Monday, October 11, 2010

Seorang Ahli Silap Mata


Anda sudah bosan dengan aksi silat pulut di kenduri kahwin?
Anda naik meluat melihat pertandingan karaoke oleh mereka yang bersuara tidak merdu?
Anda ingin memikat gadis pingitan dengan cara tersendiri dan milenium?
Anda memang seorang yang tak ada kerja tapi banyak duit?
Anda benci melihat telatah badut?
Anda seorang makcik kantin?

Saya ada menyediakan perkhidmatan magik atau silap mata yang sudah pasti menyilapkan mata anda meskipun anda seorang optometris
Sedia untuk membuat pertunjukan di kenduri kahwin, majlis harijadi, majlis cukur jambul, majlis konvokesyen, kenduri tahlil, pilihanraya kecil, persidangan parlimen, akad nikah, perbicaraan kes bunuh, penjara sekuriti maksimum, pusat pemulihan akhlak dan lain2 lagi
Pertunjukan yang lain dari lain2..sungguh mengujakan dan memberikan anda satu pengalaman luar biasa yang tidak boleh dibeli dengan dinar emas mahupun USD

Antara keistimewaan dan kelebihan ahli silap mata ini
- mampu melenyapkan duit sebanyak RM500 dalam masa kurang dari 1 minit di pusat beli belah
- mampu menghilangkan sebatang rokok dengan pantas
- boleh bertukar menjadi sepohon kayu daunnya rimbun pada bila2 masa
- berupaya menghilangkan sebijik Big Mac dengan 2 kali gigitan
- boleh tidur dalam apa jua situasi walaupun di sudut2 sukar
- kalis maki dan kalis bebel
- mampu ter'bang' walaupun belum masuk waktu solat
- berupaya untuk kelihatan kurus dalam sekelip mata
- boleh mengeluarkan pelbagai jenis binatang dari topi beliau

aksi ahli silap mata dan tongkat saktinya

aksi sebelum memotong kek bersaiz tayar lori

kadang2 beliau boleh berbusking

Sila masukkan deposit seikhlas hati anda sebelum membuat tempahan

notakakiuntut : saya tidak mengambil tugas memotong rumput dan membuat katering

Wednesday, October 6, 2010

Tiba Tiba

Tiba-tiba aku rasa menyesal..kalau la aku tunggu lama sikit kompem rambut aku kacak macam ni..


Namun segalanya dah berakhir..impian terbang ditiup sangkakala..ok..itu melampau

notakukucagu : sesal kemudian padan muka jawabnya

Raya Yang Sejuk

Sebagai seorang perantau, sudah menjadi lumrah untuk tidak pulang berhari raya..daripada duduk bersedih meraung di hadapan pudu raya, aku mengambil tindakan pantas dan tuntas untuk menjadikan hari raya lebih bermakna..aku dan Bob KP Mimi Cempaka menuju ke kota keriangan dengan harapan raya kami menjadi riang ria..

bermuka lapar

menunggu lemang yang x kunjung tiba

sesat dalam pencarian

mencari rumah untuk pegi beraya

sejuk

double sejuk

sekali sekala curang ape salahnye

hari raya tak pernah menghalang diriku untuk bersukan

Walaupun riang berhari raya di kota keriangan namun jauh di sudut hati kesedihan menerpa..sedih kerana tak terjumpa walau sehelai pun gerai lemang di sini..lantas teringat kampung nun jauh di sana..uwaaaa

notaibujarikaki : orang bandar mmg tak tahu beraya

Monday, October 4, 2010

Setahun Yang Penuh Suka Duka

Kali terakhir aku memotong rambut setahun yang lepas..dan impian untuk menjadi rokers sejati membuak2 ketika itu..namun aku akur dengan segalanya..ku lepaskan impian demi sebuah keselesaan..sayu dan pilu melihat sehelai demi sehelai rambut gugur di lantai salun..

kali terakhir suspek dilihat muncul di khalayak ramai

suspek membuat transformasi untuk mengaburi mata pihak berkuasa

Sepanjang malam aku menangisi pemergianmu oh rambut..bila lagi kita akan bersama semula..

notastokin : Rock ada dalam hati, bukan pada rambut
Related Posts with Thumbnails