Wednesday, July 7, 2010

Tasik Banding : Episod Bangau Kecundang

Hari yang ditunggu2 telah tiba..berdebar2 jantungku..setelah sekian lama bersilat di pencak sendiri..kini tiba masanya menduga ketangkasan di pencak sebenar..Tasik Banding - syurga idaman bagi setiap kaki pancing..dan juga syurga bagi para2 ikan kerana mereka dapat berenang bebas tanpa gangguan pencemaran di kota..



Tasik Banding yang terletak nun jauh di utara negeri Perak merupakan sebuah tasik buatan yang terbentuk hasil daripada pembinaan empangan Stesen janakuasa Temenggor..empangan yang dibina pada tahun 1970 dan siap beroperasi pada tahun 1974 ini bertujuan menjanakuasa elektrik dan sebagai bekalan air bagi penduduk negeri Perak dan Pulau Pinang..keluasan yang menjangkau 152km persegi dan mengandungi 6050 juta meter padu air ini cukup untuk memandikan 2000 juta ekor gajah dalam sehari..terlebih cukup untuk kegunaan mencuci kereta mahu pun lori 16 tayar..jumlah air yang besar ini menenggelami sebahagian kawasan Lembah Belum yang kini dikenali sebagai Hutan Simpan belum atau Royal Belum..hutan yang bersempadan dengan Thailand ini berkeluasan 117, 500 hektar - sebuah keluasan yang cukup besar, cukup untuk membuatkan jambang2 anda tumbuh dengan mekar jika tersesat di dalamnya..hutan banat yang sangat tebal, menjadi sanktuari bagi binatang, pokok dan hantu raya..




Bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla (cerita perjalanan ke Tasik Banding)





Tiba ke destinasi yang dituju..demam ku terus hilang apabila menatap keindahan tasik buatan manusia ni..cintaku pada air begitu mendalam hinggakan kepanasan badanku yang sebelum ini mencecah takat telur separuh masak kini menjunam secara drastik..tenaga sekawan lembu ku kembali menerjah segenap ruang2 otot..tak sabar2 menanti ketibaan bot untuk membawa kami ke medan perang..gigil bulu roma ku bile terbayang belaian manja seekor toman yang pasti menjanjikan 1028 kepuasan..








pasukan pemancing beria




keindahan tasik menggamit untuk terjun




resaksa ini la yang membawa kami membelah Royal Belum




tengah2 hutan pun ade komuter



Boathouse ini bergerak agak perlahan..terasa seperti berlumba dengan siput,,namun kegagahannya tampak kelihatan..membelah air dengan angkuh menuju ke destinasi idaman..sungguh indah tempat ini..keindahan yang tak dpt diungkapkan dengan kata2..maka aku ungkapkan dengan gambar2 sahaja..perjalanan sejauh 2 jam begitu mengujakan..









seronok tak terperi




post tentera..perlu melaporkan diri sebelum meneroka Royal Belum




cuba memanggil ikan dengan panggilan manja




kadang2 aku yang mengemudi..abaikan kontur perutku yang pelik tu




aktiviti jelajah lubuk




menggedik di tengah hutan




di sini lah dipercayai sang toman bergurau senda dengan anaknya




lubuk ikan sombong




menjejak ikan menggunakan firasat




koboi pun pandai memancing




masih tak berputus asa




menerawang jauh ke dalam hutan




damai suasana




aksi asal titanic



Kesimpulannya kami bangau..kusangkakan aku hanya menjadi bangau di kolam2..rupa2nya di syurga pemancing pun ada kebarangkalian untuk menjadi bangau..kata2 orang tempatan bahawa keadaan air yang tak berapa baik dan bukan musim ikan mungkin ada kebenarannya..ataupun tekong tersebut belum bermesra dengan para2 ikan untuk mencapai kata sepakat atau memeterai perjanjian hubungan dua hala..atau mungkin juga sekarang ni musim dingin bagi para2 ikan di mana mereka berhibernasi di habitat mereka menunggu musim panas tiba..



Walaupun berjaya menjadi bangau, pemancing seperti aku memang tak kenal erti putus asa..jika tidak sudah pasti tidak wujud hobi memancing dan mungkin aku kini sedang mengumpul setem..aku tetap puas..puas kerana dapat lari dari kesibukan kota..puas kerana dapat menempuhi pengalaman baru menjejak ikan liar..aku pasti akan kembali untuk mencabar ikan2 di sini..kau tunggu je la ikan..lain kali kalau aku tak bawak pancing pun, aku bawak pistol, tembak sekor2..



Lagu tema hari ini..








You Shook Me All Night Long - ACDC



She was a fast machine
She kept her motor clean
She was the best damn woman that I ever seen
She had the sightless eyes
Telling me no lies
Knockin' me out with those American thighs
Taking more than her share
Had me fighting for air
She told me to come but I was already there

'Cause the walls start shaking
The earth was quaking
My mind was aching
And we were making it and you -

CHORUS:
Shook me all night long
Yeah you shook me all night long

Working double time
On the seduction line
She was one of a kind, she's just mine all mine
Wanted no applause
Just another course
Made a meal out of me and came back for more
Had to cool me down
To take another round
Now I'm back in the ring to take another swing

'Cause the walls were shaking
The earth was quaking
My mind was aching
And we were making it and you -

CHORUS

And knocked me out and then you
Shook me all night long
You had me shakin' and you
Shook me all night long
Yeah you shook me
Well you took me

[INSTRUMENTAL]

You really took me and you
Shook me all night long
Ooooh you
Shook me all night long
Yeah, yeah, you
Shook me all night long

Your really took me and you
Yeah you shook me, yeah you shook me
All night long



notakaki : aku dapat merasakan ikan2 dalam tasik tu tengah mengekek2 mentertawakanku

2 comments:

  1. hahaha.bab komuter tu mmg takleh blah.

    sian si bangau, baik g pancing kat petshop.

    ReplyDelete
  2. ko jangan..klu g petshop ngan tokei2 ngan pekerja semua aku rembat ngan batang pancing..huhu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails