Wednesday, January 20, 2010

Aktiviti Usang


Hari tu pergi jamming..setelah sekian lama drum stick ku berhibernasi di belakang bonet kereta..setelah sekian lama jari jemari ini tidak dihidangkan dengan rentak, irama dan alunan mengasyikkan..aku masih teringat kali terakhir aku mengetuk benda bulat2 itu adalah pada hari kematian Raja Pop Michael Jackson..hari bersejarah yang bersejarah..

Perancangan minit terakhir ini dicetuskan oleh aku dan Amir secara spontan..tak sampai sejam semua ahli telah tiba di sebuah studio di Sri Damansara..walaupun telah sekian lama ku suarakan hasrat untuk berjamming kepada rakan2 opis namun tak seorang pun yang mengorak langkah permulaan..malu agaknye..tersipu2 macam siput kehilangan cengkerang..namun kusedar hakikat bahawa kuasa perancangan minit terakhir memang memberi impak yang signifikan..

Melangkah ke studio memberikan ku 1 debaran..perasaan ini tak sama seperti dulu ketika zaman aku ber rok n roll..dulu aku begitu teruja dan terkinja2..mungkin darah sudah tidak panas..mungkin juga usia telah mematangkan fikiran..tapi aku masih muda dan bergetah..menggegel2 tangan ibarat pesakit Parkinson, aku cuba untuk mengumpul kembali semangat rok n roll yg telah pudar..

Song list simple2 aje..lagu2 radio hitz yang senang dimainkan..enak didengar..dan ringkas musiknye..dari lagu2 zaman grunge busuk hingga la ke zaman muda mudi masa kini cukup untuk mengimbau nostalgia zaman ku muda rumaja dahulu..zaman persekolahan,music underground..ah banyak nak diceritakan tapi bukan sekarang..sebab aku tgh malas

Kerana persediaan yang tidak mencukupi kami ketandusan lagu untuk dimainkan..dan mula lah episode lagu2 merepek yang dimainkan..sehingga la terlintas di pikiran ku untuk memohon lagu Nirvana – Smell Like Teen Spirit..all time peberet yang menjadi lagenda..yang menjadi siulan beberapa generasi..namun telah berlaku sesuatu yang aneh..lagu itu ada dalam memori hard disk otakku namun tak berjaya diekstrak keluar..beberapa ritual kulakukan seperti menghantuk kepala ke dinding dan menggigit cymbal sekuat hati namun lagu itu tak keluar jua..sedangkan satu ketika dulu lagu itu menjadi zikir..menjadi alunan sehari2an hinggakan nak termuntah aku mendengarnye dek terlalu kerap lagu itu disuapkan ke dalam telinga ku..















Walaupun macam haram tapi aku puasss..

Lagu tema hari ini


Smell Like Teen Spirit - Nirvana

Load up on guns,
Bring your friends
It's fun to lose and to pretend
She's overboard self assured
Oh no I know, a dirty word.

Hello, hello, hello, how low?
Hello, hello, hello, how low?
Hello, hello, hello, how low?
Hello, hello, hello.

With the lights out, it's less dangerous
Here we are now, entertain us
i feel stupid and contagious
Here we are now, entertain us
A mulato!
An Albino!
A mosquito!
My libido!
Yay!(x3)

I'm worse at what I do best
And for this gift I feel blessed
Our little group has always been
And always will until the end

Hello, hello, hello, how low?
Hello, hello, hello, how low?
Hello, hello, hello, how low?
Hello, hello, hello.

With the lights out, it's less dangerous
Here we are now, entertain us
I feel stupid and contagious
Here we are now, entertain us
A mullato!
An Albino!
A mosquito!
My libido!
Yay!(x3)

(Solo)

And I forget just why I taste -
Oh yeah, I guess it makes me smile
I found it hard, it was hard to find
Oh well, whatever, nevermind

Hello, hello, hello, how low?
Hello, hello, hello, how low?
Hello, hello, hello, how low?
Hello, hello, hello.

With the lights out, it's less dangerous
Here we are now, entertain us
I feel stupid and contagious
Here we are now, entertain us
A mullato!
An albino!
A mosquito!
My libido!

A denial!(x9)

notakaki : jamming atau mancing?


Wednesday, January 6, 2010

Penyelak Langsir 2010


Tarikh : 2-3 January 2010
Lokasi : Rumah Rakit Teluk Gong Klang Darul Ehsan
Cuaca : Nak kate ujan tak ujan nak kate mendung pun bole jugak
Mood : Kalau dah name g mancing tu kompem2 la excited

Hari kedua tahun 2010..diselak langsirnye dengan aktiviti menghanyirkan diri yg sedia hanyir ini..tanpa mengira cuaca dan keadaan gelora di lautan (walaupun hanya muara menjadi lokasi pertarungan)..perjuangan mesti diteruskan..pedulik apa dengan air pasang yang sedang besar..pedulik apa dengan ramalan kaji cuaca kata hujan kan turun..pedulik apa semua tu.."ikan kalau nak makan die makan jugak"..dengan nada angkuh ijal berkata kepadaku..

Pelan prasarana jangka panjang yang telah dirancang sekian lama ini akhirnya boleh dikira berhasil..sekurang2 nya aku tak la dicop poyo oleh rakan2 yang mengatakan aku ni sembang pompangpompang pokok pun bole tombang..walaupun hanya beberapa kerat yang menyertai trip kali ini namun aku tetap berpuas hati..bukan puas hati dengan hasil tangkapan..bukan puas hati dengan keadaan air yang cantik..tapi puas hati dengan trip yang menjadi..

Hari itu hari sabtu..jarang sekali aku bangun pagi pada hari sabtu..disebabkan undangan seorang rakan lama yang ingin aku menjadi pengepit di hari persandingannya,kuturutkan jua..selesai je acara makan biadap di meja pengantin aku terus meloloskan diri untuk agenda seterusnya..kubatalkan acara outdoor photoshoot demi panggilan ikan..

D Sangkar Telok Gong menjadi taruhan..sebelum ni hanya gambar menjadi tatapan..x sabar aku untuk merasai suasana sebenar di sana..aku dan Mazidah meluncur laju..selaju buai yang dibuai hingga ke cucur atap..kuletak Mazidah di Mcdonald Kota Kemuning..kali ni dengan harapan tiada lagi percubaan untuk menculik Mazidah dari tanganku..namun tak sampai 5 minit Mazidah diletak di situ..kuperhatikan ade 2 org manusia yang dok menjeling manja kat Mazidah..dengan perasaan cemburu aku pergi ke manusia tersebut..rupe2nye teman serumahku..aneh juga bila terjumpa beliau di situ..jauh sungguh berdating..

Aygku dtg menjemput dengan Kancil laju beliau..terus ke Jeti Nelayan Teluk Gong yang menanti tanpa rasa jemu..melihat saja air jiwaku menjadi tenang..setenang air di kolah mesjid..terngiang2 wajah ikan yang bakal mengisi plastik beras cap rambutan milik Din..

Di atas bot berlaku satu kejadian.................malas la nak cerita

kejadian yang hampir menenggelamkan kami
                                           
sukanya bila die ceria

Kami tiba di gelanggang pertarungan dengan penuh kaliber..disambut oleh 3 orang pemancing tegar yang sudah lama menduga air disitu..kusangka mereka akan menyambut dengan paluan kompang atau setidak2nye cekodok buat kami yang lapar ini..ternyata silap..hanya senyuman kurang manis yang dilempar..

Tanpa melengahkan masa kami menyediakan kelengkapan perang..masing2 bermuka khusyuk..cuba untuk menaikkan ikan2 gred A yg lain..yang bakal mengharumkan nama di mata kawan2 yang suke mengutuk..kulontarkan umpan pertamaku..ternyata batu ladung saiz 4 tidak berjaya menundukkan arus yang kuat itu..mungkin kah aku patut menggunakan sebuah van sebagai batu ladung?..walaupun kelajuan air mencecah ke kelajuan maximum honda lampu bulat, namun semangat kental utk mendapatkan ikan tidak akan luntur

biar tak dapat ikan asal bergaya

elelelele

1-2-3-4-5 jam berlalu begitu saja..hanya gelama dan duri yang berjaya di naikkan..bak kata pepatah "siakap senohong gelama ikan duri.."..kenapa la siakap dan senohong tak menjamah umpan ni..selain ikan kami juga berjaya mendaratkan plastik megi dan beberapa sampah sarap yang lain..dan yang menambah kepelikan aku melihat seekor kondom berenang2 mengikut arus..manusia jenis ape kah yang berjimak di tengah laut nih..iskk..

