Friday, April 16, 2010

Bukan bangau biasa..

Tarikh : 15th April 2010
Hari : Khamis malam jomaat keliwon
Masa : 12 tgh malam
Cuaca : Dinginnya angin malam ini menyapa tubuhku..

Sengaja kubiarkan blog ini bersawang..agar mudah sang labah2 merayap dan membina sarangnya.. dengan harapan labah2 itu akan menyengatku lantas merubah diriku menjadi seorang spiderman..



Aku pun tak tau kenapa aku terlalu malas untuk mengupdate..mungkin kerana tak ada langsung cerita menarik yang berlaku kepada diriku kebelakangan ini..mungkin kerana kesibukan menghimpitku hingga jari jemariku yang tembam ini terlalu berat untuk mengetuk papan kekunci..ataupun aku terkena buatan orang hingga diriku menjadi malas seperti dulu dan sekarang..persoalan2 itu sengaja kubiarkan berlegar2 kerana aku tidak nampak apa perlunya aku menjawab persoalan2 itu..adakalanya misteri itu sebaik2 nya dibiarkan menjadi misteri


Kisah yang ingin kuceritakan ini mengisahkan 2 ekor bangau yang bersemangat waja terus berusaha..meredah jalanraya di rawang yang cantik sikit dari jalanraya di selatan mogadishu..demi sebuah misi..menaklukkan ikan2 di kolam berbayar yang menggamit para2 bangau menempel di tepi kolam tersebut..


Berbekalkan sedikit dedak dan semangat juang..kelengkapan separa ringkas ala2 kombat digunakan oleh 2 ekor bangau tersebut..mereka tidak mahu jadi seperti bangau2 yg lain..mereka ingin menjadi bangau yang keluar dari kepompong pemikiran bangau konservatif..


Bermula detik 12 malam pertarungan dimulakan..dedak2 dibancuh..dilenyek..diuli..dikepal2..dihembus2 agar dapat menawan para2 penghuni kolam tersebut..kadang2 aku terpikir..dedak yg sebegitu huduh rupanya pun ade yg nak menjamahnye..kenapa la tak dihidangkan dalam pinggan dan dihiasi sedikit salad dan ketumbar agar tampak menarik..ahh..malas la fikir..kuasa tuhan..


Sentapan pertama memecah keheningan malam itu..dah lame tak merasai belaian seekor ikan..ku layan kerenah ikan tersebut hingga mendarat dengan jayanya..seekor patin yang sedang2 saja mampu untuk menjeleskan bangau sebelah yang dah 4 jam melepak di situ tanpa sebarang hasil..patin itu dinaikkan dan dicampak ke darat...dek kerana persiapan yang tidak rapi, jaring utk menahan ikan tidak dibawa..terpaksa ikan itu dibiarkan bertemu ajal di darat sambil merayu2 meminta bantuan pernapasan..




watak baik dlm cerita ni


Sejumlah 3 ekor ikan berjaya didaratkan..kesemua patin saiz sedang2 saja..namun bangau2 itu puas..kerana mereka bukan la bangau biasa..




pembedahan transplant





si penjual ikan




rambo menunjukkan bakat


Lagu tema hari ini..






Dont Stop Believing - Journey


Just a small town girl
Living in a lonely world
She took the midnight train going anywhere
Just a city boy
Born and raised in South Detroit
He took the midnight train going anywhere

A singer in a smoky room
A smell of wine and cheap perfume
For a smile they can share the night
It goes on and on and on and on

{Refrain}
Strangers, waiting, up and down the boulevard
Their shadows searching in the night
Streetlight people, living just to find emotion
Hiding somewhere in the night

Working hard to get my fill
Everybody wants a thrill
Paying anything to roll the dice
Just one more time
Some will win, some will lose
Some were born to sing the blues
Oh the movie never ends
It goes on and on and on and on

{Refrain}

Don't stop believing
Hold on to that feeling
Streetlight people



notakaki : rabak la aku kat opis akibat tak tdo malam





Related Posts with Thumbnails