Hari : Isnin
Masa : 1:34pm
Cuaca : Panas terik diselangseli dengan angin sesempoi bahasa
Masih ingat lagi 26 tahun yang lepas..di hospital universiti yang kini dikenali sebagai PPUM..ketika itu suasana di hospital sangat tenang..mungkin kerana hari Isnin..para2 doktor dan jururawat sedang dilanda monday blues..sindrom yang sering melanda pekerja2 opis yang bekerja pada normal working hour..monday blues ini membuatkan seseorang berasa seperti ingin termenung dan tidak byk bercakap, melihat kerja yang bertimbun seperti melihat nenek tua yang berumur 78 tahun tanpa seurat benang, sering melihat jam dan mood menjadi ceria apabila tiba waktu lunch..ahh..bukan monday blues yang hendak kuceritakan..
di sinilah tanah pertama yang aku jejak (sekadar gambar hiasan)
Aku duduk termenung di dalam ruang gelap itu..dah 9 bulan melepak dalam ni rase mcm nak gile..lain la kalau ade hiburan mahu pun teman berbual..ini semata2 dengan kegelapan..puas aku merequest sedikit bahan penghibur di kala sunyi seperti PSP yang menjadi kegilaan muda mudi masa kini atau setidak2nya sebuah jet ski agar dapat aku meluncur laju membelah air yang memenuhi tempat lepak ku namun hampa..jangan kan hiburan, lampu pun takde untuk menerangi tempoh 9 bulan ini.aku hanya mampu bermain dengan tali yang bersambung dengan pusatku dan juga menendang2 dinding kenyal..nasib baik aku mewah dengan makanan..lama2 aku mula berasa bosan dan kosong..aku tidak sabar untuk keluar..meneroka sesuatu yang lebih luas di luar sana..tentu banyak benda yang mengujakan menantiku..
Kali ni aku nekad..aku perlukan anjakan paradigma..aku perlukan perubahan dalam hidup..aku tidak mahu terus terusan berada di takuk ini..aku jangkakan suatu pengembaraan yang penuh suka duka sedang menanti..aku hanya perlukan keberanian dan motivasi..1 langkah yang bakal merubah segalanya..memang wujud perasaan gentar, cuak, terpinga2, ragu2 dan 1001 sikap negatif yang lain..tapi aku ketepikan sume itu dan bernekad..ape nak jadi jadilah..ini semangat anak melayu..pantang menyerah sebelum berjuang..
Aku mula menendang sekuat2 hati dengan harapan dinding itu pecah dan terbuka..berbekalkan tenaga sekawan lembu aku kerahkan segala kudrat yang ada demi sebuah kebebasan..kemudian aku dengar suara mengerang kesakitan..wah..teknik ini berkesan nampaknya..ku cuba cari cangkul atau gerudi untuk mempercepatkan kerja ku namun hampa..jangankan cangkul, garpu pun tak ade..maka terpaksa la aku teruskan dengan kaedah kovensional yang tampak efektif..menendang dengan kuat beserta kekerapan yang tinggi..makin kuat kutendang makin kuat la suara mengerang berkumandang memecah keheningan..aku juga terdengar beberapa suara yang lain..mungkin pasukan penyelamat khas dari negara jiran turun padang untuk menghadapi situasi cemas ini..
