Monday, February 21, 2011

Teka Teki Teka Lah Sampai Lebam


Dalam banyak2 binatang, binatang apa suka mengumpat?
Di mana letaknya pedih hulu hati?
2+2 jawapannya bukan 4 habis tu apa?
Kenapa salesman suka pakai tali leher?
Apa akan jadi kalau pokok boleh bersiul?

Aku sudah bosan dengan teka-teki
Apa kata kita ubah konsep
Teka-teki sepatutnya sudah berevolusi setelah sekian lama

Setelah berevolusi beliau akan jadi macam ni..

Jawapan : KURA-KURA PAKAI HELMET

Teka-tekinya berbunyi :

APAKAH SOALAN TEKA TEKI INI?


Baru padan muka kau!!

Wednesday, February 16, 2011

Sandiwara Cinta Semusim

Ariniw kitew bowsan gilew..nak bowrak pewn xdew kawan..kewjew puwn bawnyark ari niew tawpiw kitew mawlas nak boowhat..biarlew bows tau kitew tak boowhat kejew..kitew dah mewmang mawlas..bewani lew bows nak boowang kitew..kitew ni pewkejew cowntoh tau kart seeniw..nak es em es kawanw2 krewdit lark takdeww..apew larh nawsib jawdi bowsan mawcam niew..tepaksew kitew tangkawp gambaw barnyak2w biar makwew2 kat luarw tew nark bewkewnawlan nganw kiteww..kowmpewm pewmes pawsnih


Keeyut kan?..MACAM SETAN..

Sunday, February 13, 2011

Musim Mengawan



Selesai sudah ke acara walimatul urus rakan2 terdekat..setiap hujung minggu dipenuhi dengan acara memakan nasik minyak hingga habis minyaknya..bagaikan undangan openhouse di musim raya..jemputan yang tak putus2 membuatkan aku mula takut untuk membuat pemeriksaan kesihatan kerana bimbang tahap kolesterol di dalam badan menyamai dengan jumlah bulu kaki di kiri kanan kaki ku..

Setiap kali ke kenduri kahwin aku seram..bukan main2 punya seram..seram macam keluar date tengok wayang dengan hantu kak limah yang belum2 balik rumah..seram bila memikirkan macam mana la agaknya kalau aku yang jadi pengantin lelaki itu..tentu rabak poketnya..tentu punah wang simpanannya..tentu habis segala macam lombong duit dikoreknya..belum kira yang dikorek dari poket ibu ayah dan juga saudara mara terdekat..lain la kalau aku ni anak Yusuf Haslam..kompem kenduri aku ditaja oleh Perusahaan Kerepek Mak Jah..


Melihat bajet di atas rasa macam nak pitam bangun balik selama 20 kali berturut2..bagi golongan yang berpendapatan kais pagi makan hujung bulan macam aku ni mana mampu nak mengumpulkan dana sebanyak itu dalam tempoh yang singkat melainkan aku berenti merokok, berenti makan 7 kali sehari, berenti memandu di kuala lumpur, berenti berkawan, berenti mandi, berenti menggunakan internet, berenti memakai baju, berenti berkeluarga, berenti ke soping kompleks, berenti memakai boxer, berenti bercukur, berenti main snuker dan berenti menjadi rakyat Malaysia..

Meskipun tampak mustahil, pasti ada jalan jika niat kita itu baik..mendirikan rumah tangga adalah perkara yang baik..mendirikan rumah tangga atas kesengsaraan orang lain juga perkara yang baik aku tumbuk kau secara bertubi2..

Di sini aku membentangkan bajet alternatif bagi mereka yang duit tak ada tapi hati ingin kawen..

1. Duit Hantaran
Duit hantaran merupakan sesuatu yang menyenakkan paru2 lebih2 lagi jika nilainya sama dengan nilai untuk membeli seribu kampit beras super A..ketika sedang membincangkan harga hantaran cuba lah tawar sedahsyat mungkin sehingga mencapai jumlah minimum..jangan lupa memasukkan hujah2 "duit bukan segalanya", "makcik nak jual anak ke?", dan hujah2 sepertinya..kalau perlu titiskan sedikit air mata menagih simpati dan jemput krew Bersamamu TV3 untuk merakamkan peristiwa bersejarah itu

2. Barang Hantaran
Tak perlu berhabis beribu2 ringgit untuk barang2 hantaran yang belum tentu kita akan menggunakannye.. sediakan dulang yang di dalamnya berisi garam, gula, air, petrol dan lukisan berbentuk hati..simboliknya?..begitulah erti cinta yang akan membawa pasangan ini ke penghujung hayat..seperti mana kita memerlukan garam, gula air dan petrol..dan dulang berisi lukisan berbentuk hati itu bererti "aku menyerahkan seluruh hati aku dan ia menjadi milikmu selamanya"..dah pasti barang2 ini lebih lebih dan sangat lebih berharga daripada beg tangan Gess, Kucci dan juga Elbi..pasti bakal keluarga mertua anda menitiskan air mata tanda terharu

3. Cincin Kahwin
Pernah dengar Zhulian?

4. Pelamin
Kegunaan yang tak sampai beberapa jam tapi harga tersangat la karut..apa kata anda DIY sahaja pelamin anda tu..contohnya anda boleh memotong tong drum kepada 2 bahagian..hias serba ringkas dan duduk bersila di atasnya..cool bukan?

5. Jurugambar
Anda sebenarnya tak perlu untuk mengupah jurugambar langsung..selesai sahaja kenduri sila hubungi rakan2 yang hadir ke majlis perkahwinan anda tu..sediakan sebijik thumbdrive dan collect sahaja gambar2 yang ditangkap mereka..sudah pasti berlambak2

6. Tempahan Kad Kahwin
Pernah dengar Facebook dan Sistem Pesanan Ringkas?

7. Door gift
Rebus telur banyak2 dan beri kepada tetamu..x perlu bekas telur yang canggih dan bombastik..cukup sekadar menulis perkataan Terima Kasih di atas telur itu dengan marker pen

8. Belanja Kenduri
Yang ni paling kritikal..banyak cara untuk anda menjimatkan duit di sini..di antaranya ialah

-langsungkan kenduri di bulan puasa..sediakan makanan bagi me
reka yang uzur sahaja..bekalkan kepada tetamu yang berpuasa dengan sedikit kurma untuk juadah mereka berbuka nanti

-anjurkan kenduri anda di tempat yang jauh dari masyarakat seperti di tengah2 banjaran titiwangsa..pasti sedikit sahaja jemputan yang akan hadir memandangkan mereka perlu meranduk 4 batang sungai dan meredah denai selama 3 hari 4 malam untuk tiba ke destinasi

-sediakan hidangan yang mudah, pantas dan murah seperti r
oti canai dan maggie..pasti ramai tetamu sudah bosan dengan nasik minyak..mereka akan lebih teruja dengan roti canai dan maggie yang julung2 kali dihidangkan tu

Sekian serba ringkas jalan alternatif yang bole digunakan kepada bakal2 pengantin yang bernapsu nak kawen tapi masih belum berkemampuan..ingatlah, kehidupan sesudah kawen lagi menyemakkan kepala anda nanti..selamat berkahwin..


notakakikuadabesi : mencuba kaedah di atas adalah risiko sendiri..penulis tidak akan bertanggungjawab atas bencana yang berlaku akibat mempraktikkan kaedah2 di atas

HIlang?


Hilang?stendet la tu..hilang adalah perkara yang biasa berlaku dalam hidup kita..hilang duit, hilang kereta, hilang motor, hilang kunci, hilang pertimbangan, hilang akal, hilang punca, hilang dalam terang, hilang si paku hilang, hilang si rama2..semua itu normal..
Kalau benda hilang kita mula la tercari2..dan bila nak cari tu mesti payah nak jumpa..time tak cari belambak2 pulak depan mata..semua itu normal

Kadang2 kita suka kalau benda tu hilang..ambik contoh sebelah selipar kita yang hilang..pasti kita berharap sebelah lagi pun hilang juga..nak dibuang sayang..nak disimpan sakit hati..kenapa la si pencuri ni bahlol sangat tak curi sepasang selipar tu terus..kenapa nak curik sebelah je..semua itu normal

Kadang2 ada jugak benda yang hilang tapi kita tak carik..makcik jiran sebelah rumah yang kuat memekak nyanyi karoke lagu Justin Bieber sambil terkinja2 tiba2 hilang dalam sehari 2..tentu kita lega..menangis dan meratap kegembiraan kerana kehilangan beliau..nak disuruh cari?..lebih baik aku hafal sifir 12..ade gak pekdahnya..semua itu normal

Aku hilang bukan sebab apa pun..sebab semua itu kan normal?


notakakisaizsepuluh : sebenarnye aku hilang setelah menjayakan aksi magik menghilangkan diri beberapa bulan yang lepas
Related Posts with Thumbnails