Thursday, May 26, 2011

Mat Nor Khusairi & The Velvet Boys Jahat



Aku sudah lama berdendam sama ini Mat Nor Khusairi & The Velvet Boys..aku tak akan pernah lupa akan mereka walaupun ketika itu aku sudah memakai pampers saiz dewasa dan sudah mula memberus gigi menggunakan bantal peluk..nama itu memberi impak yang besar terpahat rapi dalam diari hidup aku dan menjadi pedoman untuk kuusung ke langit mana pun hatta kerajaan langit pimpinan Ayah Pin..

Kisah yang berlaku lebih kurang 10 tahun dulu masih segar di dalam peti sejuk rumahku..

Aku ketika itu masih mentah..sementah nasi yang di masak di dalam rice cooker yang tidak di'on' suisnya..zaman itu segalanya serba indah walaupun situasi poket tidak lah seindah yang disangka..burung2 berkicauan riang..semut2 bernyanyi sambil memikul makanan menuju ke sarang..kucing2 pula sedang enak bersenggama..

Ketika itu aku sedang bersila panggung di hadapan kotak khayalan yang bernama televisyen..ketika itu ada sebuah syarikat penyiaran bernama NTV7 memainkan trailer drama bertajuk Mat Nor Khusairi & The Velvet Boys..pandangan ku tertancap lekat di kaca kotak khayalan itu..tidak sedikit pun sudut leher ku berganjak dari posisi walau 1 darjah..air liur perlahan2 mengalir dari celah bibirku yang separa terbuka..darah pekat tersembur dari lubang hidungku yang mancung bak seladang..kelenjar pituitari ku merembeskan cecair yang memberi sensasi luar biasa..sungguh trailer drama arahan Mamat Khalid itu membuatku terpukau..membawa aku ke sebuah dunia asing jauh dari dunia jam 10

Aku bertekad..aku pasti tidak akan terlepas menonton drama ini..hari demi hari kuhitung untuk menunggu tarikh keramat..di sekolah aku tidak mampu untuk fokus..di papan hitam cuma terpapar wajah Mat Nor Khusairi dan rakan2 beliau..walaupun pemadam papan hitam pernah singgah ke wajah kacakku namun lamunan ku tidak mampu berhenti begitu saja..

Tiba hari yang ditunggu2..aku memasang kuda2 di hadapan kotak khayalan..kuda2 yang begitu kemas dan rapi mampu untuk menggentarkan pihak lawan biarpun Genghis Khan yang berdiri di depanku..tiada siapa yang mampu untuk mengganggu masa aku dengan kotak khayalan..biar aku bercengkerama dengan kotak khayalan tanpa gangguan pihak luar mahupun campur tangan pihak berkuasa tempatan..

Cerita pun bermula..babak demi babak dimainkan..aku tersengih2 sendiri ibarat kambing yang digeletek perutnya..cerita itu sungguh mengasyikkan..plot2 yang digarap dengan kasih sayang itu mampu menggugat jiwa muda remajaku yang punk pada ketika itu..

Tiba2..aku terdengar suatu suara..suara ini tidak sumbang tapi bisa membuat langkahku pincang, betul aku tak gebang..

"Kasyahh..gi kedai beli telur jap" (nama panggilanku terpaksa tidak disebut atas sebab2 tertentu)

Aduhh..kenapalah ibuku ini tidak membela ayam..kan mudah suruh saja ayam tu bertelur bila2 masa diperlukan

"Nanti la mak..tunggu citer ni abeh dulu"

Aku cuba mempertahankan kuda2 dan status bujangku..

"Kalau nak tunggu citer tu abeh,alamat bla bla bla pok pek pok pek bla bla bla"

Aku menggunakan skill silence is golden

"Kalau kau tak nak pergi, biarlah mak yang pergi"

Huh. ibu memang seorang ibu..sungguh pandai menggunakan psikologi..sungguh pandai menyusun rentak..mencari saraf2 kelemahan dan memegangnya dengan erat..sesungguhnya ayat jenis macam ni aku belum berupaya untuk menangkis..

"Ye la ye la..Kasyah pergi ni" (sambil menghentak kaki mengikut irama shuffle)

Aku memecut honda c70 berlampu petak itu dengan rakus..iklan di NTV7 teramatla pendek..jika anda hendak terkencing, baru zip dibuka iklan pun dah habis..aku tidak mau terlepas walau 4 saat pun babak di dalam cerita Mat Nor Khusairi itu..

Honda c70 yang berusia lanjut itu kupecut pulang bersama 10 bijik telur yang menjadi punca entri ini ditulis..sehampirnya dengan rumah aku teringat untuk menggunakan jalan pintas..jalan ini memerlukan aku untuk lalu di atas titi yang di bawahnya ada longkang sedalam 100 kaki cicak..laluan ini yang terbaik demi untuk mengoptimumkan masa sebaiknya agar tak terlepas cerita Mat Nor Khusairi..

Aku memulas pendikit kelajuan Honda C70 itu dengan sedikit kasar agar daya tujahan dari Gear 1 mampu melepasi titi itu dengan kaedah pacak..setibanya aku di tengah titi tiba2 aku terasa sedikit pincang..entah kenapa kaki kananku gatal untuk mencecah tanah..tanah yang kucari tapi longkang yang ku dapat..maka tersenget la aku ke dalam longkang itu dengan gerak perlahan dan longlai..selonglai langkah tarian Mak Yong dan dengan slow motionnya aku rebah terbaring di dalam longkang itu..sebelum seluruh tubuh aku menyentuh dasar longkang, sempat aku menyanyikan lagu Feminin - Untukmu dari mula sampai habis..

Derita ku tidak berhenti begitu saja..selang 0 perpuluhan 3 saat kemudian sebijik demi sebijik telur durjana hinggap ke muka dan seluruh badanku..pasrah dengan ketentuan Illahi..dengan takdir yang Esa..aku cuma mampu merenung telur2 itu merusuh ke atasku..dengan rakus dan tanpa sekelumit pun perasaan simpati bersarang di dada telur2 itu..situasi aku kini ibarat "Sudah Jatuh Ditimpa Telur"

Mujur ada gerai makan berdekatan situ..mujur kepala hotak anda kerana aku bukan saja mengalami kesakitan malahan kemaluan yang bukan kepalang..manusia2 bermulut puaka di situ bingkas membawa aku keluar dari longkang itu sambil mengeluarkan kata2 puaka durjana yang menambahkan lagi kepedihan di hati nurani..

Aku bergegas menyorong motor ke rumah dan membawa sisa2 telur yang tidak terkorban ketika rusuhan tadi..aku menendang pintu sekuat2nya tanda protes..kemudian dengan suara lembut aku berkata..

"Mak..telur tinggal 2 bijik"

Ibuku sedikit pun tidak marah malahan mengeluarkan kenyataan berbentuk mengecam..

"Buat kerja kalau tak ikhlas memang begitu"

Celaka punya Mat Nor Khusairi & The Velvet Boys..KAU MEMANG JAHATT..

Dan hingga ke hari ini aku masih belum menonton cerita itu sampai habis..

...
Related Posts with Thumbnails