hari ini sangat biasa..
bangun lambat - biasa
pagi2 dah kelam kabut - biasa
tak baca doa bangun tido - biasa
masuk opis lambat pastu buat muka seposen - biasa
bukak facebook dlu mendahului benda2 lain - biasa
malas2 - biasa
menangguhkan kerja - biasa
makan tengah hari yang banyak - biasa
mengantuk di waktu bekerja - biasa
balik tepat pada waktu - biasa
hisap rokok - biasa
tido lambat - biasa
mudah untuk menjadi manusia biasa..mudah juga untuk menjadi manusia luar biasa?..mudah ke?..BENAR
luar biasa - sesuatu yang di luar kebiasaan
untuk menjadi manusia luar biasa anda hanya perlu melakukan perkara yang di luar kebiasaan
tak perlu berenang ke bulan untuk menjadi manusia luar biasa
tak perlu berbual dengan zirafah untuk menjadi manusia luar biasa
tak perlu pandai kalkulus untuk menjadi manusia luar biasa
tak perlu menganyam ketupat menggunakan lutut untuk menjadi luar biasa
tak perlu..
cukup sekadar melakukan perkara di luar kebiasaan kita sehari2
bangun awal - luar biasa
pagi2 tenang - luar biasa
baca doa bangun tido - luar biasa
masuk opis awal dan buat muka seringgit - luar biasa
terus siapkan report - luar biasa
rajin2 - luar biasa
kerja dilakukan ketika itu juga - luar biasa
makan tengahari yang sikit - luar biasa
balik 1 minit lepas tamat waktu bekerja - luar biasa
hisap bende lain (ehem2) - luar biasa
*ehem2 adalah sejenis lolipop
tido awal - luar biasa
semua orang berpotensi menjadi luar biasa..
namun aku memilih untuk menjadi orang biasa..
kerana biasanya aku begini..
(dah macam ceramah mlm je)
lagu tema hari ini : Hidup Sederhana (Basikal Tua) -tribute to Sudirman
Sudirman - Hidup Sederhana (Basikal Tua)
Riang hatiku badan bertuah
Punya teman yang comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
Menemani ku setiap masa
Aku hidup serba sederhana
Tiada harta tiada rupa
Hanya yang ada budi bahasa
Harta sekadar basikal tua
Orang biasa basikal tua
Orang biasa basikal tua
Walau kemana ia meminta
Kubawa dengan hati yang bangga
Senang melihat ia ketawa
Duduk di palang basikal tua
Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa
Biar pun hidup aku begini
Berbasikal setiap hari
Namun hatiku riang selalu
Tiada hutang datang mengganggu
Angan-angan ku disuatu masa
Basikal kan ku tukar kereta
Tapi kekasihku tidak setuju
Mungkinkah dia rasa cemburu
Orang biasa basikal tua
Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa
notakaki : lebih baik menjadi orang biasa yang melakukan perkara luar biasa daripada menjadi orang luar biasa yang melakukan perkara biasa
Monday, August 31, 2009
Seekor ikan ibarat setitis peluh nelayan..
Tarikh : 30 Ogostos 2009
Lokasi : Pulau Indah
Cuaca : Hangat2 suam kuku
Mood : Ceria
Semalam aku bosan..urusan yang nak disetelkan tak dpt disempurnakan maka aku mencari aktiviti lain untuk membuang masa sementara menunggu waktu berbuka..rupa Rahizal terngiang2 di fikiranku lantas aku menaliponnya dan menjemputnye pergi memancing..bukan nak mancing sgt pun cume nak test joran yang baru ku beli..bukan joran baru..cuma baru beli je..
Niat nak mancing kolam je..muka aku mmg muke kolam pun..setibanya di rumah Rahizal beliau yang masih berkemban dengan tuala biru separuh lusuh itu segera meracunku agar pergi ke Pulau Indah..di sana terdapat kelong yang indah dan berpotensi tinggi..sudah menjadi kebiasaannya aku mudah makan racun..nasib baik kawan2 aku masih sayang kat aku..kalau tak dah lama mereka memberiku racun tikus..
Setelah menghubungi seorang kaki pancing tegar yang bernama Din Iqbal kami terus bersiap sambil menanti kehadirannya..bagi beliau perjalanan dari Ampang - Kota Kemuning tu umpama perjalanan dari rumah ke kedai mamak sahaja (jika memancing jadi tujuannya)..persiapan kami suku rapi sahaja..biasalah..perancangan minit terakhir..sama juga dengan persiapan ketika menghadapi final exam ketika student dulu..
Din sampai..kami teruskan perjalanan ke Pulau Indah dengan seratus harapan (seribu banyak sangat kot)..tapi harapan yang paling nyata nak dapat ikan besar..kalau boleh besar rumah..kalau boleh besar rumah pangsa..kalau boleh rumah pangsa 17 tingkat..kalau boleh lagi rumah pangsa PPRT..(kalau nak cerita pasal kalau..lembu pun boleh pandai main gitar)..
Setibanya kami ke jeti setelah menempuh perjalanan yang rally, kami memunggah peralatan dan perkakasan menuju ke bot yang menunggu..kos murah je..trip suka suka jalan jalan..berbekalkan umpun2 kami ke kelong dengan harapan mendapat siakap sekurang2nya (tak dapat jekkk)..
Jam menunjukkan pukul 6:40 petang..dah tiba waktu pulang..Rahizal cuba menghubungi pemandu bot namun gagal..adakah kami akan berbuka di atas kelong?..tak sanggup rasanya nak berbuka dengan mengorek hidung sahaja..demn..mana pulak pergi abang bot nih..takkan la beliau pergi pasar ramadhan walhal beliau tak puasa pun..pukul 7.10 petang baru beliau datang mengambil kami..kami berbuka dengan air kotak soya dan dunhill sebatang..
Malam menjelma..
Rahizal ingin belanja makan seafood..kami bergegas ke sebuah restoran yang tersohor situ..terletak betul2 di tepi lebuhraya menuju Pulau Indah..restoran yang dibina bersebelahan jeti nelayan memberi impresi bahawa ikan2nya sudah tentu fresh..hampa menyelubungi bile tokei restoran tu kata tukang masak beliau tak mampu nak menampung pesanan yang begitu banyak..beliau suruh kami datang semula pukul 8 mlm..kami pasrah
Duduk2 di kereta menunggu pukul 8 mlm..serangan bertubi2 pasukan nyamuk berani mati membuatkan darah pahlawan kami mendidih..Din dengan inovasinya membuat unggun api di tepi kereta..nyamuk2 tersebut bertempiaran bagai syaitan bertempiaran lari pabila azan dilaungkan..
Tiba2 datang idea bodoh yang bermanfaat untuk mengisi masa lapang..aku membuka bonet kereta dan mengambil seekor ikan gelama dan mencucuk nya dengan kayu..kupanggang ikan itu di atas unggun api..Rahizal dan Din memandang sinis..mereka suruh aku menghabiskan ikan tersebut..walaupun sedikit hangus namun kelazatan dan kesegarannye masih terasa..nyum2

lokasi kelong dilihat dari jeti
pemandu bot mencium ketiak beliau tanpa rasa bersalah
Sampai di kelong kami terus mempersiapkan diri untuk menghadapi serangan ikan ke mata kail..umpan dilempar penuh rakus..pada ikan2 kami laungkan "no mercy"..Rahizal membuka tirai pertarungan dengan berjaya mendaratkan gelama seberat 20gram rasa2nya..aku dan Din memerhatikan dengan penuh jaki..Din pula berjaya mendaratkan gelama seberat 25gram pula (aku rasa lagi)..kini tinggal aku seorang yang jaki..mungkin ilmu memujuk ikan belum habis ku khatam..penantian berakhir..berjaya juga aku menawan gelama tersebut..kini gelaran Raja Talapia telah berjaya dipecahkan..kulihat Din dan Rahizal sungguh rancak menaikkan gelama pisang kebanggaan mereka..sepanjang pemancingan kami lebih kurang 30 ekor gelama berjaya dinaikkan..semuanya besar2 2 jari aku..tapi dapat juga seekor senangin untuk dibanggakan..itu pun besarnya 3 jari aku..tak lupa juga pada buntal dan belukang..2 sekawan yang tak kenal erti caci maki..
Jam menunjukkan pukul 6:40 petang..dah tiba waktu pulang..Rahizal cuba menghubungi pemandu bot namun gagal..adakah kami akan berbuka di atas kelong?..tak sanggup rasanya nak berbuka dengan mengorek hidung sahaja..demn..mana pulak pergi abang bot nih..takkan la beliau pergi pasar ramadhan walhal beliau tak puasa pun..pukul 7.10 petang baru beliau datang mengambil kami..kami berbuka dengan air kotak soya dan dunhill sebatang..
Malam menjelma..
Rahizal ingin belanja makan seafood..kami bergegas ke sebuah restoran yang tersohor situ..terletak betul2 di tepi lebuhraya menuju Pulau Indah..restoran yang dibina bersebelahan jeti nelayan memberi impresi bahawa ikan2nya sudah tentu fresh..hampa menyelubungi bile tokei restoran tu kata tukang masak beliau tak mampu nak menampung pesanan yang begitu banyak..beliau suruh kami datang semula pukul 8 mlm..kami pasrah
Duduk2 di kereta menunggu pukul 8 mlm..serangan bertubi2 pasukan nyamuk berani mati membuatkan darah pahlawan kami mendidih..Din dengan inovasinya membuat unggun api di tepi kereta..nyamuk2 tersebut bertempiaran bagai syaitan bertempiaran lari pabila azan dilaungkan..
Tiba2 datang idea bodoh yang bermanfaat untuk mengisi masa lapang..aku membuka bonet kereta dan mengambil seekor ikan gelama dan mencucuk nya dengan kayu..kupanggang ikan itu di atas unggun api..Rahizal dan Din memandang sinis..mereka suruh aku menghabiskan ikan tersebut..walaupun sedikit hangus namun kelazatan dan kesegarannye masih terasa..nyum2
aktiviti membuang masa dengan berfaedah
lazat bukan?
lazat bukan?
Pukul 8 mlm..kami kembali ke restoran tersebut..Rahizal memesan ikan gruk gruk (tak tau ejaannye)..hodoh sungguh nama ikan tu..macam nama raksasa dalam filem epik Lord Of The Ring..sotong masak berempah, tomyam campur dan sejag fresh oren menjadi juadah berbuka kami hari itu..
nyum2
Perut kenyang..badan letih..mata mengantuk..setelah Rahizal mensetelkan bil kami meneruskan perjalanan pulang..hantar Din dan Rahizal ke Kota Kemuning..aku meneruskan perjalanan pulang ke tanah air di Cheras..
Sampai di rumah ..aku membawa kesemua ikan ke singki dengan niat untuk menyiang ikan2 tersebut..satu misteri menyelubungi jiwaku ketika itu bila ikan senangin hilang..beliau satu2 nya ikan paling hensem dalam sekawan ikan gelama yang tak glamer tu..mustahil boleh hilang..setelah membuat percaturan dan memainkan semula pita rakaman fikiranku,aku terus bergegas ke bonet kereta..kulihat ikan senangin tu dengan hensemnya terselit di sebelah tayar spare..mungkin terkeluar dari plastik waktu kulanggar bonggol dengan kelajuan berhemah tadi..mujur ibuku belum pulang dari masjid..
Mandi..bersiap2..call org tersayang..tdo..
Hari yang panjang..
Lagu tema hari ini..
Keep Fishin' - Weezer - More bloopers are a click away
Weezer - Keep Fishing
You'll never be
A better kind
If you don't leave
The world behind
Waste my days
Drown aways
It's just the thought of you
In love with someone else
It breaks my heart to see you
Hangin' from your shelf
You'll never do
The things you want
If you don't move
And get a job
Waste my days
Drown aways
It's just the thought of you
In love with someone else
It breaks my heart to see you
Hangin' from your shelf
Oh girl, when I'm in love with you
Keep fishin' if you feel it's true
There's nothin' much that we can do
To save you from yourself
Waste my days
Drown aways
It's just the thought of you
In love with someone else
It breaks my heart to see you
Hangin' from your shelf
Oh girl, when I'm in love with you
Keep fishin' if you feel it's true
There's nothin' much that we can do
To save you from yourself
You'll never do
The things you want
If you don't move
And get a job
Waste my days(And get a job)
Waste my days(And get a job)
Waste my days(And get a job)
Waste my days(And get a job)
(Waste my days) Whoa-oh
(Waste my days) Whoa-oh, whoa-oh
(Waste my days) Whoa-oh
(Waste my days) Whoa-oh, whoa-oh
Waste my days
notakaki : penat tapi seronot

Friday, August 28, 2009
hari pertama..
ehem..berdebar2 hatiku mengetuk papan kekunci ni..kali pertama menaip blog..ni semua gara2 racun basta 15 gred C tahap berbahaya sumbangan encik amir fazel yang beria2 mempengaruhiku agar mempunyai sebuah blog..trend muda mudi katenye..demi melayan kerenah beliau aku pun termakan racun tersebut dan hidupku kini dalam keracunan..dunia memang umpama racun..
aku bukan lah seorang penulis dan penaip yang baik..jika mana2 cikgu sekolah yang membaca catatan ni aku pasti banyak la tanda dari pen merah dan markah yang diberi tentu2 tak mencukupi untuk dapat 3 bintang pun..tapi siapa peduli..ade ke orang peduli kalau kutipan derma kat masjid setiap hari Jumaat tak pernah mencecah RM458..ade ke orang peduli kalau pemuzik buta di Chow Kit memainkan lagu Iron Maiden..ade ke orang peduli kalau Tajudin sebenarnye seorang sukarelawan di Zoo Taiping..walhal Tajudin tu siapa pun orang tak peduli..ade orang peduli ke!!
selesai mukadimah..
hari ini lemau..org putih kate lemau tu masuk angin..tak tau la angin tu skarang berada kat mane yg pasti aku rase lemau..mata separa tebukak..atau separa tertutup..urat2 belakang leher sekejap tegang sekejap kendur..susah betul urat2 ni nak buat keputusan sama ada nak kendur atau nak tegang..kaki dan tangan rasa lenguh..kesimpulannya aku mengantuk..terima kasih buat amir dan diyana yg melayan aku dalam misi menghabiskan duit smalam..terima kasih juga kepada tokei DVD haram yang tau2 je aku ade duit..terpaksa aku beli DVD untuk menghias rak yang kosong..aktiviti semalam membuatkan aku lemau..tak sabar nak pulang ke pangkuan bantal tercinta..
lagu tema hari ini..
Butterfingers – Mati Hidup Kembali
Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi
Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa
Chorus:
Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya
Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan
notakaki : band kegemaran ketika kanak2 dlu..
komenku tentang lagu ni..penulis lirik ni pasti tgh stone dapur lantas lirik2 tu terpampang dlm otaknye...iskk..tak baik tuduh orang mcm tuh..

Subscribe to:
Posts (Atom)