Tiba2 aku nampak sekelumit cahaya..cahaya yg pada mulanya sebesar molekul hidrogen semakin membesar..aku mula silau..namun dek sikap ingin tahu yg tinggi aku cuba untuk meloloskan kepala ku keluar dari ruang itu..kepalaku mula terasa panas kerana disimbahi cahaya yang terang..perasaan ku bagaikan seorang artis yang sedang mengadakan persembahan di konsert woodstock..penuh gilang gemilang dan sorakan peminat..kini separuh kepala dh terkeluar..aku ingin membuka kelopak mata..namun kupendam hasrat ini hingga la aku keluar sepenuhnya..kudrat ku dh tinggal separuh kawanan lembu namun ku tidak putus asa..ku coba dan terus mencoba..sekumpulan pasukan penyelamat yang kuceritakan tadi membantu ku untuk meloloskan diri..kini hanya tinggal jari kelingking kaki belah kanan masih tertinggal..dengan bangganya kucabut dan bersedia untuk membuka mata..jeng jeng jeng
Perlahan2 kubuka mata..kulihat wajah seorang wanita separuh umur tersenyum dan memandang ke arahku..gayanya bagaikan baru lepas bertarung dari maut..teramat la serabai..namun ku dapati ade ketenangan di wajahnya..ade sinar yang memberikan aku 1 perasaan selesa..aku pun tersenyum kembali..aku dapat rasakan aku mempunyai pertalian dengan wanita itu..aku bertanya kepadanya siapa gerangan beliau..wanita itu menjawab "ini mamamu nak"..ooo..baru aku paham..rupenye ruang gelap itu perut ibuku..kuat betul beliau mengusung aku ke hulu ke hilir selama 9 bulan ni..thanks mama..lu memang rawkk \m/..
inilah nurse yang menyambut kelahiranku (bukan nurse sebenar)
Ku tanya ibuku di mana abahku..beliau berkata yang abahku missing in action..masa itu tiada telefon bimbit, alat kelui mahupun GPS tracker untuk menjejak abahku..mungkin beliau sedang outstesen, atau terlupa hari ini aku akan keluar melihat dunia, atau pun kerana takutkan darah beliau menghilangkan diri?..xpe..aku memahami beliau..nanti dah jumpe akan ku ragging beliau cukup2..hahaha (gelak penuh kejahatan)..
(Ehh..nape tiba2 die sms ni..mcm tau2 je aku tgh ngumpat die..sori my dad..hehe)
Kemudian aku membelek tubuhku..ku gunakan peluang ini cukup2..mase dlm perut tempohari aku tidak tau bagaimana rupa ku..ku terlihat cermin..aku dilahirkan sempurna..cukup segala sifat sebagai manusia..tiba2 aku terperasan sesuatu..kulitku tanned..demn..nape mama ku cerah tapi aku gelap..mungkin kerana mengidam cendol mamak ketika mengandungkan ku..kenapa lah beliau tidak mengidam pizza, briyani bukhara, burger king mahu pun sushi..namun aku pasrah..aku sedar nelly dan puff daddy juga berkulit gelap
ha..yang ni bukan aku
Kemudian azan dilaungkan di telinga kananku..kulihat syaitan dan jin bertempiaran lari x cukup tanah..baru mereka tau kegengsteran ku..sibuk nak mengganggu keturunan Nabi Adam ni..selesai je azan aku mula merasa mengantuk..aku perlukan rehat..pertarungan sebentar tadi meragut sisa2 baki tenaga yang ada..aku baring di sebelah mama lalu terlelap..aku secara rasminya menjadi seorang manusia..bermula lah episod perjuangan ku dlm kehidupan..
Selamat malam dunia..
Lagu tema hari ini
Wasted Years - Iron Maiden
From the coast of gold, across the seven seas,
I'm traveling on, far and wide,
But now it seems, I'm just a stranger to myself,
And all the things I sometimes do, it isn't me but someone else.
I close my eyes, and think of home,
Another city goes by, in the night,
Ain't it funny how it is, you never miss it til it's gone away,
And my heart is lying there and will be til my dying day.
Chorus:
So understand
Don't waste your time always searching for those wasted years,
Face up...make your stand,
And realize you're living in the golden years.
Too much time on my hands, I got you on my mind,
Can't ease this pain, so easily,
When you can't find the words to say, it's hard to make it through another day,
And it makes me wanna cry, and throw my hands up to the sky.
Chorus:
So understand
Don't waste your time always searching for those wasted years,
Face up...make your stand,
And realize you're living in the golden years.
notakaki : dah besar aku upenye..