Monday, June 28, 2010

Bersalah Atau Tidak..?

Semalam I call u, u x answer..u kate u keluar pergi dinner..


Ok..serius..


Semalam aku pergi ke kenduri kahwin seorang sahabat lama..seorang sahabat yang sama2 mengharungi suka duka zaman kanak2..aku mengenali beliau seawal aku mengenal abjad A B C..alip ba ta..yat yee sam sek..1 2 3 4..siji loro telu papat..sama2 melihat pembangunan di sekeliling tempat jatuh dan tempat bermain..sama2 terjebak dalam permainan kanak2 yang amat melekakan..kini beliau dah besar dan berumahtangga..aku pun dah besar cuma belum sampai seru untuk berumahtangga..ah..bukan kisah rumahtangga yang hendak kuceritakan..


Mazidah ku meluncur laju membelah dedaunan dan pepokok yang mekar menghijau di sepanjang perjalanan..Puncak Alam yang terletak di tempat jin berpesta itu kurasakan begitu jauh..mungkin para2 jin di sepanjang perjalanan sengaja memanipulasi masa dan jarak agar perjalananku kelihatan begitu panjang..terasa seperti memandu ke russia..niat yang baik pasti mengundang halangan..ibarat spiderman dan dr octopus..superman dan lex luthor..batman dan joker..cicakman dan dr klon..sulaiman dan abangnya..


Perutku tidak tertahan lagi..sejak dari tadi memainkan irama opera hidupnya..meminta makanan untuk diisi..setelah berpuluh2 signboard dan garisan putih di atas jalan tiba lah aku ke rumah pengantin..suasana yang sungguh gilang gemilang..dan berita baik untuk perutku..x kusangka tempat yang sebegitu ceruk tok kun mengandungi manusia yang sekian ramai..


Sukar sungguh untuk mencari petak letak kereta, apetah lagi mat dadah yang menawarkan khidmat jockey tak bertauliah..ku pusing keliling, berlegar bak helang mencari mangsa agar dapat spot terbaik untuk memarkir cik mazidah yg veteran nih..kemudian mata helang ku berjaya menangkap tempat yang strategis..muat2 untuk cik mazidah berteduh..di bawah pohon ceri..


Gembira bukan kepalang pabila terbayang spagethi, makaroni bakar dan kambing panggang..eh..sungguh tak tipikal untuk sebuah kenduri kahwin..ku gostan mazidah selaju2nya..dengan penuh gaya seorang pelumba kuda longkang..


Kemudian dengan tak semena2..GEDEGANG..tekanan darahku naik mendadak..degupan jantungku selaju 3000rpm..sejuk jari jemari ku..mujur tak kelihatan kelibat Izrail..jika tidak pasti aku sudah pengsan dek ketakutan yang maha dahsat..dalam kadar 1 milisaat aku mampu berpikir untuk tenang..cuba untuk mengurangkan ketegangan akibat serangan panik yang mendadak..ini lah pertama kali aku terjebak dalam situasi melanggar..sebelum ni aku sering dilanggar..


Ku gerakkan kereta perlahan2 ke depan..ku pandang sekeliling ku..tiada saksi2 kejadian dalam radius 10 meter..ku jeling sejenak ke arah benda yang kulanggar itu..alangkah terkejut bukan kepalangnya lagi..sebuah Myvi berwarna hitam..yang segak di jalanan kini huduh rupanya..ibarat dibedil tentera rejim..aku berperang dengan diri sendiri..kemudian iblis yang semulajadi penyibuk tu mula membisikkan ayat2 manisnya..aku tewas dengan bisikannya yang amat meyakinkan itu..perlahan2 aku beredar dan mencari tempat kenderaan yang jauh dari hiruk pikuk kota agar aku tidak dilihat sebagai saspek utama yang menyebabkan kerosakan itu..kubelek2 Mazidah hanya kerosakan kecil iaitu bumper yang bocor sedikit..mujur kekuatan Mazidah menyamai kekuatan kereta perisai yang gagah perkasa..


Terus kutuju ke khemah kenduri untuk menyental segala lauk pauk yang ada..walaupun di dalam dada penuh dengan rasa resah dan gelisah..bimbang juga kalau2 pemilik Myvi itu mengamuk dengan keris..dan menikam dada ku semahunya berkat kecuaian yang tak boleh dimaafkan itu..ahh..ape pun perut mesti diisi dahulu..baru ada tenaga untuk bersilat..


Setelah kenyang baru aku dapat berfikir dengan waras..betapa kesiannya pemilik kereta yang tak bersalah, terpaksa menanggung kerugian akibat kecuaian orang lain..pasti berguni2 caci maki yang kuterima..klu x cukup guni, lori tanah pun boleh digunapakai untuk mengisi caci maki yang bertimbun2 itu..aku lalu ke tempat kejadian tadi untuk melihat situasi semasa yang berlaku namun kecewa melanda..kereta itu sudah tiada..pergi dibawa angin yang terkandung di dalam kepala pemilik kereta itu barangkali..


Perasaan bersalah mula menerpa..sesalan yang tiada gunanya..kuharap agar pemilik Myvi itu memaafkan kesalahan bodohku..aku mendoakan kesejahteraan beliau..kalau secara kebetulan yang dirancang beliau terbaca entri ini..silalah hubungiku agar aku dapat membayar ganti rugi dan menyelesaikan perkara ini di dunia..Shit happen..




sekadar gambar hiasan


Sehingga hari ni ku diselubungi rasa bersalah..terasa seperti ingin membuat kenduri doa selamat..Agak2 kalau situasi ni berlaku kepada anda..adakah anda akan berlalu pergi dengan wajah selamba ataupun menunggu di situ dengan wajah bersalah?


Lagu tema hari ini..







Bersalah Atau Tidak - Search

Hujan di tengah hari ini
Bagai memberi tanda
Berakhir sebuah cinta

Oh! retak yang telah terbelah
Tak perlu di ratapi
Usah disesali

Bersalah atau tidak
Bukan persoalan bukan sebab
Hanya perasaan yang telah terpadam
Bukan mudah selami
Jiwa yang angkuh
Cita cita yang mengelirukan diri
Mendustai hati

Walau apa terjadi
Roda hidup terus berputar
Menjadi teman kita
Menggilis kita (jiwa)



notakaki : terasa seperti bermain bumper car

4 comments:

  1. kepala otak kawwww..gamba hiasan cam haram

    ReplyDelete
  2. nyaris kereta tu tak jadi cmni..kalau x aku pengsan di tempat kejadian..haha

    ReplyDelete
  3. jadi kau lah yang langgar kereta aku????? &%$^&^^^^&*&(*&(**(***####

    eh myvi yer...bukan viva?
    ok salah org.

    bye!

    ReplyDelete
  4. ko btol2 nak kene langgar ke..nanti kite main langgar2 ek

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails