Tuesday, June 29, 2010

Mansur Yang Comel Dan Hiperaktif

Sedang aku bersiar2 di internet aku terjumpa laman web fotopages yang pernah ku buat lama dahulu..laman ini didedikasi untuk binatang peliharaan yang kupuja..aneh bukan..seorang rokers seperti aku mempunyai haiwan peliharaan..so entri revisited ini didedikasi buat pemilik2 haiwan peliharaan yang sangat memuja haiwan kesayangan mereka itu..



masa remaja beliau




petang2 kubawa Mansur bersiar2 di padang



terkedu bila ditanya soalan IQ




sudah kupesan jangan terlalu berdiet




kuat bergaduh dak Mansur ni




beliau juga punya hati dan perasaan



frust bercinta, lantas mabuk



akibat derhaka, kusumpah menjadi batu








Akhirnya tertunai gak hajat nak ade album buat Mansur..kan Mansur?beliau dah lame suarakan bende ni pada majikannya..namun kerenah birokrasi melambatkan proses permohonan..di harap kepada anda2 sekalian sila lah jangan tanya kat mane nak dapat spesies cam Mansur ni sebab mmg takde jual kat mane2 kedai binatang peliharaan..so berbahagialah kalian di samping kucing2 tu..muehehehe..


Lagu tema hari ini









I Remember You - Skid Row



Woke up to the sound of pouring rain
The wind would whisper and I'd think of you
And all the tears you cried, that called my name
And when you needed me I came through

I paint a picture of the days gone by
When love went blind and you would make me see
I'd stare a lifetime into your eyes
So that I knew you were there for me
Time after time you were there for me

Remember yesterday - walking hand in hand
Love letters in the sand - I remember you
Through the sleepless nights and every endless day
I'd wanna hear you say - I remember you

We spend the summer with the top rolled down
Wished ever after would be like this
You said I love you babe, without a sound
I said I'd give my life for just one kiss
I'd live for your smile and die for your kiss

Remember yesterday - walking hand in hand
Love letters in the sand - I remember you
Through the sleepless nights and every endless day
I'd wanna hear you say - I remember you

We've had our share of hard times
But that's the price we paid
And through it all we kept the promise that we made
I swear you'll never be lonely

Woke up to the sound of pouring rain
Washed away a dream of you
But nothing else could ever take you away
'Cause you'll always be my dream come true
Oh my darling, I love you

Remember yesterday - walking hand in hand
Love letters in the sand - I remember you
Through the sleepless nights and every endless day
I'd wanna hear you say - I remember you

Remember yesterday - walking hand in hand
Love letters in the sand - I remember you
Through the sleepless nights and every endless day
I'd wanna hear you say - I remember you



notakaki : sayangilah binatang sebagaimana anda menyayangi binatang..

Monday, June 28, 2010

Bersalah Atau Tidak..?

Semalam I call u, u x answer..u kate u keluar pergi dinner..


Ok..serius..


Semalam aku pergi ke kenduri kahwin seorang sahabat lama..seorang sahabat yang sama2 mengharungi suka duka zaman kanak2..aku mengenali beliau seawal aku mengenal abjad A B C..alip ba ta..yat yee sam sek..1 2 3 4..siji loro telu papat..sama2 melihat pembangunan di sekeliling tempat jatuh dan tempat bermain..sama2 terjebak dalam permainan kanak2 yang amat melekakan..kini beliau dah besar dan berumahtangga..aku pun dah besar cuma belum sampai seru untuk berumahtangga..ah..bukan kisah rumahtangga yang hendak kuceritakan..


Mazidah ku meluncur laju membelah dedaunan dan pepokok yang mekar menghijau di sepanjang perjalanan..Puncak Alam yang terletak di tempat jin berpesta itu kurasakan begitu jauh..mungkin para2 jin di sepanjang perjalanan sengaja memanipulasi masa dan jarak agar perjalananku kelihatan begitu panjang..terasa seperti memandu ke russia..niat yang baik pasti mengundang halangan..ibarat spiderman dan dr octopus..superman dan lex luthor..batman dan joker..cicakman dan dr klon..sulaiman dan abangnya..


Perutku tidak tertahan lagi..sejak dari tadi memainkan irama opera hidupnya..meminta makanan untuk diisi..setelah berpuluh2 signboard dan garisan putih di atas jalan tiba lah aku ke rumah pengantin..suasana yang sungguh gilang gemilang..dan berita baik untuk perutku..x kusangka tempat yang sebegitu ceruk tok kun mengandungi manusia yang sekian ramai..


Sukar sungguh untuk mencari petak letak kereta, apetah lagi mat dadah yang menawarkan khidmat jockey tak bertauliah..ku pusing keliling, berlegar bak helang mencari mangsa agar dapat spot terbaik untuk memarkir cik mazidah yg veteran nih..kemudian mata helang ku berjaya menangkap tempat yang strategis..muat2 untuk cik mazidah berteduh..di bawah pohon ceri..


Gembira bukan kepalang pabila terbayang spagethi, makaroni bakar dan kambing panggang..eh..sungguh tak tipikal untuk sebuah kenduri kahwin..ku gostan mazidah selaju2nya..dengan penuh gaya seorang pelumba kuda longkang..


Kemudian dengan tak semena2..GEDEGANG..tekanan darahku naik mendadak..degupan jantungku selaju 3000rpm..sejuk jari jemari ku..mujur tak kelihatan kelibat Izrail..jika tidak pasti aku sudah pengsan dek ketakutan yang maha dahsat..dalam kadar 1 milisaat aku mampu berpikir untuk tenang..cuba untuk mengurangkan ketegangan akibat serangan panik yang mendadak..ini lah pertama kali aku terjebak dalam situasi melanggar..sebelum ni aku sering dilanggar..


Ku gerakkan kereta perlahan2 ke depan..ku pandang sekeliling ku..tiada saksi2 kejadian dalam radius 10 meter..ku jeling sejenak ke arah benda yang kulanggar itu..alangkah terkejut bukan kepalangnya lagi..sebuah Myvi berwarna hitam..yang segak di jalanan kini huduh rupanya..ibarat dibedil tentera rejim..aku berperang dengan diri sendiri..kemudian iblis yang semulajadi penyibuk tu mula membisikkan ayat2 manisnya..aku tewas dengan bisikannya yang amat meyakinkan itu..perlahan2 aku beredar dan mencari tempat kenderaan yang jauh dari hiruk pikuk kota agar aku tidak dilihat sebagai saspek utama yang menyebabkan kerosakan itu..kubelek2 Mazidah hanya kerosakan kecil iaitu bumper yang bocor sedikit..mujur kekuatan Mazidah menyamai kekuatan kereta perisai yang gagah perkasa..


Terus kutuju ke khemah kenduri untuk menyental segala lauk pauk yang ada..walaupun di dalam dada penuh dengan rasa resah dan gelisah..bimbang juga kalau2 pemilik Myvi itu mengamuk dengan keris..dan menikam dada ku semahunya berkat kecuaian yang tak boleh dimaafkan itu..ahh..ape pun perut mesti diisi dahulu..baru ada tenaga untuk bersilat..


Setelah kenyang baru aku dapat berfikir dengan waras..betapa kesiannya pemilik kereta yang tak bersalah, terpaksa menanggung kerugian akibat kecuaian orang lain..pasti berguni2 caci maki yang kuterima..klu x cukup guni, lori tanah pun boleh digunapakai untuk mengisi caci maki yang bertimbun2 itu..aku lalu ke tempat kejadian tadi untuk melihat situasi semasa yang berlaku namun kecewa melanda..kereta itu sudah tiada..pergi dibawa angin yang terkandung di dalam kepala pemilik kereta itu barangkali..


Perasaan bersalah mula menerpa..sesalan yang tiada gunanya..kuharap agar pemilik Myvi itu memaafkan kesalahan bodohku..aku mendoakan kesejahteraan beliau..kalau secara kebetulan yang dirancang beliau terbaca entri ini..silalah hubungiku agar aku dapat membayar ganti rugi dan menyelesaikan perkara ini di dunia..Shit happen..




sekadar gambar hiasan


Sehingga hari ni ku diselubungi rasa bersalah..terasa seperti ingin membuat kenduri doa selamat..Agak2 kalau situasi ni berlaku kepada anda..adakah anda akan berlalu pergi dengan wajah selamba ataupun menunggu di situ dengan wajah bersalah?


Lagu tema hari ini..







Bersalah Atau Tidak - Search

Hujan di tengah hari ini
Bagai memberi tanda
Berakhir sebuah cinta

Oh! retak yang telah terbelah
Tak perlu di ratapi
Usah disesali

Bersalah atau tidak
Bukan persoalan bukan sebab
Hanya perasaan yang telah terpadam
Bukan mudah selami
Jiwa yang angkuh
Cita cita yang mengelirukan diri
Mendustai hati

Walau apa terjadi
Roda hidup terus berputar
Menjadi teman kita
Menggilis kita (jiwa)



notakaki : terasa seperti bermain bumper car

Wednesday, June 23, 2010

Jumpa Roadblock?Sila Jangan Panik Melampau

Bayangkan anda sedang menunggang/memandu dengan penuh khusyuk dan tawadhu', diiringi nyanyian di radio dendangan Zaitun Sameon..sambil anda bersiul2 riang mengikut irama dan lagu..memandu dengan kelajuan pelari pecut dari Nigeria..tiba2 entah dari mana anda ternampak kelibat Polis@Bond@Bogon@Otek@Cop dari kejauhan sedang membuat sekatan jalan raya..pasti anda kaget..terasa seperti ingin menekan butang 'eject' agar kerusi anda meloncat keluar dan parachut pun terbukak..terasa ingin menekan brek sekuat hati sambil U-turn secara drift..terasa ingin menjadi seorang perdana menteri agar polis2 itu tak berani menahan anda..apetah lagi jika anda memang ada melakukan kesalahan..




Jangan panik dan jangan khuatir..di sini ade beberapa penyelesaian yang pasti atau setidak2nya memungkinkan anda dapat meloloskan diri dengan jayanya, walaupun jantung anda berdegup kencang ibarat dentuman gendang perarakan cina mati..


1. Nyalakan lampu dan buka semua tingkap
Jangan rasa segan untuk menyalakan lampu di dalam kokpit kenderaan anda..walaupun anda belum mandi lagi..walaupun muka serabai ya amat..walaupun muka anda persis peragut yang baru pulang meragut rumput..tujuannya agar polis dapat mengecam muka anda dan sebagai signal dari anda yang mengatakan "Saya Tak Sorok Mayat Pun Kat Sini"


2. Buat muka sweet
Sila buat muka sweet dan peramah..jangan sesekali bermuka bengis ibarat orang yang kehilangan Dunhill 20 yg baru dibeli..tak ada salahnya untuk jadi ramah..kalau boleh ajak polis tersebut berbual tentang situasi di balai dan juga tentang perangai Inspektornya yang menjengkelkan..untuk gadis2 cantik..kalau boleh kenyitkan mata dan bagi no telefon..cukuplah sekadar menipu dengan memberi no telefon operator Maxis anda


3. Pelajari dialek@loghat tempatan
Pelajari semua dialek@loghat tempatan di seluruh Malaysia..pastikan anggota polis tu memulakan perbualan dahulu..jika anda dapat menangkap bunyi sesuatu dialek yang diucapkan, sila gunakan dialek tersebut..sesungguhnya anggota polis yang merantau cenderung untuk tidak menahan orang kampungnya sendiri kerana takut orang yang ditahan itu merupakan abang@adik@abah@mak@pakcik@makcik gilprennya di kampung


4. Keyakinan diri yang tinggi
Lesen atau roadtax anda mati?..sila jangan risau..serahkan je lesen atau roadtax tu kepada anggota polis jika diminta dengan yakin sambil buat muka orang yang baru menang nombor ekor..jika anggota polis tersebut menegur dengan mengatakan roadtax atau lesen anda mati, pura2 terkejut dengan berita kematian tersebut dan menangis lah semahunya seolah2 orang yang anda sayangi telah meninggal dunia


5. Buat gaya orang bisu dan pekak
Jika polis menegur anda, buatlah gaya orang yang bisu dan pekak yang tidak paham sepatah haram apa yang anggota polis tu cakap melainkan beliau berbicara dalam bahasa isyarat..lama kelamaan polis itu pasti menyampah kerana kesukaran berkomunikasi dan melepaskan anda pergi begitu sahaja


6. Pura2 sawan atau terkena histeria
Cara ini agak ekstrem..sejurus anda berhenti di sebelah anggota polis tersebut, jeritlah sekuat hati dan sebut nama Idrus dengan cara yang paling menyeramkan..kalau boleh keluarkan buih2 dari mulut anda dan renung tepat ke mata anggota polis tersebut..nescaya anggota polis tersebut tak berani nak mintak lesen anda


7. Pakai helmet yang super buruk
Bagi penunggang motosikal, x perlu la anda memakai helmet yang ada stiker apache sereng..stiker bennetton..stiker yang tertulis "aku seorang rempit sejati"..tapi pakai la helmet yang paling buruk yang anda boleh pakai..kalau boleh helmet apek tua yang biasa dijumpai di pasar2 atau helmet indon yang baru pulang berkebun..silap hemat polis buat2 tak nampak dengan anda dan dapat melalui roadblock tanpa apa2 halangan



helmet begini yang paling afdal


Selamat mencuba..


Lagu tema hari ini..





Saman - Poe

Saya nampak tu

* A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Tolong

** A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Sape kawan

Saya minta tolong pada datuk
Jangan saman
Saya ada perjumpaan
Dengan persatuan
Surat saman macam ini
Saya ada lapan
Termasuk yang ini wahai datuk
Sudah sembilan
Tolonglah datuk (tolong datuk)
Tolonglah jangan saman (jangan saman)

(Encik dengar sini, hey)
Mana boleh tidak saman
Pandu kereta tak reti perlahan
Orang lain pun guna jalan
Mereka ikut peraturan
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

Ulang * dan **

Saya janji pada datuk
Sumpah saya tak buat lagi tuk (betul ke)
Pandu kereta laju laju
Takut langgar tembok
Saya tak tipu
Saya cakap betul
Saya janji pada datuk
Betul betul punya janji
Saya tak buat lagi
Tolonglah datuk (tolong datuk)
Tolonglah jangan saman (jangan saman)

(Dengar sini, hey)
Lapan saman tidak bayar
Janji awak saya tak percaya
Tandatangani kertas ini
Awak tidak akan lepas lagi
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Tolong la tuk

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Ape kawan

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan

(Dialog)

Mana boleh tidak saman
Pandu kereta tak reti perlahan
Orang lain pun guna jalan
Mereka ikut peraturan
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Pergi bayar saman

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Tidak kira kawan

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Jangan awak lalai

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Nanti tidur balai…



notakaki : kalau kena saman jugak memang muka anda suwey..haha

Tuesday, June 22, 2010

7 Perkara Tentang Daku

Masih lagi berhutang tag..disebabkan aku ni bukan la jenis suka mengumpul hutang ibarat mengumpul setem, aku cube menyelesaikan instalment secepat mungkin..agar aku bebas dari keresahan dek hutang2 yang tergantung..topik pada hari ini ialah 7 perkara yang engkau patut tahu tentang aku..


1) Tak Hensem
Tak payah la korang nak bodek2 aku kate aku hensem ke ape..padahal aku dah lame sedar muke aku mmg buruk..tahap beruk tgk pun menyampah sebab ade orang lagi buruk dari die..keburukan aku ni bagaikan 1 dosa sehinggakan jika aku melintas jalan pasti berlaku kemalangan jiwa di jalan raya itu


2) Gemok
Aku seorang yang sangat gemok..klu naik kereta orang lain dah x bole naik..kompem roboh kereta tu..berat aku sama dengan berat sebuah lif..kalau aku pergi ke bangunan yang tinggi mmg aku kene panjat tangga la..sebab lif x muat kalau aku masuk


3) Seorang yang garang dan tak kelakar langsung
Berani la kalau orang nak buat kelakar ngan aku..memang aku tikam je..kalau sengih pun tak boleh..aku memang garang..kalau berjalan di kaki lima..radius 10 meter dari aku mesti takde orang..kalau ade orang masuk radius tu sama ada beliau kene pijak atau pun kene tumbuk secara bertubi2..dan aku tak suke senyum..watak antagonis macam aku ni memang tak sesuai untuk senyum..atau pun urat senyum aku dah putus sebenarnya


4) Backstabber
Aku suka tikam orang dari belakang..sebab kalau aku tikam dari depan, kompem orang tu sempat nak elak atau melawan..seronok rasanya tikam orang ni..pastu tengok kejatuhan dia..memang memberikan aku satu nikmat dan kepuasan yang tak dinafikan lagi


5) Kera sumbang
Aku tak suka berkawan..bagi aku kawan2 ni nak kikis harta aku je walaupun harta aku x banyak mana..dorang ni menyusahkan..melambatkan perjalanan aku..kalau aku ade kawan mmg aku sepak2 je


6) Panas baran
Kau belum tengok lagi kalau aku marah mcm mana..ko boleh nampak asap berkepul2 keluar dari telinga aku..mmg aku banyak pantang larang..pantang aku tengok orang mata berkedip..memang terus je aku tumbuk kat telinga dia..pantang aku tengok orang menguap, memang aku terus sumbat bola tenis banyak2 dalam mulut dia..biar beliau merasakan kepanasbaranan aku


7) Tak suka hormat orang tua
Nak buat apa hormat orang tua..dah la tua, jalan terbongkok2..sekali aku smack down memang berderai tulang temulang die...patut diorang la kene hormat kat aku..lintas depan aku je kene bagi tabik hormat dlu..walaupun ade osteoporosis..still kene berdiri tegak dan hentak kaki..x payah nak sibuk2 manjakan orang tua ni


Sekian cerita tipu dari aku..dah lame aku nak belaja menipu ni tapi x pernahnye menjadi..aku ade gak pegi MPH cari buku LIE for Dummies tapi x penahnye jumpe..sape2 yang pandai menipu dan nak buat kursus cara2 menipu dengan efektif, sila hubungi saya dengan kadar mi segera..




Lagu tema hari ini..







Middle of Nowhere - Hot Hot Heat


Don’t get mad
If I’m laughing
Blame the caffeine
For all the 5am phone calls

I haven’t slept a single night in over a month
Not even once did you start to make sense to me
Well maybe I’m a little bit slow
I’m just consistently inconsistent
She said unpredictability’s my responsibility baby

But you’re waiting at the door
Where everybody’s hanging out just like they hung out before
You didn’t have to do it but you did it to say
That you didn’t have to do it but you would anyway

To give you something to go on
When I go off
Back to the middle of no where (x2)

They chewed me up
And then they spit me out
And I’m not supposed to let it bother me

But maybe I’m a little bit weak
I let my frailty take the wheel
She said maybe there’s a bit of me
Waiting for a bit of you baby

But you’re waiting at the door
Where everybody’s hanging out just like they hung out before
You didn’t have to do it but you did it to say
That you didn’t have to do it but you would anyway

To give you something to go on
When I go off
Back to the middle of no where (x2)

(((Guitar Break)))

But you’re waiting at the door
Where everybody’s hanging out just like they hung out before
You didn’t have to do it but you did it to say
That you didn’t have to do it but you would anyway

To give you something to go on
When I go off
Back to the middle of no where (x2)

To give you something to go on
To go on

Back to the middle of no where





notakaki : siakap senohong gelama ikan duri, bercakap la bohong nanti dengan kau2 aku taji..

Monday, June 21, 2010

T.A.G Bunyinya Tag Ye Anak2 Sekalian..

A)People who have been tagged must write their answers in their blog.
B) Tag 6 people to do this quiz.
C) Continue this game by tagging 6 other people



Aku telah menerima tag dari seorang rakan seblog yang jaraknya berblog2 jauh dariku..ku keliru dengan apa yang cuba disampaikan namun setelah bermeditasi selama beberapa ketika di celahan pepohon ceri barulah aku mengerti..sesiapa yang di tag oleh tuan empunya blog haruslah menjalani apa yang di tag kan itu..adekah anda faham?..kalau tak faham sila lah buat2 faham kerana aku sedikit pun tak cuba nak faham ape yang aku cuba sampaikan ini..


Jadinya aku cuma menurut arahan yang diperturunkan kepadaku..sebegitu khusyuk aku membaca bagaikan membaca manual cara2 membaiki helikopter..rupa2nya sebuah survey yang perlu dijawab..masihku teringat survey2 seperti ini selalu ku buat ketika zaman friendster dahulu..ketika aku masih naif tentang dunia luar..masih cuba untuk memahami kenapakah perempuan selalunya bersikap aneh..demi untuk tidak menjemput sawang semawang bertandang ke blog ku ini..kupersembahkan survey yang ntahape2 ni..


my tagged 6::
Teri Shahairri
Nonoi
Amir Hamzah
Ashyqin
dan mereka-mereka yg suke memanfaatkan masa dengan benda yang kurang faedahnya.

1.What have you been doing recently?
How recent?



2.Do you ever turn your cell phone off?
My cell phone always turn me off..hahaha


3.What happened at 10am today?
Banyak benda berlaku..ingat aku ni pemberita ke nak laporkan satu persatu


4.When did you last cry?
Mase aku potong bawang tempoh hari


5.Believe in fate/destiny?
Ko suruh pilih ke ape ni?Tensen x bile soalan dibalas dengan soalan?


6.What do you want in your life now?
I want 9 life more..masuk coin tekan butang continue sebanyak 9 kali


7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
tutup ngan tapak tangan je sebab tangan aku besar khemah taliban


8.What's your favourite thing to do on the bed?
aku suka uji tahap keanjalan spring di tilam tersebut


9.What bottoms are you wearing now?
bottom fit


10.What's the nicest things in your inbox

Duit ko dah masuk sejuta (sekali mimpi daa)


11.Do you tend to make the relationship complicated?
I tend to make the relation ship sail smoothly so that i can fish without any distraction..


12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
boxer aku..aku pinjam encik Renoma punya..hehe


13.What was the last movie you caught?
Shrek..


14.What are you proud of?
aku bangga dengan lemak ku yg banyak



15.What does the oldest text msg in your inbox say?
Awak sudi ke nak terima cinta saya<---msg dari Lisa Surihani


16.What was the last song you sang out loud?
lagu Negaraku versi remix dangdutpop


17.Do you have any nicknames?
I have many..


18.What does the newest text say and from who?
Awak sudi ke nak terima cinta saya<---msg dari Maya Karin


19.What time did you go to bed last night?
Aku tak pegi bed pun lagi..terus masuk opis..mate sedang membengkak nih


20.Are you currently happy?
I currently terkena current


21.Who gives you the best advise?

Pengalaman hidupku..

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
aku makan whipped cream macam makan nasik


23.Who did you talk on the phone last night?
Maya Karin..aku menolak cintanya


24.Is something bugging you now?
yes..some bug keep bugging me


25.Who was the last person to make you laugh?
Diriku sendiri



pueh ati ko Acik?haha




Lagu tema hari ini..







I Will Not Survive - Project Pop


Kusuka lagu I Will Survive
apalagi ketika ku hidup without you by myself
after so many nights dengerin i will survive song
i think i’m wrong, please come back dong

Kau datang from the outer space
dengan baju astronot kau membuatku impress
you have that stupid look and i look stupid too
kita cocok, kita cocok

Tapi kau pergi walk out the door
tinggalkan diriku yg sedang belajar ngebor
gak permisi gak bilang yuk dada yuk byebye
ku jadi crumble kehilangan stumble

reff: Yes i know, i will not survive
tanpa dirimu di sisiku i won’t stay light
and i don’t have a lot to live, a lot to give
i will not survive, i will not survive

Yeah, yeah
kumencoba tuk bertahan
menghibur diriku dng banyak\” makan
i spend so many nights di berbagai restauran
tapi ternyata tidak mempan

If you see me with nobody new
cause i’m not little person
still in love with you, you know
sudah ku mencoba mencari penggantimu
tapi tak ada yg berminat

repeat reff

If you see with nobody new
cause i’m not little person
still in love with you, you know
sudah ku mencoba mencari penggantimu
tapi tak ada yg berminat

repeat ref


notakaki : pedih mata bole gosok..kalau hati yg pedih?

Friday, June 11, 2010

Hari Bujang Sedunia

Tarikh : 6th june 2010
Hari : Ahad yang kene bangun pagi
Masa : Asik2 pagi
Cuaca : Panas mcm teh o panas



Tidurku di Yayasan Saiyed Alham dikejutkan oleh bunyi ketukan pintu..siapakah gerangan yang biadap mengganggu tidur sang putera ni..xtau ke aku ni watak protagonis yang garang..yang mampu mematahkan tulang ikan pari masak pedas dengan sekali gigitan..terdengar suara di luar memanggil Amma!Amma!..demn..dah la tdo rumah org..ade pulak org ketuk pintu..aku berjaya mempraktikkan skill buat bodoh aku dengan jayanya..ketukan pintu itu menggantikan deringan alarm yang sepatutnya mengejutkan tidur nyenyakku..setelah ketukan itu berhenti lantas aku bangun dan mempersiapkan diri untuk perjalanan seterusnya..


Aku, Asraf dan Saiyed Alham keluar bersarapan..dan aku pun bercerita kepada Saiyed Alham tentang kejadian yang berlaku pagi tadi..beliau menerangkan itu cuma keling mabuk todi yang selalu merayap di pagi hari..harmoni sungguh kawasan perumahan di Gelang Patah ni..padat dengan aksi2 dan suka duka kehidupan keluarga..setelah menyumbat perutku dengan kalori secukupnya, Saiyed Alham menghantar aku dan Asraf ke hentian bas untuk ke destinasi berikutnya..Temasik atau nama timangannya Singapura..


Berbekalkan 40 Singapore Dollar dan secebis semangat nan kental kami menaiki bas menuju ke Jurong..tiada apa2 persiapan dibuat..hanya berbekalkan air liur dan tapak kaki yang tebal kami ingin menakluk kota singa itu..kali terakhir aku menjejakkan kaki ke sini 2 tahun lepas..ekspedisi solo itu cuma berbekalkan 20 dollar..


Menjejakkan kaki ke kota singa ini membuatkan aku berasa sedikit pelik..takde pun salji..orang kata kat negara orang ade salji..sekali lagi aku hampa..


Jurong East sungguh padat dengan manusia yang berbilang kaum..aku tidak mampu untuk mengenalpasti identiti bangsa manusia2 itu..sungguh muhibah..pemandangan serupa ini hanya boleh didapati di Jalan Silang Kuala Lumpur pada hari Ahad..mungkin mereka pun begitu..menyangkakan kami berdua pelancong dari Eropah walaupun kulit ku sedikit tanned..dari Jurong kami terus ke Harbourfront..untuk ke Pulau Sentosa yang tak berapa nak sentosa itu..




lagak pelancong Nepal


Kami berpeleseran di Vivocity..ramai sungguh warga seberang di situ..ketika bertanyakan arah, org yang kusangka Melayu rupa2nya bukan..susah nak cari orang Melayu kat sini rupanya..kami sempat bergambar di spot2 cantik..walaupun matahari terik memancarkan sinarnya..peluh yang membasahi tubuh ibarat pelari pecut 400meter olimpik, masih belum mampu melunturkan semangat kami..di tanah air aku sibuk mengutuk mat2 bangla yang bergambar di dataran merdeka ketika tengah hari buta..dan kini sendiri mau ingat la..sapa rasa pedas, dia la yang makan cili..




biar panas asal bergaya






berlatarbelakang pulau sentosa






membangla di tempat orang






cuba untuk merompak sang predator




Setelah beberapa jam menapak kaki besiku mula menunjukkan tanda2 ingin bermanja..terima kasih kepada Asraf kerana memberikan idea bijak beliau untuk menjejakkan kaki ke kasino..maka aku terpaksa memakai kasut kulit berwarna hitam untuk berjalan jauh..ditambah pula dengan berat idealku yang menyamai berat sebuah tayar lori ikan..kugagahi jua dengan harapan agar skru2 dan besi2 di dalam kaki tidak tercabut semasa berjalan..


Destinasi berikutnya - Clarke Quay, tempat di mana The Hooters berada..dek teruja dengan gambar Safwan ketika beliau di sini..aku cube untuk 'menikmati' pemandangan di situ..deretan kedai di sepanjang sungai yang bersih memukau mata mempesona..aku terbayang sungai di tanah air sendiri..Sungai Klang berpotensi untuk menjadi tarikan pelancong jika dipulihara sedemikian rupa..kelihatan bot kecil yang merayau mengutip sampah di sungai itu..jika di Sungai Klang, pasti memerlukan sebuah kapal untuk mengutip sampah dek kapasiti sisa buangan yang terkandung melampaui tahap tempat pelupusan sampah..






Asraf cuba untuk menggelapkan kulitnya sepertiku






petani yang baru pulang membanting padi






nepal yang keletihan






mencari sesuap 2 nasik





Langkah diteruskan menuju ke One Fullerton..teringat zaman muda2 dan bertenaga dulu..setakat KLCC-Sg Wang-Sogo-Kotaraya tu boleh diakses dengan berjalan kaki saja..kini stamina sudah berkurangan..mungkin akibat kurang senaman atau terlebih MSG dalam makanan membuatkan jarak 2 Meter umpama 2 setengah batu..





panas2 ni klu dpt terjun dalam air kan best





Tenaga sekawan lembuku dah tinggal separuh..kugagah jua menuju ke Bugis Street untuk membeli cenderahati buat org tersayang..tiba masa untuk pulang ke tanah air..rasa x puas berjalan..dek kekangan masa dan mengenangkan esoknya aku bekerja, terpaksa jua melangkah pulang..jika syarikat abah aku nescaya aku berada di sini barang sebulan 2, menyelami kehidupan masyarakat di sini..



Tiba di Gelang Patah kepulangan disambut oleh Saiyed Alham..bergegas kami ke rumah dan bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur - kota yang menjanjikan 1001 tipudaya..Rahizal menelefonku dan ingin membelanjaku dinner sebelum pulang..sekali lagi kurepeat di restoran masakan Cina kerana terliur dek kehangatan daging rusa yang membelai2 tekakku..


Tepat pukul 10.30 malam, aku dan Asraf meluncur laju ke Kuala Lumpur..singgah sebentar di Ayer Keroh untuk bertemu pacar Asraf dan mereka pun memadu kasih di tasik madu..aku rase sungguh best kerana ada driver seperti Asraf..aku berbual dengannya beberapa ketika sebelum pandanganku kabur dan mimpi2 indah menjelma..sekali lagi turboku berbunyi memecah keheningan malam..krohh..krohh..Kachinggg


Tiba di destinasi terakhir, Asraf mengejutku..rase mcm baru je terlena selama 2 saat..kupaksa beliau patah balik ke JB agar aku dapat tidur dengan lebih panjang..aku akur dengan realiti apabila ditumbuk secara bertubi2 oleh Asraf..dan aku pun pulang dengan keletihan dan kepuasan..hujung minggu yang padat dengan aksi dan nilai2 moral..kuhamburkan semuanya ke bantal pelukku yang wangi itu..


Lagu tema hari ini







Di Tengah Kota - Alleycats


Penat Berjalan Di Tengah Kota
Mencari Teman Bukannya Mudah
Kalau Tak Tahu Cara Bertanya
Kau Akan Tenggelam

Dibawa Arus Kesibukan Kota
Yang Tiada Henti Dari Perubahan
Hidup ini Penuh Cabaran
Moga Dapat Bertahan

Solo

Kita Manusia Tiada Berkuasa
Untuk Menghalang Dunia Berputar
Hanya Usaha Untuk Sejahtera
Kita Harus Mencuba

Korus
Memang Sengsara Jika Hidup Sendi
ri
Bagaikan Hidup Tanpa Matahari
Oleh Dari itu Jangan Keterlaluan
Pentingkan Di
ri Sendiri Nanti Kau Dipulaukan



notakaki : kaki ni dah nak kene servis..
Related Posts with Thumbnails