itu..terketar2 bak pesakit parkinson lantas membuka jalan agar kami melangkah maju ke hadapan..di pintu rumah kami berhadapan dengan 1 lagi lapisan tol..oleh kerana pantun tak laku di situ, lantas aku menghulurkan duit tol dan segala2 nya berjalan lancar..pengantin pun melangkah ke pelaminan..


langkah penuh waspada


sang nenek yang tiada belas kasihannya

Selesai bersanding..acara yang paling aku tunggu iaitu makan biadap..habis kusental segala lauk pauk di atas meja..dek kelazatan tak terperi aku menjamah hidangan untuk 3 org..menjadikan kekuatan ular sawaku bertambah..selesai makan ke outdoor photoshoot..aku dah start malas nak tulis sbb teringat kekenyangan tempoh hari yang membuatkan aku berat dan kurang efektif..tgk gambar suda..


melantak semahunya


yin dan yang - hitam putih warna kehidupan


koboi Malaya pun nak posing gak


\
gamba klasik yang menjadi kontroversi

Selesai sudah acara photoshoot..setelah berpeluk cium dan bersalam2an, aku dan Asraf meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya - Gelang Patah untuk melawat seorang rakan yang menetap di sana..pelbagai aktiviti diaturkan seperti memancing dan bersiar2 di kota JB telah diatur dengan tidak rapi membuatkan aku sangsi akan keberkesanan aktiviti yang dirancang..malam itu kami dibawa ke restoran masakan Cina di Mutiara Rini dan buat pertama kalinya aku menikmati daging rusa membuatkan aku jatuh cinta pada keenakan dan kelembutan rasanya..terasa seperti ingin bercinta dengan seekor rusa namun ku tau itu adalah cinta terlarang..segala kepenatan  bagaikan terbang ditiup angin selaju 20knot apabila menikmati hidangan nan lazat itu..buat kali keduanya aku kecundang, tewas dek jumlah makanan yang banyak hinggakan aku tersandar lemah tidak bermaya..udang oat, rusa masak merah, ayam lada hitam dan sotong tepung berasak2 di dalam perutku..cuba untuk berkenalan antara satu sama lain

terbelit lidah menyebut name restoran ini


sang singa tak sabar2 untuk meratah makanan

Pemandu pelancong kemudiannya membawa kami ke tempat kerjanya di Puteri Harbour untuk menonton persembahan band akustika extravaganza..diiringi musik akustik yang menenangkan jiwa, tamparan angin Selat Tebrau dan susunan kapal2 mewah di dok itu membuatkan aku terasa seperti seorang putera raja yang baru pulang memburu sambil ditemani 2 org hulubalang yang tak tahu bersilat mahupun silambam..selesai aktiviti santai kami pun pulang ke rumah untuk berehat memandangkan esoknya ada perjalanan lain yang bakal ku tempuh..tibanya aku ke garisan permulaan, tanpa menunggu bunyi wisel ditiup, aku terus menghidupkan enjin twin turbo 200kuasa kuda padiku memecah keheningan ruang tamu meluncur membelah alam mimpi...Selamat malam dunia..Krohhh...Krohhhh..Kachinggggggg...

Lagu tema hari ini..


Come Together - The Beatles

Here come old flattop he come grooving up slowly
He got joo-joo eyeball he one holy roller
He got hair down to his knee
Got to be a joker he just do what he please

He wear no shoeshine he got toe-jam football
He got monkey finger he shoot coca-cola
He say "I know you, you know me"
One thing I can tell you is you got to be free
Come together right now over me

He bag production he got walrus gumboot
He got Ono sideboard he one spinal cracker
He got feet down below his knee
Hold you in his armchair you can feel his disease
Come together right now over me

He roller-coaster he got early warning
He got muddy water he one mojo filter
He say "One and one and one is three"
Got to be good-looking 'cause he's so hard to see
Come together right now over me 


notakaki : berapa kali daa nak jadi pengapit..bile pulak aku nak diapit nih

2 comments:

  1. HAHAHA..LAWAK LAWAK.

    penat aku baca cerita panjang lebar kau ni. but interesting.

    kau tu copek2 la kawen..muka dah tua.

    ReplyDelete
  2. aku pun penat nak menulis panjang lebar..sejurus lepas ko kawen aku terus kawen..haha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails