Wednesday, August 24, 2011

Aku Benci Mercun


Ramadan 2005

Masih bergelar seorang penuntut di sebuah universiti terkemuka di tanah air..mempunyai fasiliti kelas pertama..tenaga pengajar kelas pertama..struktur dan lanskap kelas pertama..mentaliti dan perangai kawan2 kelas puaka..

Ketika itu aku gemar membuang masa dengan melepak di sarang kawan2 di kolej kediaman..walaupun sarang kediaman mereka elok sikit dari sarang tenggiling, namun tempat itu ada 'soul'..ada 'soul' manusia yang bakal berguna kepada bangsa dan negara..paling tidak pun berguna kepada para kapitalis untuk dijadikan hamba..

Bulan puasa ketika itu memang meriah..berbuka secara berjemaah walau keadaan serba miskin dan makanan serba tak sedap macam masakan ibu, itu la kaedah paling bermakna..sesi berbuka diselangseli dengan mengumpat ternyata amat mengenyangkan iblis2 yang sedang diikat..

Sesudah kenyang dan tersandar, tiba2 perut membisikkan kata2 manja..beliau ingin bertemu rakan di jamban..maka aku pun mengheret perut itu dengan sepenuh daya yang ada..sedetik sebelum melangkah ke bilik termenung itu aku terpandang sebuah beg penuh berisi mercun yang diberi nama mercun bola..

Aku segera membuka kuda2 yang dinamakan "Kuda Parsi Mengejar Pelangi"..bertinggung di atas pentas nikmat..sambil "hussssss" menghembus asap rokok Dunhill..nikmat yang tidak boleh dibeli di Tesco Hypermarket..

Tiba2 terdengar suara nakal berbisik di dalam benakku "Isk..banyak betol mercun bola tadi tu..kalau la budak2 ni buat hal baling mercun dlm jamban ni memang naya"..seraya aku menyedut hembus rokok itu secara bertubi2 sebelum berlaku tragedi..

Bagaikan komunikasi di radio amatur...mesej ringkas dalam otakku ditransmit secara maya dengan frekuensi yang amat laju..terdengar suara mintak penampar.. "Huish, kalau baling mercun kat Kasyah best ni"

"Ahh..Farkkk..suara otak aku pun ko boleh dengar ke"

Selang 2 milisaat aku ternampak suatu objek melepasi pintu jamban dan jatuh betul2 di depan mataku..x sempat nak keluar dari kuda2..masa bagaikan terhenti..dada dup dap dup dap..peluh jantan betina menitis..telur masuk ke dalam..

Kedua2 belah tanganku membuat gerakan refleks dalam slow motion secara high definition..otak sempat berpikir "nak kaver yang mane satu ni, kepala atas ke kepala bawah..ahhh, kesegaran nafas lebih penting dari paras rupa"..

POMMMMMMMMM!!!!!!mercun itu menjerit semahunya..

"Twinggggg"..telinga berdesing..aroma belerang menusuk ke hidung..asap berkepul..dengan longlai aku melilit tuala ke pinggang..menendang pintu toilet..dahi berkerut lantas bernyanyi

"Berlalu la sudahh Ramadan, sebulan berpuaaasaaaa"

Kepala hotak kau..


...

Monday, June 6, 2011

IRONMAN RELOADED

Ironman merupakan seorang adiwira besi yang gagah perkasa..








Namun, tak ramai yang tahu bahawa Ironman ada seorang sidekick yang tidak kurang handal..





Nama beliau IRON BOARD







Sekian terima kasih..

Sunday, June 5, 2011

Selamat UlangPost ke 50

Hati berdebar2 tatkala jari mulusku kejar mengejar di atas papan kekunci..ini adalah post yang ke 50..post ini sepatutnya menjadi post yang paling kacak di antara post2 yang lain..nafas turun naik..keterujaan yang bergaul dengan rasa seram sejuk membantutkan idea yang harusnya terhambur keluar meniti molekul2 oksigen yang tercemar..

Bermula dari entri pertama, aku dapat menjangkakan ia akan berhenti di situ saja..x sangka dah masuk 50..so penaakulan mantik bahawa aku telah dituju oleh santau malas ternyata silap..kawan2 aku silap..aku suka minum sirap

Masih mencari idea..maka edisi yang istimewa ni aku akan tampilkan sesuatu yang amazing bak kata arwah nenek aku dulu..

Hmm..ape yang ingin kuceritakan ialah..

Hmm...mmm..mmm..mmm

Hmm..mmm..mmm..mmm lagi

Hmm..mmm..mmm..mmm dan lagi dan lagi

Zzzzz..

Siap 1 entri

...

Thursday, May 26, 2011

Mat Nor Khusairi & The Velvet Boys Jahat



Aku sudah lama berdendam sama ini Mat Nor Khusairi & The Velvet Boys..aku tak akan pernah lupa akan mereka walaupun ketika itu aku sudah memakai pampers saiz dewasa dan sudah mula memberus gigi menggunakan bantal peluk..nama itu memberi impak yang besar terpahat rapi dalam diari hidup aku dan menjadi pedoman untuk kuusung ke langit mana pun hatta kerajaan langit pimpinan Ayah Pin..

Kisah yang berlaku lebih kurang 10 tahun dulu masih segar di dalam peti sejuk rumahku..

Aku ketika itu masih mentah..sementah nasi yang di masak di dalam rice cooker yang tidak di'on' suisnya..zaman itu segalanya serba indah walaupun situasi poket tidak lah seindah yang disangka..burung2 berkicauan riang..semut2 bernyanyi sambil memikul makanan menuju ke sarang..kucing2 pula sedang enak bersenggama..

Ketika itu aku sedang bersila panggung di hadapan kotak khayalan yang bernama televisyen..ketika itu ada sebuah syarikat penyiaran bernama NTV7 memainkan trailer drama bertajuk Mat Nor Khusairi & The Velvet Boys..pandangan ku tertancap lekat di kaca kotak khayalan itu..tidak sedikit pun sudut leher ku berganjak dari posisi walau 1 darjah..air liur perlahan2 mengalir dari celah bibirku yang separa terbuka..darah pekat tersembur dari lubang hidungku yang mancung bak seladang..kelenjar pituitari ku merembeskan cecair yang memberi sensasi luar biasa..sungguh trailer drama arahan Mamat Khalid itu membuatku terpukau..membawa aku ke sebuah dunia asing jauh dari dunia jam 10

Aku bertekad..aku pasti tidak akan terlepas menonton drama ini..hari demi hari kuhitung untuk menunggu tarikh keramat..di sekolah aku tidak mampu untuk fokus..di papan hitam cuma terpapar wajah Mat Nor Khusairi dan rakan2 beliau..walaupun pemadam papan hitam pernah singgah ke wajah kacakku namun lamunan ku tidak mampu berhenti begitu saja..

Tiba hari yang ditunggu2..aku memasang kuda2 di hadapan kotak khayalan..kuda2 yang begitu kemas dan rapi mampu untuk menggentarkan pihak lawan biarpun Genghis Khan yang berdiri di depanku..tiada siapa yang mampu untuk mengganggu masa aku dengan kotak khayalan..biar aku bercengkerama dengan kotak khayalan tanpa gangguan pihak luar mahupun campur tangan pihak berkuasa tempatan..

Cerita pun bermula..babak demi babak dimainkan..aku tersengih2 sendiri ibarat kambing yang digeletek perutnya..cerita itu sungguh mengasyikkan..plot2 yang digarap dengan kasih sayang itu mampu menggugat jiwa muda remajaku yang punk pada ketika itu..

Tiba2..aku terdengar suatu suara..suara ini tidak sumbang tapi bisa membuat langkahku pincang, betul aku tak gebang..

"Kasyahh..gi kedai beli telur jap" (nama panggilanku terpaksa tidak disebut atas sebab2 tertentu)

Aduhh..kenapalah ibuku ini tidak membela ayam..kan mudah suruh saja ayam tu bertelur bila2 masa diperlukan

"Nanti la mak..tunggu citer ni abeh dulu"

Aku cuba mempertahankan kuda2 dan status bujangku..

"Kalau nak tunggu citer tu abeh,alamat bla bla bla pok pek pok pek bla bla bla"

Aku menggunakan skill silence is golden

"Kalau kau tak nak pergi, biarlah mak yang pergi"

Huh. ibu memang seorang ibu..sungguh pandai menggunakan psikologi..sungguh pandai menyusun rentak..mencari saraf2 kelemahan dan memegangnya dengan erat..sesungguhnya ayat jenis macam ni aku belum berupaya untuk menangkis..

"Ye la ye la..Kasyah pergi ni" (sambil menghentak kaki mengikut irama shuffle)

Aku memecut honda c70 berlampu petak itu dengan rakus..iklan di NTV7 teramatla pendek..jika anda hendak terkencing, baru zip dibuka iklan pun dah habis..aku tidak mau terlepas walau 4 saat pun babak di dalam cerita Mat Nor Khusairi itu..

Honda c70 yang berusia lanjut itu kupecut pulang bersama 10 bijik telur yang menjadi punca entri ini ditulis..sehampirnya dengan rumah aku teringat untuk menggunakan jalan pintas..jalan ini memerlukan aku untuk lalu di atas titi yang di bawahnya ada longkang sedalam 100 kaki cicak..laluan ini yang terbaik demi untuk mengoptimumkan masa sebaiknya agar tak terlepas cerita Mat Nor Khusairi..

Aku memulas pendikit kelajuan Honda C70 itu dengan sedikit kasar agar daya tujahan dari Gear 1 mampu melepasi titi itu dengan kaedah pacak..setibanya aku di tengah titi tiba2 aku terasa sedikit pincang..entah kenapa kaki kananku gatal untuk mencecah tanah..tanah yang kucari tapi longkang yang ku dapat..maka tersenget la aku ke dalam longkang itu dengan gerak perlahan dan longlai..selonglai langkah tarian Mak Yong dan dengan slow motionnya aku rebah terbaring di dalam longkang itu..sebelum seluruh tubuh aku menyentuh dasar longkang, sempat aku menyanyikan lagu Feminin - Untukmu dari mula sampai habis..

Derita ku tidak berhenti begitu saja..selang 0 perpuluhan 3 saat kemudian sebijik demi sebijik telur durjana hinggap ke muka dan seluruh badanku..pasrah dengan ketentuan Illahi..dengan takdir yang Esa..aku cuma mampu merenung telur2 itu merusuh ke atasku..dengan rakus dan tanpa sekelumit pun perasaan simpati bersarang di dada telur2 itu..situasi aku kini ibarat "Sudah Jatuh Ditimpa Telur"

Mujur ada gerai makan berdekatan situ..mujur kepala hotak anda kerana aku bukan saja mengalami kesakitan malahan kemaluan yang bukan kepalang..manusia2 bermulut puaka di situ bingkas membawa aku keluar dari longkang itu sambil mengeluarkan kata2 puaka durjana yang menambahkan lagi kepedihan di hati nurani..

Aku bergegas menyorong motor ke rumah dan membawa sisa2 telur yang tidak terkorban ketika rusuhan tadi..aku menendang pintu sekuat2nya tanda protes..kemudian dengan suara lembut aku berkata..

"Mak..telur tinggal 2 bijik"

Ibuku sedikit pun tidak marah malahan mengeluarkan kenyataan berbentuk mengecam..

"Buat kerja kalau tak ikhlas memang begitu"

Celaka punya Mat Nor Khusairi & The Velvet Boys..KAU MEMANG JAHATT..

Dan hingga ke hari ini aku masih belum menonton cerita itu sampai habis..

...

Tuesday, March 22, 2011

Hobi Di Kala Senggang

Aku gemar bersukan..antara sukan yang aku gemari untuk meningkatkan stamina dan kadar metabolisma tubuh ialah Snooker atau dalam Bahasa Melayunya Snuker..permainan snooker ini mendekatkan aku kepada Tuhan..kerana setiap kali jika bola yang kuketuk tak masuk lubang aku akan mengucapkan Astaghfirullahalazim..Ya Allah..Subhanallah..Ya Rabbi..Masya Allah..Allahuakbar

Cume kadang2 je aku mengucapkan B**i..

Bukankah itu amalan yang mulia lagi terpelihara?

Monday, March 21, 2011

Sivik Bukan Fizik

Hari itu sangat suram..sesuram hati yang suram..diiringi kesuraman aku melangkah longlai sambil bersiul lagu Suriram Sayang..setapak demi setapak aku melangkah hingga jadi bertapaktapak..dengan harapan beratku akan turun sekurang2nya setengah kati aku meninggalkan hasrat untuk memandu dan memilih untuk berjalan kaki jua..fikiranku melayang terbang merentasi dimensi masa menuju ke zaman purba..di mana pada ketika itu karburetor belum lagi dicipta apatah lagi kelalang kon..ketika itu manusia masih lagi tinggal di dalam gua dan di bawah pokok..hidup mesra tanpa kenderaan..berjalan kaki ibarat tiada apa..bersenandung ria mendendangkan irama "auk auk auk"..

Peluh mulai menitis setelah beberapa ela aku melangkah..terasa paru2 ini berdegup laju tanda protes..tapi aku perlu kuat..aku kena belajar untuk tidak menghiraukan bahasa badan dan push to the limit bak kata orang kampung aku..sekali sekala bersenam dengan cara begini amat bagus untuk aku menghadapi waktu mendatang tanpa mengharapkan bantuan subsidi alat pernapasan dari kerajaan bila aku tua ganyut kelak..

Tujuan ku hanya satu..demi mencari bersuap2 nasi untuk dimuatkan ke dalam perut 6 pax ku..nafsu yang bercampur dengan perasaan lapar menjelmakan imej nasi kandar di ruangan minda..memaksa aku melangkah dengan lebih pantas dan tuntas..kelajuanku kini mencecah kelajuan subsonik..

Tiba2 aku terlihat satu kelibat..dengan tertibnya terbaring di tengah jalan..aku terasa cemas macam wad kecemasan..peluh dingin mengalir dari dahi hingga ke tumit..berjurai2 membasahi jalan tar hingga menyebabkan banjir kilat..badanku menggeletar macam kerusi Ogawa..sekujur tubuh seorang bayi yang masih merah terbaring di tengah jalan itu meruntun jiwa kentalku..walaupun aku seorang rokers yang tidak meminum darah kambing, namun masih ada sekelumit jiwa gadis tersorok di dalam dadaku ini..sungguh manusia hari ini berperangai seperti hewan..berfikir menggunakan kepala lutut barangkali..sangat biadap membuang bayi merata2..

Dengan penuh hemah aku menggenggam bayi itu dan kucampak ke dalam tong sampah..baru lega hatiku..dan aku meneruskan perjalanan dengan riang..


...

Thursday, March 10, 2011

Muntah

Dah lame tak muntah keluar KL


Baru lega sikit perut ni..

Lagu Sedap

Baru2 ini aku meminati sehelai lagu yang sedap nyanyian rakyat malaysia boleh..

'

Hayatilah lirik dan melodi lagu yang sedap sehingga menjilat ubun2 ni..

Nyikmat Syementara

Sheshuatchu dalam haciku berkata
Harri inyi bagai uncuk shelamanya
Jan kau katakan inyi shemua shementara
Ji hari esyok 'kan kembali ke ashal-Nya

Paja malam bincang berkhelipan
Aku cerpeshona jengan keindahan
Yang Tiuhan ciptakan
Gajis yang jelica, lelaki menawan
Oh injah dunia
Yang Tiuhan chipcakan

Mungkin ini slanga Melayu zaman baru yang edan..

Monday, February 21, 2011

Teka Teki Teka Lah Sampai Lebam


Dalam banyak2 binatang, binatang apa suka mengumpat?
Di mana letaknya pedih hulu hati?
2+2 jawapannya bukan 4 habis tu apa?
Kenapa salesman suka pakai tali leher?
Apa akan jadi kalau pokok boleh bersiul?

Aku sudah bosan dengan teka-teki
Apa kata kita ubah konsep
Teka-teki sepatutnya sudah berevolusi setelah sekian lama

Setelah berevolusi beliau akan jadi macam ni..

Jawapan : KURA-KURA PAKAI HELMET

Teka-tekinya berbunyi :

APAKAH SOALAN TEKA TEKI INI?


Baru padan muka kau!!

Wednesday, February 16, 2011

Sandiwara Cinta Semusim

Ariniw kitew bowsan gilew..nak bowrak pewn xdew kawan..kewjew puwn bawnyark ari niew tawpiw kitew mawlas nak boowhat..biarlew bows tau kitew tak boowhat kejew..kitew dah mewmang mawlas..bewani lew bows nak boowang kitew..kitew ni pewkejew cowntoh tau kart seeniw..nak es em es kawanw2 krewdit lark takdeww..apew larh nawsib jawdi bowsan mawcam niew..tepaksew kitew tangkawp gambaw barnyak2w biar makwew2 kat luarw tew nark bewkewnawlan nganw kiteww..kowmpewm pewmes pawsnih


Keeyut kan?..MACAM SETAN..

Sunday, February 13, 2011

Musim Mengawan



Selesai sudah ke acara walimatul urus rakan2 terdekat..setiap hujung minggu dipenuhi dengan acara memakan nasik minyak hingga habis minyaknya..bagaikan undangan openhouse di musim raya..jemputan yang tak putus2 membuatkan aku mula takut untuk membuat pemeriksaan kesihatan kerana bimbang tahap kolesterol di dalam badan menyamai dengan jumlah bulu kaki di kiri kanan kaki ku..

Setiap kali ke kenduri kahwin aku seram..bukan main2 punya seram..seram macam keluar date tengok wayang dengan hantu kak limah yang belum2 balik rumah..seram bila memikirkan macam mana la agaknya kalau aku yang jadi pengantin lelaki itu..tentu rabak poketnya..tentu punah wang simpanannya..tentu habis segala macam lombong duit dikoreknya..belum kira yang dikorek dari poket ibu ayah dan juga saudara mara terdekat..lain la kalau aku ni anak Yusuf Haslam..kompem kenduri aku ditaja oleh Perusahaan Kerepek Mak Jah..


Melihat bajet di atas rasa macam nak pitam bangun balik selama 20 kali berturut2..bagi golongan yang berpendapatan kais pagi makan hujung bulan macam aku ni mana mampu nak mengumpulkan dana sebanyak itu dalam tempoh yang singkat melainkan aku berenti merokok, berenti makan 7 kali sehari, berenti memandu di kuala lumpur, berenti berkawan, berenti mandi, berenti menggunakan internet, berenti memakai baju, berenti berkeluarga, berenti ke soping kompleks, berenti memakai boxer, berenti bercukur, berenti main snuker dan berenti menjadi rakyat Malaysia..

Meskipun tampak mustahil, pasti ada jalan jika niat kita itu baik..mendirikan rumah tangga adalah perkara yang baik..mendirikan rumah tangga atas kesengsaraan orang lain juga perkara yang baik aku tumbuk kau secara bertubi2..

Di sini aku membentangkan bajet alternatif bagi mereka yang duit tak ada tapi hati ingin kawen..

1. Duit Hantaran
Duit hantaran merupakan sesuatu yang menyenakkan paru2 lebih2 lagi jika nilainya sama dengan nilai untuk membeli seribu kampit beras super A..ketika sedang membincangkan harga hantaran cuba lah tawar sedahsyat mungkin sehingga mencapai jumlah minimum..jangan lupa memasukkan hujah2 "duit bukan segalanya", "makcik nak jual anak ke?", dan hujah2 sepertinya..kalau perlu titiskan sedikit air mata menagih simpati dan jemput krew Bersamamu TV3 untuk merakamkan peristiwa bersejarah itu

2. Barang Hantaran
Tak perlu berhabis beribu2 ringgit untuk barang2 hantaran yang belum tentu kita akan menggunakannye.. sediakan dulang yang di dalamnya berisi garam, gula, air, petrol dan lukisan berbentuk hati..simboliknya?..begitulah erti cinta yang akan membawa pasangan ini ke penghujung hayat..seperti mana kita memerlukan garam, gula air dan petrol..dan dulang berisi lukisan berbentuk hati itu bererti "aku menyerahkan seluruh hati aku dan ia menjadi milikmu selamanya"..dah pasti barang2 ini lebih lebih dan sangat lebih berharga daripada beg tangan Gess, Kucci dan juga Elbi..pasti bakal keluarga mertua anda menitiskan air mata tanda terharu

3. Cincin Kahwin
Pernah dengar Zhulian?

4. Pelamin
Kegunaan yang tak sampai beberapa jam tapi harga tersangat la karut..apa kata anda DIY sahaja pelamin anda tu..contohnya anda boleh memotong tong drum kepada 2 bahagian..hias serba ringkas dan duduk bersila di atasnya..cool bukan?

5. Jurugambar
Anda sebenarnya tak perlu untuk mengupah jurugambar langsung..selesai sahaja kenduri sila hubungi rakan2 yang hadir ke majlis perkahwinan anda tu..sediakan sebijik thumbdrive dan collect sahaja gambar2 yang ditangkap mereka..sudah pasti berlambak2

6. Tempahan Kad Kahwin
Pernah dengar Facebook dan Sistem Pesanan Ringkas?

7. Door gift
Rebus telur banyak2 dan beri kepada tetamu..x perlu bekas telur yang canggih dan bombastik..cukup sekadar menulis perkataan Terima Kasih di atas telur itu dengan marker pen

8. Belanja Kenduri
Yang ni paling kritikal..banyak cara untuk anda menjimatkan duit di sini..di antaranya ialah

-langsungkan kenduri di bulan puasa..sediakan makanan bagi me
reka yang uzur sahaja..bekalkan kepada tetamu yang berpuasa dengan sedikit kurma untuk juadah mereka berbuka nanti

-anjurkan kenduri anda di tempat yang jauh dari masyarakat seperti di tengah2 banjaran titiwangsa..pasti sedikit sahaja jemputan yang akan hadir memandangkan mereka perlu meranduk 4 batang sungai dan meredah denai selama 3 hari 4 malam untuk tiba ke destinasi

-sediakan hidangan yang mudah, pantas dan murah seperti r
oti canai dan maggie..pasti ramai tetamu sudah bosan dengan nasik minyak..mereka akan lebih teruja dengan roti canai dan maggie yang julung2 kali dihidangkan tu

Sekian serba ringkas jalan alternatif yang bole digunakan kepada bakal2 pengantin yang bernapsu nak kawen tapi masih belum berkemampuan..ingatlah, kehidupan sesudah kawen lagi menyemakkan kepala anda nanti..selamat berkahwin..


notakakikuadabesi : mencuba kaedah di atas adalah risiko sendiri..penulis tidak akan bertanggungjawab atas bencana yang berlaku akibat mempraktikkan kaedah2 di atas

HIlang?


Hilang?stendet la tu..hilang adalah perkara yang biasa berlaku dalam hidup kita..hilang duit, hilang kereta, hilang motor, hilang kunci, hilang pertimbangan, hilang akal, hilang punca, hilang dalam terang, hilang si paku hilang, hilang si rama2..semua itu normal..
Kalau benda hilang kita mula la tercari2..dan bila nak cari tu mesti payah nak jumpa..time tak cari belambak2 pulak depan mata..semua itu normal

Kadang2 kita suka kalau benda tu hilang..ambik contoh sebelah selipar kita yang hilang..pasti kita berharap sebelah lagi pun hilang juga..nak dibuang sayang..nak disimpan sakit hati..kenapa la si pencuri ni bahlol sangat tak curi sepasang selipar tu terus..kenapa nak curik sebelah je..semua itu normal

Kadang2 ada jugak benda yang hilang tapi kita tak carik..makcik jiran sebelah rumah yang kuat memekak nyanyi karoke lagu Justin Bieber sambil terkinja2 tiba2 hilang dalam sehari 2..tentu kita lega..menangis dan meratap kegembiraan kerana kehilangan beliau..nak disuruh cari?..lebih baik aku hafal sifir 12..ade gak pekdahnya..semua itu normal

Aku hilang bukan sebab apa pun..sebab semua itu kan normal?


notakakisaizsepuluh : sebenarnye aku hilang setelah menjayakan aksi magik menghilangkan diri beberapa bulan yang lepas
Related Posts with Thumbnails