Monday, October 11, 2010

Seorang Ahli Silap Mata


Anda sudah bosan dengan aksi silat pulut di kenduri kahwin?
Anda naik meluat melihat pertandingan karaoke oleh mereka yang bersuara tidak merdu?
Anda ingin memikat gadis pingitan dengan cara tersendiri dan milenium?
Anda memang seorang yang tak ada kerja tapi banyak duit?
Anda benci melihat telatah badut?
Anda seorang makcik kantin?

Saya ada menyediakan perkhidmatan magik atau silap mata yang sudah pasti menyilapkan mata anda meskipun anda seorang optometris
Sedia untuk membuat pertunjukan di kenduri kahwin, majlis harijadi, majlis cukur jambul, majlis konvokesyen, kenduri tahlil, pilihanraya kecil, persidangan parlimen, akad nikah, perbicaraan kes bunuh, penjara sekuriti maksimum, pusat pemulihan akhlak dan lain2 lagi
Pertunjukan yang lain dari lain2..sungguh mengujakan dan memberikan anda satu pengalaman luar biasa yang tidak boleh dibeli dengan dinar emas mahupun USD

Antara keistimewaan dan kelebihan ahli silap mata ini
- mampu melenyapkan duit sebanyak RM500 dalam masa kurang dari 1 minit di pusat beli belah
- mampu menghilangkan sebatang rokok dengan pantas
- boleh bertukar menjadi sepohon kayu daunnya rimbun pada bila2 masa
- berupaya menghilangkan sebijik Big Mac dengan 2 kali gigitan
- boleh tidur dalam apa jua situasi walaupun di sudut2 sukar
- kalis maki dan kalis bebel
- mampu ter'bang' walaupun belum masuk waktu solat
- berupaya untuk kelihatan kurus dalam sekelip mata
- boleh mengeluarkan pelbagai jenis binatang dari topi beliau

aksi ahli silap mata dan tongkat saktinya

aksi sebelum memotong kek bersaiz tayar lori

kadang2 beliau boleh berbusking

Sila masukkan deposit seikhlas hati anda sebelum membuat tempahan

notakakiuntut : saya tidak mengambil tugas memotong rumput dan membuat katering

2 comments:

Related Posts with Thumbnails