tak dapat tangkap ikan tangkap gambar pun jadik la

Dek kebosanan aku memasang set karaoke dan melalak semahunya..bagus jugak tempat ni kerana menyediakan kemudahan yang menepati citarasa kami..sesudah melalak kami pun lapar..aygku menyediakan nasi goreng berlaukkan udang umpan yg sungguh enak rasanya..ku jenguk2 luar ternyata ikan culas untuk menjamah umpan..kalau ikan taknak makan umpan baik aku yg makan..selesai makan tiba2 mata berat..aku pun hilang....

khusyuk sungguh mengadap peti telebesen

Pukul 3 pagi aku terjaga..kulihat Rahizal sedang berhempas pulas membuat penggulungan tali..bagai dpt ikan sebesar rumah..bersungguh2 beliau cuba mendaratkan ikan tersebut..sembilang sebesar lengan berjaya ditawan..itu la hasil yang paling besar untuk trip kali ini..




 
walaupun hanya sembilang..lagak Rahizal bagai mendapat ikan Merah


Kubuka mata kulihat hari dah cerah..terus ku melompat ke luar untuk menghirup udara segar..nyaman sungguh suasana pagi ahad..terasa ingin berumahtangga di situ..kuhirup udara segar yang bercampur dengan bau tembakau dunhill itu bertalu2..terasa damai di hati ini..pagi itu berlaku jua satu kejadian..pun aku malas nak cerita..


Aku mula putus asa untuk memancing memandangkan keadaan arus yang laju..tanggapan ku mungkin ikan2 di bawah sana tak sempat untuk membrek ketika ingin menjamah umpan..membuatkan mata kail tak lekat ke mulut mereka..trip ini boleh la dikategorikan sebagai trip memantau lokasi..akan ku repeat di hari dan masa yang lain..akan kugunakan khidmat pawang air untuk meramal situasi memancing agar lebih lumayan hasilnya..

        

 


   



Jam 10 pagi..bot datang menjemput kami pulang..pulang dengan perasaan yang berbaur2..walaupun dapat ikan sikit namun aku berpuas hati..dalam perjalanan ku singgah ke ladang jagung Rahizal untuk mengepaw sebatang 2 jagung..setiba aku di rumah ku persembahkan jagung itu ke ibuku..ternyata jawapan sinis beliau menyakitkan telinga "hebat kau ye..pegi mancing ikan tapi dapat jagung"..

Lagu tema hari ini


Sunday Morning - Maroon 5

Sunday morning rain is falling
Steal some covers share some skin (I like that)
Clouds are shrouding us in moments unforgettable
You twist to fit the mo
ld that I am in

But things just get so crazy

Living life gets hard to do
And I would gladly hit the road
Get up and go if I knew

That someday it would lead me back to you
That someday it would lead me back to you

That may be all I need
In darkness she is all I see
Come and rest your bones with me
Driving slo
w on Sunday morning
And I never want to leave

Fingers trace your every outline (oh yeah)
Paint a picture with my hands (oh oh)
And back and forth we sway
Like branches in a storm
Change of weather
Still together, when it ends
That may be all i need
In darkness she is all I see
Come and rest your bones with me
Driving slow on Sunday morning
And I never want to leave


But things just get so crazy living life gets hard to do
Sunday morning rain is falling and I'm coming home to you,
Singing someday it'll bring me back to you
Find a way to bring myself back home to you

May not know,
That maybe all I need
In darkness she is all I see
Come and rest your bones with me
Driving slow on Sunday morning
Driving slow, yeah yeah, oh yeah yeah
Oh yeah yeah, oh yeah yeah
Oh yeah yeah, oh yeah yeah

There's a flower in your hair
I'm a flower in your hair

Oh Oh, yeah yeah, oh yeah yeah,
Oh, Ohh, Yeah




notakaki : next stop..naik bott


Related Posts with Thumbnails